Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 8 Ogos 2015

Sayangi pekerjaan anda ..

 

Korea , sejuta kenangan ! Alhamdulillah , aku buat keputusan yang tepat ! Menjadi blogger sepenuh masa adalah impian aku ! Aku nak jadi penulis. Dan rezeki jadi penulis dunia maya ni , sangatlah luas.. Macam macam dah aku rasa. Apa yang aku dapat kadang kadang di luar jangkaan aku sama sekali !

Aku takkan rasa semua ni , jika bekerja di tempat lama aku ! Aku takkan rasa semua ni andai aku tak melangkah dengan berani untuk memperbaiki diri ! Sampai bila aku nak di takuk lama ???

image

Kelmarin , seorang rakan aku mengadu.. Bossnya bg banyak kerja.. Pastu tanya dah siap ke belum.. Baru bagi satu tugasan , dia bagi lagi ! Hurmm.. Katanya boss dia bengang dengan dia sebab amik tahu hal dia di pejabat ! Walhal apa yang bos dia lakukan , melanggari protokol !

Ada boss mengharapkan pekerjanya kerja lebih masa.. Sedangkan boss tu sendiri tah hapa kerja dia buat.. Boss tu sendiri makan gaji ! Lain la dia pemilik syarikat atau CEO ! Tu isu lain tapi ini tidak !! Hurmm…

Nasihat: Amik pengajaran kes Muhyiddin.. Kes pengarah SPRM dan banyak lagi ! Kerja bagai nak giler. Tp bila buat satu salah, terus tendang keluar!

Buat kerja, masa waktu kerja.. Abis waktu kerja, balik jer.. Bila kita tak diperlukan lagi oleh Company kita..kita cuma ada keluarga saja! Kawan kawan pon cuma mampu kata.. SABAR JER LA.. Yg terus bg sokongan ialah KELUARGA.. Sbb tu jangan sesekali ketepikan keluarga..

Dan , aku bersyukur sangat ! Walaupun tak menjanjikan kekayaan dengan pekerjaan aku sekarang ni , aku tidak lagi sakit kepala.. Tidak lagi ada hypertension.. tidak ada lagi tekanan darah tinggi dan tidak lagi mengamuk di pejabat ! Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang , disamping anak anak serta tawaran tawaran yang datang setiap jam di email aku !  ‘Mereka’ menghargai aku berbanding bos besar lama aku nun di kementerian sana !

Sudah pandai menyelongkar !

 

Sifunya , adalah abang kesayangan dia sendiri ! Zahra yang jenis memerhati dan belajar dengan pantas ni memang sangat perlu aku jaga jaga dari sekarang. Matanya , memang merbahaya ! Dia seolah memandang kosong setiap perbuatan abangnya tetapi… dia akan ikut dalam diam..

Dan salah satu hasil pemerhatiannya ialah… menyelongkar peti ais ! Mencari makanan yang sedap sedap untuk disantap tapi bagi Zahra , semua sedap ! Dia seorang ‘pemakan’ macam aku.. hahahaha …

image

Dia suka makan..  tapi badan makin halus jer ! Huhuuh.. Ikut baka belah mak dia ni… hee.. Belah sana memang kecik kecik anak gadisnya berbeza dengan belah aku ..

Tak pe la , Zahra.. makan la selagi ada gigi… Nanti dah takde gigi , baru nak teringin makan.. masa tu , letak depan mata ayam golek tersedap di dunia pun tiada ertinya lagi..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI