Ahad, 2 Ogos 2015

Telefon Pintar : Mana satu pilihan hati anda ?

 

image

Koleksi telefon pintar 2014/2015 aku. Huhuh. Ada lagi tapi dah bagi orang dan masuk dalam kabinet.. bukan kabinet kat Parliment tu.. tu lain tuuu..

Ada Sony Xperia Z3 , Iphone 6+ , Samsung Galaxy S6 dan Oppo Find 7 di dalam gambar tu.. Kalau korang tanya aku mana best kan ? Bagi aku.. bagi aku laaa kan.. Haaaa .. Semua best ! Hehehe.. Jawapan selamat , kan ? Hahahaha..

Secara jujur la.. setiap handphone tu ada kelebihannya. Bergantung pada apa yang aku nak .. Macam aku , aku suka kamera yang pantas amik gambar.. tak sangkut sangkut.. Pastu lasak ! Tak de manja manja punya.. Korang rasa mana satu yang aku maksud kan tu ? Hehehhee..

Camana pulak dengan iPhone 6 Plus ? Ok tak ??? Aku try cari kenapa aku perlu suka iPhone.. Ok ,seriusss.. aku tak jumpa ! Sebab tu aku kasi wife aku guna jer.. Dia suka laaa ! Sebab orang kata guna iPhone ni ada kelas !! Kelas tang mana pon aku tak tau laaa..

Oppo Find 7.. Yang ni aku kasi dah kat Qhaliff.. Dia yang guna ni ! Amat sesuai dengan dia.. Mengusung ke hulu ke hilir.. Mencari setiap saat.. Bukan main game pon.. bukan tengok youtube sangat tapi dia nak handphone dia di tangan ! Hahaha.. Tapi bila nak bermain , dia akan pass pada mak dia.. Simpan ! Hilang nanti..

Sony  Xperia Z3.. Hehehe.. Samsung Galaxy S6 ? Mana satu best ? Ok.. nanti aku review bila tugasan aku di Korea selesai ekkkk… Aku nak tengok hasilnya melalui perbandingan ke dua dua handphone ni.. Tapi kalau nak diikutkan , tak adil perbandingan ni sebab Sony Z3 agak ketinggalan berbanding Samsung S6.. Kena bandingkan dengan Sony Xperia Z3 Plus..

Persediaan ke Korea !

 

Ok… malam ni bertolak. Naik Korean Air.Segalanya ditanggung oleh SAMSUNG. Aku bawak diri dan duit shopping jer ! Nak tapau RoboCar Poli untuk Qhaliff dan Zahra. InshaAllah..kalau murah ! Hahahaha… Bajet bawah RM100.. Lalalala..

Hurm.. Jom check dokumen yang penting serta aksesori wajib bawak !

image

Duit.. passport , Kad ATM , MyKad , Lesen Memandu , dan kad kredit.. Siap !

Memandangkan kali ni akan terdapat influencer-influencer top serta popular  dan juga media antarabangsa dari luar negara yang akan turut menyertai delegasi anjuran SAMSUNG ni maka… sila sediakan kad bisnis dengan banyaknya ! Masa ni la nak promote diri sendiri.. sapa lagi nak tolong promotekan diri sendiri kan ? Salah tuuu.. dan juga KELAB BLOGGER BEN ASHAARI !  Aku ‘bawak’ juga mereka terutama yg sayangkan KBBA ni.. InshaAllah..

Ok… lagi ? Telefon pintar , kamera dan GoPro !

 image imageimage

Lagi ???? Power Bank dan  Ray Ban ! Hehehe.. Pastikan kali ni bergaya di sana ! Ari tu kat Paris macam gelendangan je aku.. Huhhh.. Gara gara takut dek penyeluk saku.. Adehh..

image

Selain dari tu… bawak banyak lagi.. Tapi yang penting ni la kot ? Ada lagi ke ? Adaaa.. bawak bawak bersabar di sana yer.. kan ? InshaAllah.. hehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI