Sabtu, 25 Julai 2015

Tak sampai hati..

 

“ Bang , nak makan apa ni ? “.

Soalan yang sering aku dengar. Setiap pagi , tengahari dan malam.. Bila pandang muka wife, kesian pulak la nak demand itu ini.. Tapi nak makan kat luar memanjang , boleh muflis aku punya akaun bank termasuk dia punya !

“ Masak je la nasi goreng cina.. “. Nasi goreng cina mudah untuk dimasak tapi kalau dia kat dapur , berjam lamanya.. Macam macam dia buat kat situ.. Huhuhu..

Nak masak tu mudah tapi nak mengemas tu yang leceh.. Sebab tu aku tak suka memasak.. Bukan tak gemar tapi malas nak mengemas ! Hehehee..

image

Pagi dah lepas..Termasuk tengahari.. Malam ? Adehh.. Nak makan apa lak laaa malam ni..

Kedai Kak D’Laila Sup Power la jawabnya.. Telur mayong lagi !Haahahaha.. Lepak sana. Nak g Seng Heng lagi.. Nak cari aircond.. Panas sekarang wooo..

Blog Pilihan BEN ASHAARI 2016 !

 

Lama dah kan aku tak buat blog pilihan ? InshaAllah.. aku memerhati je blog blog yang singgah kat blog aku dan kerap meninggalkan komen.. hehehe ..

Maka , malam ni aku nak bagitau la kat korang .. Blog Perdu Cinta ini adalah blog pilihan aku pada tahun 2016 ni.. Rasanya ni blog pertama kot aku untuk tahun ni..

Oh , aku pilih pon kena pilih betul betul.. Tak leh main sebat jer ! Kena amik yang … hurmm.. hurmm ..

image

Amik blog yang kemas , aktif dan rajin menegur blogger lain.. Cuma harapnya , bila dah popular nanti ..jangan la lupa kengkawan lama yer.. Hehehehe…. Ramai dah lupaaaa bila dah ada nama ni…

PERDU CINTA.. http://perducinta.blogspot.com/ !

Zahra , tidur !

 

Baru sampai rumah.. Qhaliff dah terlena dari dalam kereta lagi ! Penat sangat bermain kat rumah mak aku tadi.. Zahra dah puas tidur hari ni.. Dalam kereta , dia sibuk ajak aku bermain.

image

Di rumah , semua dah terbaring.. Aku pelan pelan bangun dan masuk ke bilik.. Aku nak update entri.. Tiba tiba aku terdengar bunyi tapak kaki.. Aku jengok ke pintu.. Zahra muncul ! Huk alohhh budak niiii !

Aku dukung dan bagi kat mak dia.. Dan aku masuk bilik sekali lagi.. Maka sekali lagi la dia muncul kat pintu.. Adehhh.. Dia ni nak aku baring sebelah dia jugakk…

Aku pon baring.. dia pun terus baring dan tidur sebelah mak dia.. Aku baring atas sofa… Dalam 10 minit gitu , aku bangun dan naik ke tingkat atas . Nak bersihkan badan sblm tidur..

Selesai mandi.. pakai baju.. Zahra muncul depan pintu ! Huk alohhh… berani laaa dia naik tangga dalam gelap gelap gitu ! Cepat cepat aku dukung dia .. takut jatuuh.. dan turun ke bawah..

image

Sampai kat bawah.. nak letak Zahra sebelah mak dia.. nampak Zahra dok baring kat ketiak mak dia..

Er , sapa aku duk dukung ni ???

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terus terjaga aku dari tidur.. Aiseyman..mimpi rupanya !

Servis lagi !

 

Baru plan nak buat suprise ke umah Mat Gebu esok ! Bila wife bagitau , kereta dah kena servis.. terus aku tengok meter speedo dan sticker servis..

image image

Nak kena gi servis minggu depan gak ni ! Tapi persoalannya , bila ?? Aku free hari Isnin jer pon.. Selasa , Rabu , Khamis dah ada plan masa depan ! Semua event event raksasa tuuu.. Haaa.. Kena gi ! Tak gi rugi wooo… Jumaat la nampak gayanya.. hurmm.. Sabtu Ahad tak leh.. Pastu nak g Korea dah.. Gulp.. Takkan nak tinggalkan kereta kat wife dalam keadaan gitu.. Hiskhh.. tak baekkk..

Kereta aku ni , tiap bulan servis.. Dari bulan pertama beli nun 2 tahun lepas hinggalah hari ni !! Sekali gi servis.. kalau minor tu ada la dalam RM200.. bila major , mau kena 1k++ gak laaa.. Huhuhuh..

Tapi demi keluarga tercinta , ku relakan je la.. Keselamatan tu penting.. Kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI