Selasa, 21 Julai 2015

Tenangkan diri bila takde rezeki..

 

Teringat satu tika dulu , aku dipangkah hidup hidup dengan mereka yang tak suka kan aku tanpa sebab ! Kenal pon tidak , tapi dah tak suka aku.. Erk ! Tak pe la.. hak masing masing. Ketika tu bos aku ada tawarkan aku ikut gi trip ke luar negara sambil bekerja. Gilaaa kau !! Sapa tak nak , kan ? Tapi sayangnya…. hurm.. Takde rezeki aku..

Alhamdulillah , sejak bergelar blogger ni.. dari kecil hingga besar tawaran aku dah terima ! Syukur pada Allah , aku dah buktikan pada keluarga aku yang aku dah pon berjaya capai cita cita aku !

Terbaru.. aku dapat tawaran ke Korea Selatan. Tawaran datangnya dari sebuah syarikat gergasi dunia , SAMSUNG ! Gilaaa kauuuu !! Aku ni blogger ciput jer pon. Bila dapat tawaran gitu… mau terpengsan gitu. Tapi aku berusaha tenangkan diri. Berlagak cool gitu..

image

Sebenarnya time ni aku dah pengsan pon.. 3 saat ! Pastu pengsan balik bila part ‘ Banyak profiles we sent out , tapi client pick Ben saje ‘. Perghhh… Korang patut bangga ok ! Blog tak cun macam aku ni jadi perhatian ! Bermakna , blog korang yang jauh cun dari aku mampu pergi lagi jauh !!

Aku tak berani nak beria sangat takut cancel di minit terakhir.. Berdoa je la agar peluang gini tidak ditarik semula . InshaAllah.

Dan hari ni aku dapat dah  jadual travel di sana nanti ! Ok , aku senyum riang.. Senyum sebab berjaya buka mata ramai pihak. Blogger cam aku ni mendapat tempat di hati company besar ! Ini bukan kali pertama dan kedua , yer.. Banyak kali cuma kali ni tak sangka la dari Samsung.. Huhuhu..

Waduhhhh waduhhhh… ni kena sambar lens baru ni.. Kena cari lens travel ni.. Huhuhuh.. Tak yah tukar tukar lens dah kan ? Adehhhh… Seronok gitu eh ?

Alhamdulillah.. wife bagi sokongan je aku ke sana.. Dulu ke Paris , dia agak berat sedikit tapi kali ni setelah aku buktikan aku mampu ‘hidup’ di sana tanpa dia , maka dia lepaskan la aku.. hahahahha..

Samada on atau tidak projek ni , aku tetap berbangga.. berbangga sebab blogger macam aku ni , berjaya tarik perhatian ‘mereka’ di luar sana.. Tu yang penting ! Aku berjaya buktikan.. blogger biasa macam aku boleh berjaya tanpa perlu nak mengampu sapa sapa.. Buat kerja on time !

Terima kasih semua atas sokongan tak berbelah bagi pada aku. Sebab koranglah , aku masih terus menulis…

KFC jugak jadi pujaan..

 

Selepas pulang berhari raya di rumah kawan wife nun di Kadok , aku ajak singgah beli KFC di Kok Lanas.. Hehe.. Teringin lak.. Nak kata lapar tu tak gak.. Dah bedal 2 pinggan bihun sup dan satu pinggan laksa.. Lagi pun si Qhaliff bersuara nak air milo.. Hurmm.. Air kegemaran dia..

Di KFC Kok Lanas.. tengok orang beratur panjang. Hurmm.. Meja pon penuh dengan pelanggan.. Jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Batalkan niat nak makan situ. Ajak wife drive thru jer la ..

imageimageimageimage

Hurm.. boleh tahan gak perasa yang baru ni.. Nyesal beli 2 ketul je semalam.. Hahahaha ..

image

Bila kemalangan berlaku..

 

Semalam , dari Pengkalan Chepa ke Kok Lanas .. aku lalui beberapa kejadian kemalangan jalanraya yang menyebabkan kesesakkan lalulintas. Bila melihatkan setiap kereta yang terlibat , aku hanya mampu berdoa agar ianya tak berlaku pada aku , ahli keluarga serta kenalan aku.

Aku tak nak menuding jari tapi bila melihatkan sikap pemandu dua tiga hari ni , aku sememangnya tak pelik dengan kemalangan yang berlaku. Tapi yang pastinya mengantuk antara punca kemalangan. Aku sendiri pon mengalaminya. Berhentilah beberapa kali pon.. Tidur la camana pon.. Mengantuk tetap hadir.. Tukar pemandu ? Wife menyusu anak.. Kalu tukar , aku bukan leh menyusu pon..

Tapi aku bersyukur sebab balik beraya ke Pantai Timur. Aku boleh berhenti ikut suka.. Senang nak berhenti berbanding mereka yang ikut lebuhraya terutama Utara Selatan. Aku kena dah tahun lepas ! Seriikkk !!

Selain dari mengantuk.. sikap suka memotong kenderaan lain ! Nak potong tu boleh tapi janganlah sampai langgar peraturan. Satu lagi , memotong tak hengat punya ! Kiri kanan kita dipotongnya ! Haishhhh.. Macam dia je nak balik beraya !

Tah laa… Harap kawan kawan jangan amik ringan la soal keselamatan ni.. Atas jalan raya ni , kemalangan kalau berlaku.. hurmm.. memang mengerikan !

Beberapa kemalangan dlm minggu ni. Semoga kita jadikan pengajaran.

imageimageimageimageimageimage

Hati hati bila memandu.. Semoga selamat tiba ke destinasi..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI