Rabu, 22 Julai 2015

Kenapa aku beli topeng SPIDERMAN ?

 

Bila aku terbuka channel TV3 pada jam 8 malam terutama di rumah orang tua aku , aku nak pakai topeng ni ! Aku malu.. malu.. maluuuu menontonnya…

Percaya dengan kata kata mereka ? Adehhh…

image

Entah laaa.. Jawab je kat akhirat kelak.. Dulu kata petrol takkan naik.. pastu ? Tu je pon dah memadai , kan ? Haihhh.. entah laaa labu.. Yang pastinya , setiap kali aku reload kredit sebanyak RM50 , aku kena bayar GST RM3 ! Seminggu , 2 kali reload.. 4 minggu ? Beli barang dapur lagi… makan lagi ? Berapa banyak dah ..

Aku memang perlukan topeng ni.. malu dah !

Welcome to Bauxite Town ?

 

Ke Kuantan petang tadi dari Kelantan.. Destinasi , ke rumah blogger masakan yang dah bersara.. hehehe.. Kak Ummi Zaihadi.. Ni kali ke 3 jumpa kak Ummi. Saja nak beraya dengan keluarganya. Lama dah berkawan..dah macam adik beradik gitu..

image image

Sebelum masuk ke Sungai Soi , aku lalu satu tempat ni.. Dan aku terkedu.. Sebelum ni , isu bauxite ni dah top di media tapi.. tapi… tapi.. apa kesudahannya ??? Wallahualam..

Abis laa kereta aku..

imageimageimage

Er , seorang rakan di Facebook bagitau debu tanah merah yang melekat kat kereta mampu merosakkan badan kereta ! Gulp..

Beraya di rumah penulis buku masakan !

 

Kelmarin , aku dapat gak keluar beraya ke rumah kengkawan.. Dan rumah pertama aku pergi hari tu ialah rumah kak Ruzita Ismail. Buat pengetahuan , kak Ruzita adalah rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dan dia telah menulis lebih dari 3 buah buku masakan ! Haaaa… Aku pun baru tahu sebenarnya.. Hahahaha.. Tu pun tau masa berborak dengan dia ari tu.. Wah , bangga aku sebenarnya ! Dan dia salah seorang dari 4 orang blogger yang juga penulis buku , rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari.

Salah satu buku yang dah diterbitkan di bawah Karangkraf ialah..

image image

Banyak blogger masakan yang aku kenal , merupakan blogger berbakat tapi sayangnya mereka tak tau camana nak kembangkan atau nak luaskan lagi ‘pengaruh’ blog mereka serta menjana pendapatan dari blognya.. Hurm.. Hari tu sempat gak la aku bertukar ilmu dengannya cuma sayangnya tak lama.. Masa mencemburui ditambah dengan Zahra dan Qhaliff berak bergilir gilir. Tu tandanya ..

“ Daddy , jom la balik !! “.

Dan hari ni , InshaAllah nak singgah beraya di rumah seorang lagi blogger masakan tersohor tapi low profile.. Kalau masuk Facebooknya , pasti insaf .. punya lahh !

Ada instagram ? Jom follow aku dan kak Ruzita… @ben_ashaari dan @Ruzieta_92 .

Doakan kesejahteraan perjalanan pulang aku sekeluarga ke Kuala Lumpur , yer.. Terima kasihhh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI