Selasa, 11 Ogos 2015

Kena saman polis akhirnya !

 

Salah sendiri ! Gemar tak pakai tali pinggang sangat.. Haaa , kan dah kena saman ! Biasanya terselamat sebab guna waze.. Dari jauh lagi Waze dah bagi amaran akan kewujudan roadblock.. Tapi tadi , terlupa nak pasang waze.. Mungkin Allah nak bagi petunjuk atau pengajaran.. Lebih baik kena saman dari berlaku sesuatu yang tak diingini , kan ? Redha.. atau untuk sedapkan hati ? Erk.. Tak , memang aku akui dan redha.. salah sendiri ! Wife pon dah nasihat banyak kali.. hurmm..

Surat saman atau notis ke mahkamah sebenarnya yang aku terima ? Ikutkan dari situ , ianya cuma arahan ke mahkamah.. Kalau tak nak ke mahkamah , bayar je denda tu.. Maksimum , RM300..

Bila aku belek notis tu.. menyedihkan ! Negara aku ni memang kuat main duit ke ?? Sana sini asyik duit jer ! Masa ditahan tu pon , cerita banyak takde.. terus saman ! Takde kata dua atau nasihat.. Hahahaha.. Adeh.. Menurut seseorang . mereka sedang mengejar KPI.. Capai sasaran saman ? Wallahualam..

image

“ Bayar Lewat , Bayar Lebih “

Apa tu ?? Hahahaha.. Bukankah patut ditulis .. “ Sayangilah nyawa anda !  “ Atau “ Sila patuhi arahan keselamatan bagi mengelakkan anda disaman “ ! Tapi ??? Adehhh.. 

Aku bukan salahkan PDRM yer.. Kalau boleh , mintak ubah la. Sepatutnya kurangkan kadar kemalangan dengan memberi nasihat. Bukan menambahkan beban rakyat dengan menyaman !

Qhaliff ke Nilai Medical Centre !

 

Subuh tadi.. mengigil dia ! Mengeletar tak pasal pasal.. Sama gak cam semalam hingga menyebabkan wife terpaksa amik cuti kecemasan selama 2 hari untuk jaga Qhaliff.

Ke klinik biasa dah.. ni ke hospital swasta lak. Nak gi hospital kerajaan , entah lama la pulak kena tunggu.. hurmmm… Ada duit skit , boleh la ke swasta jer..

Jam 11 lebih pagi , dah terpacak kat Nilai Medical Centre , Nilai ni.. Dari rumah aku cuma amik masa 10 minit jer.. Tu pon kalau tak kena saman ngan polis trafik la.. Kalau kena saman , mungkin dalam 20 minit.

Sampai je sini.. rezeki tempat letak kereta tu ada.. Dapat la parking dengan ngan pintu masuk. Bila masuk je , terpinga pinga.. Nak ke mana dulu eh.. Nasib baik la ada seorang staff situ membantu. Dia bagitau apa kena buat dan ke mana patut pergi. Maka dia bantu hingga urusan pendaftaran selesai. Tapi tak dapat jumpa doktor sebab pagi tu dah penuh.Kena datang semula jam 2.30 petang. Hurm…

Wife tanya aku.. nak datang semula atau tidak ? Aku kata datang je la.. Alang alang dia dah amik cuti. Nak kena tau gak apa sakitnya Qhaliff ni. Risau denggi jer. Hurmm..

image

Lepas selesai urusan pendaftaran , terus ke Bandar Baru Nilai.. Pekena KFC .. hehehe.. Sedap wooo time time lapar balun ayam goreng ni haaa..

imageimage

Selesai makan.. balik rumah jap.. Dalam kul 2 petang , baru pergi balik ke Nilai Medical Centre. Sampai je situ.. terus dipanggil untuk pemeriksaan. Wah , senang betul.. Staff dan nurse semuanya ramah..

Dalam hati aku.. confirm kena beratus ni kang ! Tapi anak punya pasal , redha je laa.. Janji sihat , dah !

image

Sementara tu.. aku bawah Zahra merayau..

image

Tak lama kemudian , wife keluar.. Dia bagitau Qhaliff bukan denggi. Lega dengar. Qhaliff punya masalah di tonsil. Luka dan menanah dah.. Hurmm…

Wife dah rasa lama dah.. Kalau Qhaliff demam , mesti ada kaitan dengan tonsil dia dan dia rasa Qhaliff tak boleh makan jajan. Sama cam sepupu dia. Kalau makan , mesti akan demam ! Hurmm..

Wife tetap mintak doktor buat pemeriksaan darah dan doktor buatkan.. Tapi sayangnya , baru cucuk skit , Qhaliff teriak macam kehilangan paru paru ! Terus batal amik darah dia..

Memadangkan ubat yang akan diberi adalah sama , maka doktor tak bagi dah la ubat.. Guna  ubat yang sama. Andai tak baik gak dalam masa 2-3 hari , sila kembali untuk amik darah !

Jumlah bayaran yang dikenakan ? Korang rasa berapa ??

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI