Ahad, 26 Julai 2015

Kenapa aku suka pergi SENHENG ?

 

Sebelum masuk Syawal ari tu, air cond rumah aku rosak.. Memang berpanas laaa aku sekeluarga ! Perancangan nak beli aircond baru. Air cond sedia ada ni dah masuk usia 2 tahun lebih. Sama usia dengan rumah aku..

image

Maka , semalam pegilah ke SenHeng cawangan Bandar Baru Nilai.. Di sana , wife bertanyakan mengenai air cond dan juga waranti air cond lama.. Saja je la tanya.. Kot la boleh repair ke apa..

Dan staff situ pon check. Bagus staff SenHeng situ.. Memang bagi kerjasama punya. Tanya la apa pon , diorang akan menjawabnya dengan sebaik mungkin..

Dan rupanya , air cond aku tu aku amik jaminan  tambahan ! Jumlah jaminan ada 5 tahun ! Waaahhhh .. Abis tu camana ? Menurutnya , mereka akan hantar seorang juruteknik air cond untuk check air cond yang dikatakan rosak tu terlebih dahulu. Kemudian report akan dibuat.. Samada mereka akan perbaiki secara percuma atau… atau tukar baru terus !!! Perghhhh ! Terbaikkkk laaa.. Tak sangka lak sampai tahap gitu kan ?

imageimage

Dulu aku pernah beli DVD player kat SenHeng Alamanda. Dah pakai setahun lebih , player tu rosak..Aku pon teringat ada warranty , terus bawak player tu gi sana. Memang tak cerita banyak .. tukar terus yang baru !

Kalau korang g SenHeng untuk beli barangan elektrik tanya betul betul. Jadi ahli dan amik jaminan tambahan ! Tak rugi punyaaaa !

Walaupun agak mahal sedikit berbanding di luar yang mana boleh buat tawaran harga tapi bagi aku , service after sale tu penting ! Aku kena banyak kali dah dengan peniaga luar.. Tu aku rela beli kat SenHeng jer.. senang citer ! Court Mammoth ? Tak berminat sama sekali !

Untuk pengetahuan.. aku tambah satu lagi air cond untuk dalam bilik tidur.. Amik 1hp. Service yang bagus membuatkan pelanggan tak ragu ragu untuk membeli barangan di situ walaupun harga agak sedikit mahal !

Megi Kambing di D’Laila Sup Power

 

image

Yesss ! Aku suka daging kambing. Dulu tak sukaaa sebab dikaitkan dengan tekanan darah tinggi ! Selepas aku nekad memakannya ketika aqiqah Qhaliff , ternyata daging kambing tak memberi kesan pada aku..Hehehe..

Dan aku kaki makan daging kambing termasuklah aku gi redah kat satu kedai mamak ni.. mintak dia buatkan megi kambing. Katanya dia tak pernah dengar megi kambing.. Aku suruh dia masak megi dengan kuah kari kambing.. Hehehe.. Pastu , tersohor dah megi kambing.. Hahahaha…

Di MMA SANTAI CORNER , Bandar Baru Nilai .. D’Laila ada dua menu megi. Satu megi telur mayong. Dan yang terbaru ialah megi asam pedas daging kambing !

image

Satu lagi , meggi daging kambing ! Fuhhh… berasap tuuu ! Serius sedap ! Tak tau la korang ..

Pertghhh…. Kambing dan .. ABC !

image

Sedapppp ! Sebelum nak gi nanti , pastikan dah booking tempat yer.. Nak walk in pon ok jer.. takut tempat je la tande.. Tempat dah hot gituuuu !

Selain dari tu.. ada ..

imageimageimageimage

Hubungi D'laila Suppower..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI