Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 23 Julai 2015

Jika anda ada anak dan perlukan beg !

 

Hari tu aku ada beli beg Deuter. Beg tu untuk aku isi barang barang aku. Tetapi wife dah mula letak lampin pakai buang..baju anak anak dan juga botol susu.. Aiseyman.. Beli mahal mahal , maka gitu lak kegunaannya.. Rugi rugi.. Tak comel lak tu.. hahaha ..

Dan hari tu aku ternampak rakan blogger aku update satu entri mengenai  beg khas untuk letak barangan baby kecil dan besar ni ! Haaaa..

image

image

Dan hari ni , aku jumpa tuan punya kedai online.. En.Najmi di Alamanda.. Dan dia bawak banyak beg untuk aku tengok.. Huhuhu.. Semua cun cun belaka !

Aku memang berkenan warna ni..

image image image

Amacam ? Cun kan ?

image

Tapi aku tak amik color ni..Aku amik color lain ! Hehehe.. Tunggu aku update dalam entri lain yer..

Bagi yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , sila ke Facebook Suzi Kids Collection atau instagramnya , Suzi Kids Collection.

Ada banyak jenis beg dan pilihan…

image

Bila anak demam panas !

 

Minggu lepas , Qhaliff da Zahra demam panas.. Suhu memang cecah 37-40 ! Memang merisaukan.. Kerap benar wife dan aku mandikan mereka .. Lepas mandikan mereka , suhu turun…

image image

Punca kepada demam , tak tau.. Rasanya sebab cuaca.. Ramai jer orang demam.. Tak kira usia.. Hurmm..

image image

Tapi ada parents tak tau atau terlupa.. Bila anak kecil demam panas , perlulah pantau selalu .. sekerap mungkin ! Kenapa ? Risau risau kena sawan tarik ! Jangan pandang ringan terhadap sawan tarik ni yer ! Kena sabar bila jaga anak demam panas.

Apa yang perlu dibuat bila anak kena sawan tarik ? Ok.. aku jumpa petua dan tips ni di Facebook.. di page Lovera Malaysia.

image

Tanda-tanda demam panas

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat2 bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek je... sebab badan tak selesa...

 

Apa perlu buat kalau anak demam panas ?

1. Periksa suhu badannya ( kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana menurut kata nurse hospital, kalau malam lagi cepat suhu meningkat..kadang-kadang kita tak perasan). Suhu normal dlm 36°C. Tapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C tu cepat2 balut dia dgn kain basah.

2. Kalau anak dah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut tu, masukkanlah kat anak. Kalau tak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan...

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau boleh simpan termometer dan ubat masuk buntut tu kat rumah. Itu langkah rawatan asas sebelum bawa anak ke klinik.

 

Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah ?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih tu... Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi.. takut terketap lidah dia...

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau takde ubat buntut kat rumah, bila anak dah sedar tu.. cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

PERINGATAN !!!

Waktu anak kejang tu... seluruh badan dia kejang... so jgn goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Pastu cepat2 sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas... dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang tu, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab tu even kita dah bagi rawatan di rumah, masih kena bawa ke klinik/ hospital utk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab tu bahaya sangat2 kalau anak dah kena kejang nih.....

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yg pernah kena masa demam panas. So setiap kali anak demam, sentiasa la monitor suhu dia.

Beraya rumah blogger masakan , UMMI ZAIHADI !

 

Tak kenal ? Sohor nii wehhh ! Kak Ummi Zaihadi ni lagi lama berblog dari aku ! Haaa.. kira otai laa.. Cuma sekarang ni dia dah slow down.. sejak balik Haji tapi di Facebook tetap aktif , berdakwah ! Alhamdulillah.. ramai dapat ilmu darinya termasuk aku yang jahil ni.. huhu..

Dah berapa kali nak gi umah kak Ummi tapi tak dapat sebab halangan halangan yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah , semalam dapat jugak tengok rumahnya yang bersih dan kemas tu.. Huhuh.. Suka gi umah orang yang bersih bersih ni ! Amik aura positif gituuu..

Untuk pengetahuan , kak Ummi Zaihadi ni aku kenal melalui CMG .. Che Mat Gebu.. hehehe.. Melalui CMG aku kenal ramai blogger masakan yang popular di kalangan peminat resepi ni.. Peminat resepi ni ramai wooooo !!

Tenang rumah dia.. Suasanaa mendamaikan. Memang sesuai untuk membesarkan anak cucu di sini.. Hehehe.. Dan layanan Kak Ummi serta keluarganya , memang aku terharu sangat. Macam sambut adik beradik datang rumah gitu.. Huhuh..

Qhaliff dan Zahra , dah bikin serupa itu rumah , diorang punya rumah ! Tanda diorang selesa di rumah tu laa… Huhuh.. Aku naik segan lak..

Juadah yang dihidangkan , mengingatkan aku pada mak aku dirumah ! Hehehe.. Masakan orang lama. Simple tapi mengenyangkan sangat ! Kak Ummi suh makan dan makan dan makan.. Kan dah terboroi aku.. huhu..

Ada sambal telur.. ayam goreng, sotong dan kari sardin ! Kalau tak mengenangkan aku kena memandu balik , aku makan sampai abis semua nasi dalam periuk tu.. Sabar Ben , sabar ! Rumah orang tuuuu ! Hahahaha..

imageimage

Bila tengok Qhaliff dan Zahra yang dah mula lasak.. sebelum rumah tu diorang jadikan tongkang pecah , aku segerakan abiskan makanan.. Walhal..sedap ok !

Nasib baik ada anak kak Ummi yang kebetulan bercuti.. Along yang sudi layan dua dua orang budak ni . Huhuhu.. Tq Along..

image

3 jam di rumah kak Ummi. Masa bergerak terlalu pantas.. Terpaksa pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum tu kena antar adik ipar ke UMP, Gambang terlebih dahulu. InshaAllah akan kembali lagi.. Qhaliff dan Zahra pon suka kat situ..

Bergambar kenangan sebelum berpisah buat sementara .. InshaAllah , panjang umur berjumpa lagi..

imageimage image

Terima kasih Kak Ummi Zaihadi. Antara blogger yang aku hormat dan sanjungi.. Dan suaminya yang sangat … merendah diri tapi berisi orangnya ! Huhuh..

Tak dapat zakat , terus sentap !

 

Amboii.. sedap benar bantai Pusat Zakat eh ? Yang tukang viralkan pon satu hal… main sebar kan jer ! Seronok gituuu.. Dapat apa ? Supaya Pusat Zakat dapat buat kerja betul betul ? Apa kata gi mintak jer kerja ngan diorang ! Tak layak ? Tau pun.. Ingat semudah tu nak pegang amanah orang ? Apa ?? Layak ?? Tapi diorang tak nak terima ? Gi je jumpa pegawai atasan ! Bagitau kenapa diorang patut terima ko tu bekerja dengan Pusat Zakat ! Bagitau la yang diorang tu buat kerja tak betul !! Tak amanah ! Haa.. Sembur je apa saja nak sembur asalkan dorang terima ! Jangan lupa rekod sekali sebagai bukti… Senang gituu.. Ada bukti , aku leh tolong sama viralkan betapa Pusat Zakat atau Lembaga Zakat ni tak nak terima orang berkelayakan bekerja dengan mereka walaupun gaji rendah ! Haa ? Ingat keje ni gaji tinggi ke ?? Eh… tak ! Gaji tak mewah pon..

Intro yang agak ganas eh ? Bukan apa.. Aku tengok , ada media online  yang bukan blogger sedap je dok bantai atau smash Pusat Zakat ni ! Jangan main smash jer , kena la gak tau prosedur dan protokol bab ni.. G dapatkan maklumat , baru lah tulis di blog. Baru adil ! Jangan nak rembat trafik free.. Nak tambah dosa ke ? Sian kat mereka yang bekerja dengan ikhlas dan jujur di Pusat Zakat / Lebaga Zakat tu..

Tak dinafikan.. Kalau korang nak kata Lembaga Zakat ni banyak songeh la.. banyak karenah birokrasi laa.. Mesti tau kenapa dan mengapa ! Cuba gi duduk dengan mereka dan bertanya.. Pastu bagi cadangan penambahbaikan seperti mana aku dan rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari dengan Lembaga Zakat Selangor buat ! Alhamdulillah , kami dah berjaya bantu selesaikan beberapa kes bersama. Sekurangnya kami berjaya memainkan peranan membantu dari asyik pandai mengkritik tapi nak turun membantu.. hurmm..

image

Aku ni bukanlah nak backup sangat mana mana Pusat Zakat atau Lembaga Zakat tapi jangan la nak pukul abis semua sekali ! Ibarat kalau kerajaan kenakan GST , semua penjawat awam turut bersalah ! Haaaaa.. Mau bijak sikit bila smash tuu.. Malu kita nanti dengan mereka yang bukan Islam. Mereka memandang.. Ada yang nak masuk Islam tapi bila dok tengok perangai orang Islam skang ni, buat mereka terfikir fikir dengan keputusan mereka.. Hurmm..

image

Ayah aku pernah mohon bantuan Baitumal untuk settlekan kos pembedahan kanser dia.. Pada mulanya memang sukar sikit.. Maklumlah tak tau prosedur.. Tapi bila dah tau prosedur, senang terus .. dan selesai pon kos pembedahannya.. Maklumlah , kami ni bukan orang senang ! Aku pun bukan kaya ! Bila dah tak mampu , jangan la banyak songeh ! Kita nak mohon bantuan.. nak mintak duit pemberi zakat ! Kena la tau yang mereka tu penjaga amanah. Kalau semudah tu main bagi jer , jawabnya tak sampai seminggu.. abis laaa duit zakat ! Macam BRIM pada awal dulu.. Main bagi je sapa datang mintak ! Bila dah dapat , gi open table ! Beli kredit handphone.. Tukar handphone.. Belanja  awek laaa.. Iskhhh….

Kelmarin ada sorang hamba Allah mesej aku di whatsapp.. Dia nak mohon bantuan zakat untuk anaknya.. Dia ceritakan masalahnya pada aku dan aku forwardkan pada pegawai LZS yang aku kenal. Kemudian dia forwardkan pada pegawai yang sepatutnya untuk mendapatkan penjelasan.. Dan pagi ni , hamba Allah tu pergi sekali lagi ke Lembaga Zakat Selangor untuk memohon sekali lagi dengan ‘info’ yg dia tau.. Sebelum ni dia g main mintak jer tanpa tau apa apa maklumat. Nak bertanya pon tak reti sangat camana.. Tapi kali ni dia tau camana nak bercerita dan .. Alhamdulillah , dia dapat bantuan yang dia nak tu !

Bayangkan.. datang seorang lelaki sado..sihat tubuh badan dan berkata begini pada anda ..

Bang , saya lapar.. nak makan ! Bak RM10 ! “ .

Nak bagi ke tak ?? Apsal tak bagi ?? Mesti tergaru jap kepala.. Bukanlah tak boleh bagi.. Boleh je bagi tapi mesti nak tau apa cerita sebenarnya kan ? Apasal ko mintak duit orang walhal ko sihat ! Sado lak tu ! Cer cerita skit .. Nak gak tau.. kot kot leh tolong viralkan kat media sosial !

Kita kena tau.. Kalau ada pegawai Zakat yang banyak songeh , gi la cari pegawai lain.. Ingat kat situ ada sorang dua je ke kerja ? Mesti ada sebab musabab punya ! Kenapa dia tak layak dapat atau kenapa dia patut dapat ! Haaa..

Bukan apa.. ada kes tipu duit Zakat ni ! Aku tak nak cakap pasal penipuan ni.. Gi la godek sendiri ! Buat la usaha sama dengan mana mana Pusat Zakat atau Lembaga Zakat dan bantu la mana mana asnaf yang korang rasa layak , terus ke pihak sepatutnya ! Bukan update dalam blog untuk memburukkan atau menjatuhkan maruah mereka yang berkerja di bawah Pusat Zakat ni.. Kalau diorang semua berenti kerja , sapa nak uruskan semua ni ? Korang ke ??? Hehehe.. Gaji ciput je bang.. Bukan gaji menteri ! Ada ke nampak pegawai zakat pakai BMW ? Tapi suruh kerja non stop cari asnaf atau fakir.. Ingat diorang tak de keje lain ke ? Diorang nak kena urus rumah kebajikan.. tabung pendidikan lagi.. banyak wooo ! Kakitangan tak banyak ! Maklumlah , nak tambah kakitangan lagi , kena guna duit rakyat lagi.. Sapa nak bayar kan ? Kita gak kena bayar ! Bukannya ada sungai duit atau pokok duit ! Petik dan bayar gaji ! Kalau gitu punya senang.. kan kan ?

Ok .. meh aku bagitauuu .. Lembaga Zakat ada buat cara mudah ! Kalau ada sebarang maklumat , gi je pm ke fan page LEMBAGA ZAKAT SELANGOR. Andai kata luar daerah Selangor sekali pon , cuba la mintak tolong mereka. Seperti aku mintak mereka rujuk satu kes di Pulau Pinang. Mereka akan hubungi pegawai di sana dan bagi info.. InshaAllah…

Tak perlu nak marah marah.. Kalau kita amanahkan hak kita pada orang lain untuk beri pada orang lain , pastinya mereka akan memikulnya dengan cermat , jujur dan paling penting sampai ke mereka yang selayaknya ! Kan kan ?

Sebagai blogger yang bijaksana , korang pun tahu dah.. Menghentam bukan menyelesaikan masalah.. Mereka perlukan infomasi dan kita berikan pada mereka. Kita buat kerja kita dan biarkan mereka buat kerja mereka ! Permudahkan.. InshaAllah..

Dah bayar zakat ke ? Bukan zakat fitrah..Zakat harta.. zakat pendapatan.. Banyak tauuu ! Ingat zakat tu cuma ada zakat fitrah je kee ? Huhuu .. Zakat Perniagaan , Zakat Wang Simpanan , Zakat Emas/Perak , Zakat Saham , Zakat KWSP , Zakat Pertanian , Zakat Penternakan dan Zakat Ma’adin, Kunuz & Rikaz .. Amacam ? Dah ? Nak tau lebih lanjut , leh je ke Jenis Jenis Zakat ..

Bayar zakat tau.. Hehehee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI