Isnin, 20 Julai 2015

Durian terbaik di Malaysia ?

 

Korang kaki durian ? Hehehe.. Aku dulu cukup gilakan durian hinggalah dikatakan durian tak sesuai untuk mereka punya penyakit tekanan darah tinggi ! Aku tak pasti kesahihan fakta tu pon tapi sedikit sebanyak , tergugat gak la nafsu aku selepas tu.. Hahahah..

Dimana durian yang sedap di Malaysia ni ? Dikatakan durian paling sedap di Malaysia ni ialah di Balik Pulau , Pulau Pinang ! Setiap kali musim durian , Balik Pulau akan dipenuhi dengan pelancong asing dan peminat peminat durian !

Perghhh.. serius ! Kali terakhir aku makan durian kat sini , seawal Qhaliff berusia setahun. Waktu tu aku balik ke kampung bapak aku di Balik Pulau dan makcik aku bawakan buah durian untuk kitaorang.. Bapak aku ada dusun peninggalan orang tuanya..

Aku makan sebijik. Dia punya rasa.. perghhh ! Sampai sekarang aku tak jumpa lawan dia ! Semacam ada gas gitu ! Makan sebijik je dah puas !

Dan malam ni aku tengok ramai kawan kawan di Facebook update status mengenai aktiviti mereka di Balik Pulau ! Aku jeles wehhhh .. Huwaaa.. Nak gakkk !!

image

image

Aku pernah tanya kenapa durian di Balik Pulau ni mahal sangat harganya? Antara jawapannya, durian di sini kebanyakkannya terus eksport ke Hong Kong dan negara luar . Fakta ? Takde .. Kedua , lokasi di mana pokok durian ni di tanam membuatkan buahnya begitu sedap.. Fakta , wallahualam..

Sebelum nak nafikan kenyataan aku ni , g la try dulu makan durian di Balik Pulau. Aku dah dan sememangnya aku nak balik kampung untuk makan durian je .. Boleh ? Hahahaha.. Adehh ..

Aku memang suka bunga !

 

Sejak kecik lagi , aku memang kagum dengan keindahan bunga. Bunga yang berwarna warni warnanya , mendamaikan perasaan aku. Rupa bentuk yang menawan , cukup mengujakan aku !

SubhanaAllah.. Indah sungguh ciptaanMu. Andai satu hari bunga bunga ini tiada lagi di muka bumi ini , apa lagi yang akan mampu menarik perhatian aku ? Gadis gadis berpakaian legging ? Oh , tidakkk ! Melihat bunga sambil mengucapkan SubhanAllah , dapat gak pahala.. kan ? Lihat gadis sambil jawab gitu ? Cer la try… Huhuh.. Astagfirullah al a’zim.. Dengan pantas menundukkan pandangan mata kan ? Lihat bunga tak perlu buat gitu kan ? Haaa.. Walhal bunga lagi ayu dari gadis berlegging tu kan ? Haaa..

Pantang nampak bunga aku ni ! Teringin nak ke negara seperti Denmark, Belanda untuk menikmati permandangan indah bunga bungaan di sana !

image  imageimage

Cantik , kan ? Dan semalam aku ke Besut.. umah abang ipar aku.. di halaman rumahnya ada tanam pokok bunga.. Walaupun tak banyak dah bunganya tapi aku tetap gembira.. Yer , dalam hati aku !

imageimageimageimageimageimage

Sayangnya , aku belum mahir mengendalikan kamera. Banyak ‘scene’ yang terlepas.. ruginya !

Media sosial medan sumpah seranah ?

 

Terkedu.. Bila artis atau selebriti up kata kata kejian di media sosial akaun milik mereka  , aku dapati ianya menjadi modal untuk blogger blogger update entri untuk menarik pembaca pembaca kesayangan untuk singgah ‘berhari raya’ di blog mereka. Yer , berkongsi dosa pahala di situ.. Hehehe..

Bila artis melontarkan kata kata kejian di media sosial , apakah respon sepatutnya dari blogger ? Printscreen dan tulis la mengenai isu tersebut. Apakah niat sebenarnya ? Nak dapatkan hits atau nak menasihati artis tersebut ? Kenapa tak terus je gi nasihat kat ruangan komennya ?

Kadang kadang aku malu bergelar blogger sebab inilah.. Segelintir blogger yang cari makan melalui blognya tanpa kira keberkatan , membuatkan aku rasa.. hurm.. Apa dalam kepala otak diorang ?

Bila blogger menulis hal hal remeh gini , secara tidak langsung ramai turut dapat dosa. Rasanya ramai akan mendoakan kesejahteraan blogger tersebut ke ? Atau mendoakan kesejahteraan artis tersebut selepas membaca artikal tersebut ?

Bagi aku la kan.. sebaiknya ajak pembaca pembaca boikot je la artis gitu.. Lagi kita layan , lagi menjadi perangainya. Carilah artis yang bagus bagus untuk diceritakan.. Bawalah impak positif dalam blog anda. Sampai bila nak menulis pasal isu kontroversi gini ? Sampai bila , kawan ?

Lebih baik tulis pasal KICAP dari pasal artis maki hamun di media sosial ! Mampukah dapat hits dari entri KICAP ? Itulah cabaran seorang blogger..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI