Selasa, 14 Julai 2015

Kempen Malaysia’s Resume : Ucapkan Terima Kasih !

 

Bila  kali  terakhir  ucapkan TERIMA KASIH kepada kedua ibu  bapa andadengan penuh keikhlasan hati ? Ada yang segan nak melafazkan ucapanterima kasih ke ? Jangan sampai terlambat.. menyesal nanti ! Hargailahmereka selagi mereka ada di sisi.  Apa salahnya ucapkan TERIMA KASIHatas segala apa yang mereka korbankan pada kita , kan ?

Ok.. dengan laman web Malaysia’s Resume tampil untuk membantu kitameluahkan segala perasaan kita terhadap orang tua kita dalam bentukpenulisan atau cerita. Yup , sangat menarik ! Kita boleh berkongsi denganrakan rakan lain. Setiap orang pasti ada cerita tersendiri. Pastinya mampumembuatkan kita  mengalirkan air  mata samada air  mata kegembiraanatau air mata kesayuan..

clip_image002

Kempen  Malaysia’s Resume ucap  ‘TERIMA  KASIH KEPADA  KEDUA  IBUBAPA ANDA ! ‘ adalah satu kempen yang bagi aku adalah sangat terpuji kerana dengan cara ini kita meluahkan segala perasaan kita pada keduaorang  tua  kita  dan  rakan  rakan  kita  akan  membacanya.  Secara  tidak langsung  ianya  akan  memberi  impak  positif  pada  mereka  yang membacanya. Haa..

Apa lagi ? Jom laa. Bukan susah pon ! Kalau tak reti nak menulis ,boleh  buat  dalam  bentuk  video  atau berikan  gambar  yang mengambarkan rasa hati korang pada mereka !

Jangan  lupa  untuk luahkan  TERIMA KASIH  anda di Malaysia’s  Resume ,yer ! Jom baca luahan hati aku pada kedua orang tua aku. Klik SINI untuk membacanya..

Beza lelaki dan perempuan shopping !

 

“ Rasanya nak beli Levi’s lagi la.. Sedap pulak pakai..”.

Dulu aku memang hantu Levi’s tapi bukanlah 501. Tak mampu beli. Tapi aku tak beli klon punya. Tak mampu , buat cara tak mampu ! Haaa.. kan ? Aku beli 521 jer.. Cutting dia pon sedap dan selesa.

Baru baru ni aku beli Levi’s 505 ! Aku tak pernah try pon sebelum ni.. Dan ternyata aku amat sukakannya ! Tu pasal aku kembali ke butik Levi’s dan beli sehelai lagi.. Huhu..

Bila aku dan set dalam kepala aku apa aku nak beli , aku terus masuk dan pilih warnanya. Aku tak belek dah  jenis lain.. Masa bergerak ! Banyak lagi tempat nak kena pegi !

Test pakai dan ok ! Bayar dan keluar.. Tak sampai 10 minit..

image

Sebelum tu aku beli seluar tu , wife aku terlebih dahulu nak beli tudung. Maka masuklah ke satu butik tudung kat Alamanda ni.. Pada awalnya dia agak segan nak masuk sebab ingatkan harga mahal mahal. Bukan dia tak mampu tapi dia jenis berjimat.. Berbeza skit ngan aku.. hehehe ..

Dia masuk dan pilih.. pilih dan pilih. Jumpa ! Dia tanya aku.. ok tak ? Aku kata , ok la.. Kemudian dia letak dan ajak aku keluar.. Aku tanya kenapa tak beli ? Dia kata tak pe la.. Nanti nanti je la..

Tapi sepanjang perjalanan dia dok cakap pasal tudung tu ! Arghhhh !!! Dan selepas membeli barang dapur , dia kata esok nak datang balik dan beli tudung tu.. Huk alohhhhhh..

Kan tadi dah suruh amik jer ? Abang belanja laa.. “.

Terus berubah. Menyesal pun nampak gak kat riak muka dia. Seolah berkata..

Kalau tau tadi.. amik dah ! Rugi , rugi.. “.

Dan malam tadi , aku ajak gi Alamanda sekali lagi.. Sian kat dia.. Aku suruh dia beli terus tudung semalam tu.. Dan.. setengah jam aku tunggu ! Dia try tudung lain warna lak ! Satu , dua dan tiga ! Patut laaa lama ..

“ Bang , ok tak warna ni ? “

“ Berapa sehelai ? “

“ Kalau amik lebih dari 2 helai dapat diskaun 20% “

“ Selepas diskaun berapa harga ? “

“ RM52 “

“ Haaaa.. amik la semua tuuuu .. Senang ! “ .

Color dan kainnya memang aku suka. Cantik. Sebab tu aku suh dia amik semua..

image

“ Bayar dah ? “

“ Dah.. “

“ Guna apa ? “

“ Debit Zila laa.. “

“ Aik.. awat tak guna duit abang bagi semalam ? “

“ Bang.. duit tu la beli aiskrim.. Duit tu la bayar zakat.. Duit tu la beli mainan Qhaliff.. Berapa tinggal ? “

Oh ya kaa… Hahahahhaa.. Selamat duit aku.. Hahahahah.. Tapi aku kena ganti balik la.. Tranfer balik duit.. Huhuhuh..

Aku ajak repeat sekali lagi !

 

Kali kedua aku singgah makan aiskrim kat sini ! Sebelum ni , aku lalu cam tu jer. Tak de lak rasa terliur tengok aiskrim dia.. Tapi awal Ramadan ari tu , ternampak aiskrim ni.. Lain pulak rupanya ? Sebelum ni nampak tak menyelerakan.. Hurmm..

Dan Ahad ari tu , aku ajak wife g Alamanda. Sambil membeli barang dapur , singgah sekali situ..

image

Aku beli semangkuk kecik. Kononnya nak kongsi dengan Qhaliff.. tapi maaf la ! Dia bedal sorang jer.. Kena mintak baik baik baru dapat.. Huhuh..

Dan malam ni , repeat lagi ! Dan Fynn Jamal pon ada ! Eh , suka gak ke ?? Hehehehhe .. Tapi aku tak nak kacau dia la.. Biar dia ngan famili dia. Rileks tanpa gangguan.. kan ? Heeheh..

image

Dalam 2 hari ni , memang aku saja post gambar ni kat media sosial.. Saja goda diorang.. Hahahaha.. Bukan nak tengok sapa yang terliur tapi salah satu strategi aku jugak.. Lalalalla.

Dan memang ramai bertanya kat mana lokasi gambar aku amik ni..

imageimage

Harga dia ? Hurmm.. Berbelas ringgit gak la untuk satu cup tu.. Ikut size.. hehehe..

image

Sedap ? Bagi aku sedap la.. Sedap dari Haagen Danz dan Baskin Robin.. Ke aku dah muak makan dua dua tu ? Hehehehe ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI