Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 24 Julai 2015

Nak join #KelabBloggerBenAshaari , boleh ?

 

Alhamdulillah.. matlamat aku tercapai ! Blogger yang tak tau hala tuju pada awalnya , dah tau apa perlu dibuat dengan blognya ! Dan blogger yang punya ilmu , berkongsi dengan rakan rakan yang lain..

Perkongsian beginilah yang aku inginkan dari awal lagi aku tubuhkan komuniti begini..

imageimage

Ada yang berjaya dan juga ada yang tak serasi dengan team KBBA.. Tu tak mengapa.. Hak masing masing.. Yang pasti , aku gembira melihat kejayaan rakan rakan lain yang dah mula dapat job atau mendapat income melalui blog. Aku tak menjanjikan pulangan sebagai jutawan tapi aku hanya mampu janjikan , talian persahabatan berkekalan.. InshaAllah..

Nak join KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ? Buat masa ni aku terpaksa hadkan pengambilan blogger baru ke dalam group whatsapp. Tapi kalau berminat juga , rajin rajin post entri di group Kelab Blogger nun di Facebook. Aku memang memerhati blogger dari situ sejak dulu lagi. Blogger yg berbakat memang aku ajak join KBBA..

Bila wife kekurangan susu untuk Zahra !

 

Bulan puasa lepas , wife bagitau aku.. dia ada masalah dengan penyusuan ibu. Tak banyak stok untuk Zahra ketika dia pergi kerja. Nak tak nak , dia kena balik rumah pada waktu lunch untuk menyusukan Zahra..

Tiba-tiba dia teringat…

Ephyra !!!

Terus dia ke dapur dan tengok stok yang berbaki dalam kotak Ephyra . Masih ada beberapa sachet untuk dia.. Sememangnya sebelum ni dia amik Ephyra untuk banyakkan susu ketika menyusu Qhaliff.. pastu dia terlupa dah.. Yelah , dok sibuk jaga anak , nak jaga kecantikan diri pon terabai.. termasuk aku sendiri ! Huhuh..

Dan seingat aku , dia bersahur dengan minum secawan Ephra.. Tengahari tu dia mesej aku.. Dia tunjuk botol susu.. dan dalamnya , penuh dengan susu !

Alhamdulillah..”

Lepas pada tu , memang banyak kembali stok susu untuk Zahra. Lega aku.. Kalau tak , aku la paling pening.. Zahra makin banyak minum susu terutama lepas mandi pagi dan petang ! Sementara nak tuggu mak dia balik , jenuh aku layan dia menangis..

Selepas beberapa kali minum , maka abiss laa stok yang ada atas almari di rumah aku tuuu ..

Bang , Ephyra abis.. camana eh ? “.

Elee.. camana eh ? Ayat tak hengattt ! Kan mudah cakap..

Bang , tolong belikan Ephyra… hehehe.. Dah abiss .. Untuk Zahra jugak , bang ! Haaa “ .

Dan aku pun jalankan tanggungjawab aku.. Alhamdulillah , pagi tadi sampai stok untuk sebulan punya ! Haaaa… Semua wife punya ! Aku tengok je la noooo…

image

Er , apa kelebihan Ephyra selain dari bagus untuk mereka yang menyusu badan ?

image

Bacalah sendiri yer.. Hehehehe… Kena pahamkan tauuuu.. Kalau tak paham atau was was , leh rujuk pakar yakni doktor anda.. hehehe ..

Bagi yang berminat nak membelinya , silalah ke :

Facebook : Oceanlife2c

Instagram : ephyra2u

Web : www.oceanlife2u.com

Tel : 019 3999 238 / 019 3800 779 / 03 4141 7889

Lepas stim !

 

Seminggu MMA Nilai Corner tutup ! Semalam , aku pergi sana untuk lepaskan keinginan aku yang dah lama tak pekena asam pedas ikan mayong di D'laila Suppower ! Huhuhuh..

Tapi semalam plan nak makan sup gearbox kat Papa SupPower.. Bila sampai situ je . terus bertukar citarasa .. Si tekak teringin nak makan megi telur ikan mayong la pulak !

image

Dan wajib dimakan bersama dengan ABC.. Tak manis sangat pon bagi aku ABC ni.. huhu..

image

Wife makan sup dan nasi putih.. Tu pun sedap dah !! Ikut hati aku , aku nak tambah sepinggan lagi megi telur ikan mayong tapi dah Zahra buat karenah.. nak tidur sangat dah tuuuu.. Huhuhuh.. Terpaksa batal niat nak menambah.. hehehe ..

Dan semalam , MMA Corner memang penuh pelik laaa.. Nampak sangat ramai teringin nak g sana setelah seminggu makan lemang dan ketupat jer.. Hahahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI