Sabtu, 11 Julai 2015

Isu Zahra : Jangan sombong kawan !

 

Pada awalnya aku tonton video dia.. Setiap kata-katanya adalah luahan rasa dari dirinya sendiri dan juga anak anak muda di zaman ini ! Zaman ini zaman yang amat mencabar ! Ada ijazah saja tak mencukupi ! Perlu ada lebih dari itu. Tapi ?? Apa masalahnya ?

image

Aku baca kawan tu punya komen terhadap Zahra ni , macam ada bau bau riak sedikit. Aku rasa dia mungkin tergolong orang yang berjaya tapi apakah itu menunjukkan dia akan berjaya hingga ke hujung nyawanya ? Bagaimana pula dengan nasib anak cucunya ???

Aku kenal orang yang berjaya kemudian jatuh tersungkur ! Dan berusaha kembali untuk naik ! Bukan mudah tapi perlukan sokongan moral terutama dari masyarakat dan juga kawan kawan . Dan kawan kawan masa ni , ramai blah dah ! Berapa orang je tinggal untuk membantu.. Hurm..

Aku tak kisahlah kebenaran fakta yang dia berikan tapi apa yang dia nak sampaikan ialah anak anak muda zaman ni perlukan bantuan ! Bukan sekadar bantuan untuk terus hidup bersaing di negara yang semakin mencabar taraf kehidupannya tetapi juga dari segi moral ! Sapa nak bantu ??

Anak muda zaman ni bijak bijak. Walaupun ada yang tak belajar tinggi tapi tak semestinya mereka ni tak bijak , kan ? Sayangnya kebijaksaan mereka ni tak digunakan sebaiknya. Tu pasal ada yang salah guna setelah mereka kecewa dengan apa yang mereka rasai.

Untuk berjaya bukanlah mudah dan bukan semua orang punya nasib seperti kita. Semalam , sewaktu aku keluar dari masjid selepas solat Jumaat , aku lihat ramai pengemis di kiri kanan jalan. Dan aku lihat ramai orang mengeluarkan duit dari kocek masing masing dan memberikan sedekah tanpa melihat sapakah yang meminta itu. Apakah mereka itu benar benar pengemis ? Atau sindiket ? Atau mereka itu sebenarnya kaya ? Mereka tak kisah pon.. Mereka cuma jalankan tanggungjawab mereka iaitu membantu pada yang perlu ! Bukannya gi herdik atau sound tepat kat muka diorang..

Woiii.. kau tu sempurna. Tangan ada.. kaki ada .. Gi la cari kerja ! “.

Ambik contoh aku sendiri la.. Walaupun aku dikategorikan blogger yang dah mampu menjana pendapatan melalui blog , tapi aku menubuhkan komuniti yang boleh membantu blogger lain untuk turut berjaya seperti aku. Bukannya aku nak kata kat diorang..

“ Korang perlu berusaha sendiri untuk berjaya , macam aku dulu dulu ! “ .

Eh.. jangan gitu.. Tak semua orang bernasib baik. Mana yang boleh kita bantu , kita bantu laaa.. Niat tu kena ada .. kena betul ! Kalau dok asyik cari salah orang dan bandingkan dengan kejayaan yang kita kecapi.. hurmm… letih la gitu..

Satu lagi kawan .. hari ni hari dia ! Kita tak tau lagi hari kita camana.. Aku dah rasa tersungkur , kawan.. Dulu pun pernah di atas.  Cukuplah sekali tersungkur.. Perit !

Tamo sombong sombong , kawan .. Ini bumi Allah. DIA saja layak sombong. Kita sekadar hambaNYA. Dan perlu saling membantu..

Jom Klik Dan Kumpul Bersama TM Ramadan Ini !

 

Satu lagi program amal sempena bulan Ramadan yang dianjurkan oleh TM. Alhamdulillah , bulan Ramadan ni banyak syarikat besar menganjurkan program amal. Tahniah !

Sebelum tu , jom tonton video dibawah ni terlebih dahulu..

https://www.tm.com.my/pakcikmisteri/

Ok.. Apa itu ‘ Jom Klik Dan Kumpul Bersama TM Ramadan Ini ! ‘ ??. Baca dan pahamkan.. Mudah sangat !

imageimage

Jangan lupa , share video PAKCIK MISTERI ni di media sosial dan jangan lupa hastag :

#TMRaya2015 # OrangMemberi #KitaMerasa #PakcikMisteri  #AgakAgakBerapa

Jutaan terima kasih pada anda yang mengambil peluang ini untuk berbakti !

Restoran Rumah Thai tetap terbaik !

 

Setelah dengar rakan rakan memberikan komen mengenai Restoran Rumah Thai yang mereka kunjungi baru baru ini , aku nekad bawa keluarga aku ke sana pula.

Restoran Rumah Thai yang baru berpindah ke lokasi baru ini telah mempunyai ruang makan yang lebih luas berbanding sebelum ini. Terletak di Gaya @ Melawati , Pusat Bandar Melawati ini , Restoran Rumah Thai rasanya lebih mudah untuk dicari dan tempat letak kereta pon lebih banyak.

Menurut pemilik Restoran Rumah Thai , Puan Nas , sejak berpindah ke lokasi baru ini ,beliau mendapat banyak panggilan telefon dari pelanggan lamanya yang bertanyakan lokasi terbaru mereka. Ini menunjukkan Restoran Rumah Thai ini ternyata ada keunikannya sendiri.

image

Dan malam tadi , aku mencubanya..

imageimageimageimageimageimageSecara jujurnya , sewaktu kami sekeluarga sampai .. makanan yang dihidangkan dah jadi sejuk. Namun begitu , kesedapannya masih terasa di tekak aku. Kalau panas , pastinya aku makan bertambah lagi ! Sayangnya.. Aku mesti kembali lagi..

Ada banyak pilihan sebenarnya di sini. Dan harganya adalah dalam kemampuan kita.

image image

imageimage

Nampaknya , aku kena kembali ke sini ! Banyak lagi aku tak sempat rasa .. Dan aku nak kembali selepas Ramadhan. Sebabnya , nak rasa masakan tengahari di sini ! Pasti banyak pilihan yang membuka selera !

Tapi nasihat Puan Nas , jangan serbu terus ! Sila buat tempahan terlebih dahulu. Risau takde tempat nanti.. Haaa !

Call / SMS / WA : Ema 0182782460 / Saiful 0166489155 / DL 0341628207.  Tempah meja anda TERLEBIH DAHULU !

Restoran Rumah Thai | http://www.restoranrumahthai.com/

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI