Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 10 Ogos 2015

Klinik Maria punya cerita..

 

Qhaliff demam lagi. Kali ni aku ajak wife g ke Klinik Maria. Klinik Maria ni , adalah klinik kegemaran kitorang sejak Qhaliff kecil lagi. Kenapa ? Ubatnya serasi dan suka dengan keramahan Dr.Maria.

image

Tapi sejak beberapa kali terkena dengan doktor selain Dr.Maria di klinik tu , kitorang dah macam malas nak ke sana.. Dan bila kami pindah ke Bandar Baru Salak Tinggi , klinik Mediviron di Giant Nilai adalah pilihan. Ini adalah kerana klinik tu adalah klinik panel insuran yang diambil untuk Qhaliff dan Zahra.

Dan hari ni , sekali lagi terkena ! Aku ajak wife g check Qhaliff di klinik Maria untuk mendapatkan pendapat kedua. Nama doktor yang bertugas , bukannya Dr.Maria. Wife memang tak nak kalau bukan dia. Serik ! Tapi memandangkan dah sampai kat situ , alang alang .. terus je la masuk.

Akhirnya.. terkena lagi ! Muka doktor kelat ! Masa masuk bilik pon , muka macam.. hurmm… Bila dia bertanya soalan.. ada yang aku jawab tapi dia pandang muka aku pon tidak dan terus bertanya soalan.

Bila pemeriksaan ke Qhaliff dah dibuat , aku mintak dia tolong tengokkan Zahra. Mintak tgk jer ! Bukan suruh check.. Aku nak pendapat dia . Rasanya tak sampai 5 minit pon. Kat luar tu cuma ada sorang dua je pelanggan..

Dia suruh aku gi register ! Aku akur je la.. Yelah , memang kena ikut prosedur. Kalau di klinik Mediviron , doktor tu akan terus check tanpa banyak cerita ! Aku tak nak g sana sebab doktor lelaki.. Nak mintak check Zahra.. Aku bawak g jumpa doktor perempuan , gitu la ragamnya..

Tak pe la.. aku keluar dari situ sebab dia minta aku tunggu luar. Wife dan Qhaliff , dalam bilik tu lagi. Qhaiff diberi ubat punggung sebab suhu tinggi..

Aku tak kisah dia nak charge pemeriksaan ke atas Zahra tu.. Aku bukan nak ubat pon.. Sekadar suruh tengok jer.. Kemudian kalau dia suruh keluar dan register , baru la aku buat.. Bayangkan kalau aku keluar dan tunggu lagi.. Qhaliff tu dok demam panas.. kena tunggu lagi kat situ.. Pastu bila check.. kalau sekadar dia kata takde apa apa serius , tak keeeee ..hurmmm…

Patutlah mak aku beria suruh g satu klinik Dr.bangsa cina ni.. Katanya tak berkira dan sering bagi pendapat yang bagus serta murah harganya ! Klinik tu senantiasa dipenuhi pelanggan walhal kat area tu , banyak klink terutama klinik melayu.. tapi tak ramai orang .. Cer pikir kenapa ?

Entah la.. Pasni kalau aku ke Klinik Maria , selain dia .. aku tak nak masuk.. Rela gi tunggu jadual dia bertugas.. Atau cari je klinik lain.. Haih..

Bagi aku.. klinik Maria ni bagus.. tapi sikap doktor yang bertugas tu.. Hurm.. Mungkin yer , mereka penat.. Tapi apa salahnya lemparkan senyuman dan berborak santai.. InshaAllah penat tu hilang.. Bila muka serius , lagi penat wehhh ..

SEA Korea Tour 2015 : Samsung LEEUM Museum

 

Selepas berjalan jalan di pameran Esprit Dior selama 2 jam.. kami dibawa makan tengahari.. Halal.. Menyelerakan dan sedap ! Makan nasi briyani kambing dan .. macam macam ada ! Tak sempat nak amik gambar semua sebab lapar dan.. hehehe ..

imageimage image

Selesai makan.. masa untuk ke muzium seni lak ! Bagi mereka yang gemarkan seni atau ingin mengetahui ‘rahsia’ Korea , maka inilah tempatnya ! Dan juga ada koleksi seni dari luar negara..

Waktu muzium ini dibuka ialah 10.30 pagi hingga 6 petang. Boleh dapatkan info di www.leeum.samsungfoundation.org.

DSC09926DSC09924imageimage imageimage

Muzium di sini canggih skit.. hehehe.. siap boleh zoom untuk lihat rekaan atau corak jika kita tak nampak..

image imageimage

Satu pengalaman yang menarik ! Tunggu pasni .. ada satu lagi muzium yang aku lawati.. hehehe …

Jari jemari kejang kerap pegang telefon pintar ?

 

Korang ada rasa tak ? Terlalu pegang atau menggunakan telefon pintar membuatkan jari jemari serta bahagian belakang tapak tangan terasa kejang ? Tak eh ? Aku rasa lama dah ! Kena selalu urut dan kurang pegang telefon pintar..

Dan baru baru ni , aku gunakan Samsung Galaxy S6 tanpa ada sebarang aksesori , barulah rasa ok sangat !

image

Dan aku pun buang la cover yang menjadi pengawal peribadi pada telefon pintar Sony Xperia Z3 aku tu.. Dan , secara jujurnya aku bagitau korang.. takde dah rasa sengal atau kejang pada jari jemari aku tu !

Apakah sebab aksesori tambahan membuatkan ianya berlaku ??

image

Bila dah buang , terasa selesa sungguh bila berada dalam poket seluar.. Barulah sedap nak berjalan.. Nak pegang hp pon rasa sedap.. Yelah , memang mereka dah design untuk keselesaan kita tapi kita tambah pelbagai aksesori kat situ.. menjadikan ianya ‘berat’ walaupun nampak ringan ! Yer , tahu.. nak elak dari calar dan rosak.. Tapi kesannya , pada jari jemari kita..

Ini cuma pendapat aku sebab aku yang kena.. Aku tak buat kajian pon lagi.. Aku tak tau la korang camana.. Kalau sesuai dengan korang , ok laa.. Nampaknya , dengan aku.. kena guna ‘bogel’ je la.. hehehe ..

Demam la pulak !

 

Aku demam ? Fuhh… jangan laaa aku ! Kalau aku demam , gulp.. Maklumlah , baru balik dari Korea.. Huhuh.. Mintak dijauhkann laa ! Bukan aku demam.. Qhaliff ! Sebelum aku balik lagi wife dah bagi tau Qhaliff dah mula ‘dedak’…

image

Semalam gi check doktor.. Tonsil dia bengkak sikit.. Hurm… Macam demam di Kelantan masa raya ari tu .. Harapnya takda yang serius la… Suhu antara 37-39.. Semalam terus kasi ubat bontot ! Baru lena tidur dia..

Kesian..

Nampaknya aku terpaksa batalkan temujanji aku hari ni.. Kena jaga dia. Kalau tak , duduk kat rumah mak aku nanti .. takde orang nak pantau lak.. Anak sendiri , sendiri kena amik berat ! Kerja ? Hurm.. Anak atau kerja yang penting ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI