Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 13 Julai 2015

Jubah raya dari Pretty.Suci !

 

Suka tengok jubah jubah lelaki sekarang ni. Walaupun ada yang designnya agak ‘over’ tapi bagi aku sekurangnya masih nampak segak dan yang penting menutup aurat ! Tak ketat dan selesa di pakai..

Aku ada satu gak ! Hehehehe.. Baru dapat kelmarin.. Amacam ? Sesuai tak dengan aku ? Saja test pakai..

imageimageimage

Selesa pakai untuk solat.. Tu yang penting bagi aku.. Kainnya yang tak jarang. Hehehehe.. Ada yang jarang kan ? Pastu mudah koyak ! Aku kena dah.. Beli 2 pasang dulu.. Mudah benar koyak.. Hurm.. sejak tu , aku berhati hati bila nak beli jubah..

Ok.. mana nak beli ? Yang aku pakai ni diberi nama jubah ADAM. Material Thai Cotton Satin iaitu kain jenis berat beralun, sejuk , tak mudah renyuk dan tidak jarang. Size , ada S, M, L, XL

Untuk perempuan ada tak ? Ada ! ! Dipanggil HAWA.  Ada warnah hitam , Emerald, Navy Blue, Army Green, Dark Maroon, Leaf Green dan size yang ada ialah S, M, L, XL. Menariknya , sesuai juga untuk mereka yang menyusu anaknya.

Selain HAWA , ada satu lagi jenis. Dipanggil JUBAH ROSALINDA. Material kain ialah Poplin Cotton (Top) & Steven Cole Heavy Dull Satin (Bottom) . Size yang ada , S, M, L, XL. Jangan risau untuk berwudhu’ atau untuk nursing. Ada inner juga. Tidak melekap di badan dan Cutting Princess cut untuk lebih langsing. Ada 4 warna: Light Gold, Red Maroon, Navy Blue, Black.

Satu lagi jenis dipangil JUBAH ZUBEEDARAYA. Material kainnya ialah Moss Crepe dihiasi dengan lace di sepanjang lengan (berat & beralun, tak panas, tak jarang, tak melekap di badan). Manakala warna warna lembut diutamakan seperti Soft Blue, Soft Green, Peach, Grey, Soft Yellow . Size yang ada ialah S, M, L, XL, XXL, XXXL. Yang ni , paternnya jenis cut loose. Nursing & Wudhu Friendly gitu !

image image

Rosalinda

 

image

ZubeedaRaya

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut :

FB: Azra's Gorgeous Gem: Azra's Gorgeous Gems

Instagram: www.instagram.com/Pretty.Suci

No telefon: +6010 411 9915

Memandangkan pos laju dah stop operasi today,  penghantaran masih boleh lagi dibuat melalui pos swasta & COD di lokasi JOHOR, KL & LEMBAH KLANG.

Terima kasih !

Tiada pilihan ketika berbuka puasa !

 

Ok.. Perancangan awal.. nak berbuka dengan gi tapau asam pedas telur mayong dan daging ayam salai masak .. er, masak apa eh ? Lupa pulak aku.. uhhhh..

Gi amik dalam kul 630 petang dan plan pastu hantar balik maid indonesia yang ditempah ikut jam.. hehehe.. Malas nak kemas rumah , panggil je diorang.. pastu bayar ! Bayarrr !!

Hantar diorang .. dah kul 715 ! Adeh.. Kang ada berbuka dalam kereta ni ! Tapi.. nak berbuka dengan apa ? Aku pandang kiri kanan.. Aku nampak botol susu Qhaliff..

“ Qhalif… nak minum ! Abiskan.. cepat ! “. Aku sua kat Qhaliff. Dia geleng kepala !

Aku letak kembali dalam ruang tempat letak minuman.. Hurm.. Aku nak beli air , duit semua dah bagi kat wife. Dalam wallet pon takde duit.. Adeh.. camana ni ?

Aku terpandang kembali botol susu Qhaliff ..

image

Korang imagine la sendiri apa berlaku setelah azan berkumandang di corong radio .. Uhuk..

Bila pendingin hawa rosak !

 

3 tahun ! Akhirnya tak bernyawa tanpa sebab.. Seolah kena serangan jantung ! Kesannya , semalam , hari ni semua berpanas ! Dan tak pasal pasal Qhaliff dan Zahra tidur berlampin jer.. Huhuh.. Aku ? Tak pe.. tak perlu cerita.. dan jangan bayangkan.. Puasa ok !

Ada kebaikan gak bila aircond rosak.. Nanti nak balik Kelantan , cuaca sana tengah membahang gitu ! Takde aircond yer di rumah ! Maka dah latih awal awal ni.. hahahaa..

image

Dan satu lagi kebaikan.. bil elektrik.. Jiran aku bil elektrik dia RM50. Tak guna aircond. Aku punya ? Nak cecah 200 dan 300 kekadang ! Amacam ? Penjimatan perlu bermula dari sekarang ! Huhuhuh..

Tapi lepas raya ni kena beli baru gak laa.. sian kat anak anak berpanas dalam rumah.. Bahang wooo !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI