Isnin, 27 Julai 2015

Berkat Dhuha ?

 

Awal pagi semalam… Aku tercari earphone Oppo aku. Tak jumpa ! Mana menghilang pon tak tau laaa.. Dan tiba-tiba , muncul di kaki aku nun di dalam bilik ! Atas karpet.. Camana lak leh ada sini ? Hurm.. Namun aku jumpa bukan dalam keadaan sempurna ! Salah satu bahagian kehilangan ‘getah’nya.. Tak leh guna jugak la kalau gitu.. Hurmm.. Puas cari gak.. tak jumpa !

image

Dan pagi tadi , selepas mengerjakan solat Dhuha.. aku nak bersenam 6 saat ! Hehehe.. Lama tak bersenam. Berat bontot dah ! Baru letakkan tangan atas lantai , tetiba terpandang..

Ehhh.. macam aku kenal jer !

Bayangkan laaa.. seluas luas tempat di rumah aku tu , aku leh muka aku betul betul mengadap benda yang aku cari semalaman !

imageimageimage

Alhamdulillah.. tak yah beli baru ! Huhuh.. Jimat duit ! Baru plan nak beli kat Korea nanti.. laalallaa …

Tiap kali aku melangkah ke bilik atas..

 

Niat , nak bersenam. Sememangnya plan lepas abis raya aku nak start balik bersenam. Buruk benar tengok lemak lemak di bahagian perut dan pinggang ! Huhhh..

Tapi setiap kali aku melangkah ke tingkas atas , dua dua anak aku ni pastu akan turut serta ! Arghhh.. Bila tak bawak , meraung laaa dua dua .. Kalau bawak ?

image

Diorang buat pemeriksaan dari satu tempat ke satu tempat ! Camana aku nak angkat besi kalau diorang dah dok lalu lalang ? Hurmmm… Bahaya kalau teruskan !

Bila aku tengok cermin.. lelaki yang aku pernah kagumi satu tika dulu , dah takde dah rupanya ! Kena terima hakikat jer la.. Melainkan aku kembalikan ‘dia’ ! Aku kena nekad ! Aku bukan nak meniaga durian pon ! Aku bukan nak jual lemang ! Tapi lebih pada penjagaan kesihatan.. kononnya la ! Hehehehe..

Daddy… oh Daddy !

 

Kalau ikutkan hati kan , aku nak tutup semua akaun media sosial. Buang semua smartphone.. Dan tumpu perhatian pada dua orang anak kesayangan aku..

image

Mesti Zahra suka , kan ?

image

Mesti Qhaliff suka punya… !

image

Aku akan abiskan masa dengan mereka ! Hurmm.. Bahagikan masa ? Hurm.. Kerja aku ni perlukan respon yang pantas tapi rasanya pasni.. hurm… Aku kena buat ‘waktu tanpa telefon pintar’ di sebelah siang !

Hurmm.. Kul 10 pagi –2 petang mungkin ? Ok kot… Aku kena guna smart band talk aku la jawabnya untuk tengok notifikasi yang masuk..

Siap leh jawab call dari smart band tu yer.. Dan ada msesej penting , barulah jawab di handphone.. Hurmm… Bijak gak aku rupanya sesekali.. Hahahaha …

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI