Khamis, 6 Ogos 2015

SEA Korea Tour 2015 : Esprit Dior Exhibition

 

Huarghhh.. bangun pagi ! Penat tak hilang lagi… Sini matahari keluar awal.. hehehe..Maka subuhnya awal dari di Malaysia..

image

Sarapan pagi.. aku tak turun sebab nak siapkan entri hari pertama. Lagi pun aku dah bawak maggie dan roti dari rumah.. Terima kasih pada wife yang sediakan segalanya.. hehe ..

Jam 9.15 pagi.. semua diminta berkumpul di lobi untuk lawatan seterusnya.. Destinasi ialah ESPRIT DIOR EXHIBITION yang terletak di Dongdaemun Design Plaza ( DDP ). Sebenarnya aku adalah peminat rekaan fesyen. Maka pameran ni memang bersesuaian sangat dengan aku. Hehehe.. Suka tengok design mereka yang .. kekadang cantik di mata dan kekadang menjegelkan mata..

Dari hotel ke tempat ni tak jauh pon. Dalam 15 minit jer.. Bila sampai je tempat ni , aku kagum dengan senibina bangunan sini. Memang unik sekali !

imageDSC09813

Sini. memang best ! Kalau tak disebabkan aku tertinggal cermin mata dalam beg yang terpaksa diletakkan di dalam loker ( beg tak leh bawak masuk dalam muzium ) , pasti aku akan abiskan masa lebih 2 jam dalam ni .. huhuhu.. Memang menakjubkan !

Jangan lupa pakai alat ni untuk mendapatkan penerangan berkenaan pameran di dalam tu nanti .. dalam English.

imageDSC09824 DSC09826DSC09828 DSC09838DSC09843 DSC09846DSC09848DSC09852 DSC09858 DSC09853DSC09860 DSC09864DSC09866DSC09872DSC09875DSC09880 DSC09878DSC09902 DSC09899

DSC09904 DSC09903DSC09907DSC09909 DSC09908DSC09913

Best best !!! Memang puashati masuk dalam ni ! Banyak info dan juga ‘aura’ diperolehi.. huhu .

Berjaya selfie dengan pelakon ‘Ada Apa Dengan Cinta ‘

 

Alkihsahnya… Ada rakan di Facebook tinggalkan komen di status aku. Dan aku punya reaksi bila membacanya..

Sapa yang paling kacak dalam bas rombongan yang aku naik ni selain aku ???? Macam takde jerrr.. “

 

image

Bila aku tengok instagram dia, aku tak nampak pun muka ‘ Rangga ‘ ni ? Tapi bila terpandang satu gambar ni.. lantas membuatkan aku terus mengoggle rupa si Nicholas Saputra… aka Rangga.

Dan… dan… Peluang keemasan begini jangan dilepaskan ! Peluang untuk kasi kengkawan cemburui akuuu… hahaha .. Walhal , bukan nak sangat pon memandangkan dia sendiri pun tak berapa nak ramah.. Dok buat hal ngan kengkawan dia sendiri jer.. Berbeza dengan media dari Indonesia yang rajin nak berbual.. Tapi aku tak salahkan dia.. Dia ada alasan tersendiri.. Artis terkenal la katakan..

 

image

Makan malam.. semeja gituuuu haaa.. Selain dia , ada sorang lagi pelakon Indonesia di situ tapi tak la terkenal sangat.. Tapi peramah gak.. hehehe..

image

Ok la kan ? Ada gak kenangan dari sana …

Susahnya nak beli cenderahati untuk tersayang !

 

Masa gi Paris tahun lepas , aku tanya dia.. nak beli beg tak ? Dia jawab tak nak.. Nak beli sendiri kat Malaysia ni.. Aku pon ok je la.. Tapi bila sampai Malaysia , lain pulak bunyinya.. Adehh ..

Di Lapangan Terbang Incheon semalam , aku ‘terbeli’ perfume. Perancangannya nak menjimatkan duit tapi selepas terpengaruh dengna kata kata..

Kita nak datang sini , bukan mudah.. Sekurangnya beli sesuatu yang kita boleh ingat dan kenang.. Duit boleh cari.. Kenangan sukar diperolehi..

Pilih punya pilih… Aku amik ni jer.. Harga dalam RM ialah RM180.. Lebih kurang la.. Kat Malaysia mana boleh dapat harga gini haaa…

image

Kemudian kembali ke kumpulan untuk makan tengahari.. Dan ketua rombongan aka pegawai dari Samsung Malaysia , tanya aku..

Ben , u tak beli apa apa untuk wife ke ? “ .

Hurm.. aku tak beli apa apa pun sebab takut dia tak berkenan. Cerewet tu tak tapi dia susah nak sukakan barang. Beli sendiri baru puashati ..

Semua perempuan macam tu.. U beli jer .. At least ada sesuatu untuk dia dari Korea.. “.

Betul gak.. Aku ajak Nasri , wartawan Kosmo untuk menghabiskan duit ! Dan aku jumpa ! Automatik duit aku abis ! Huhuhuh..

 

image

Amacam ? Ok tak ??  Aku memang gilerkan jade ! Heehhehe…

Dan semalam aku bagi kat wife… Terus pakai dia ! Sukaaaa sangat katanya.. Cukup cukup untuk pergelangan tangan dia..

Alhamdulillah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI