Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 13 Ogos 2015

Mudahkan urusan dengan GrabCar !

 

Bulan Ogos adalah Bulan Kemerdekaan. Ada banyak acara dibuat pada bulan ni.. Dan aku tertarik nak pergi salah satunya di Tasik Perdana, hari ini setelah terlihat rakan blogger update di blognya.

Persoalannya.. camana aku nak ke sana tanpa mengeluarkan setitik peluh ? Hahahaha.. Aku tak nak naik teksi sebab kena tunggu lama kat tepi jalan raya ! Kereta lak , wife guna.. Dan Qhaliff nak ikut ! Camana tu ?

Sempena Bulan Kemerdekaan ni , GrabCar memberi potongan 31% pada pelanggannya jika menggunakan khidmatnya ! Dan.. inilah masanya aku nak mencuba GrabCar , kan ? Untung untung dapat kereta mewah ! Bukan senang nak merasa ..

Booking dah dibuat.. Aku tempah jam 10 pagi.. Dan 9.50 pagi , aku dan Qhaliff dah ready depan rumah mak aku.. Jeng jeng.. Apakah ianya akan tiba tepat pada masanya !

10.02 pagi..

image

Porche kauuu ! Hahahaha .. Ok.. Ni kali pertama naik kereta Porche dan punya pemandu..

image

Apakah reaksi Qhaliff bila naik kereta ni ? Hehehehe…

image

Tu diaaa.. Sengih sampai ke telinga ! Demam pun hilang .. huhu .. Mentang mentang laaa Porche ! Naik Livina , bertambah demam eh ?? Adehh..

Destinasi.. Tasik Perdana. Dan tak sampai 15 minit , dah sampai sana ! Masa untuk aku ‘bekerja’ lak !

Kesimpulan… Aku berpuashati !

image

Bagi mereka yang berminat nak menggunakan GrabCar ni bulan Ogos ni , sila cepat cepat buat tempahan.. Diskan 31% kannn .. Dan kalau dah langgan , jangan lupa sertai contest mereka ..

imageCCaranya ??? Mudah jer.. Ikut syarat di bawah ni..

image

Jangan lupa..

image

image

Jangan lupa follow GrabCar di Media Sosial…

Facebook – https://www.facebook.com/MyTeksi

Twitter – https://twitter.com/MyTeksi

Instagram - https://instagram.com/MyTeksi/

Bila anak tak sihat..

 

Dah tiga malam tidur tak lena sebab jaga Qhaliff.. Suhu badan yang tak menentu membuatkan wife sering terjaga dan aku turut terlibat sama !

“ Abang.. amik ubat.. “

“ Abang.. amik kain.. “ .

Kerjasama ! Nak marah , tak leh ! Hahahaha… Bukan takut bini tapi sayangkan keluarga !

Dua hari wife cuti. Isnin dan Selasa. Banyak kerja penting tak settle. Hari ni , aku izinkan dia gi kerja tapi dengan syarat. Hantar i anak beranak ke rumah mak i !

Bukan apa.. kereta ada satu ! Kalau aku duduk kat rumah aku , jadi apa apa kat Qhaliff.. payah ! Kalau di rumah mak aku , ada la gak kereta dan orang tolong tengokkan.. kan ? Haa.. Perancangan perlu ada !

Menjelang subuh.. Qhaliff akan mengeletar. Terus check suhu dan kasi ubat ! Tu yang merisaukan.. Orang kata sakit tonsil memang gitu.. orang kata laaa ! Hurmm…

Lepas kasi ubat.. dia ok la skit.. Terus cari laptop dan handphone aku. Sabar je laaa .. Anak punya pasal ! Asal cepat sembuh dah laa..

image

Aku lak.. bila dia dalam keadaan gini , aku memang buntu nak update blog. Kesian tengok dia. Bukan apa.. kalau aku dah mula mengadap laptop , aku memang tak suka orang kacau dah ! Jadi sebaiknya, aku tinggalkan la dunia maya aku sekejap.. Sekejap jer la.. Heee..

Menjelang malam.. baru dia ada selera nak makan.. Kebetulan masa nak balik dari Cheras ke Sepang , ada lalu KFC. Terus dia bersuara nak ayam..

“ Alhamdulillah.. “ .

Wife turun gi beli dengan dia. Dalam kereta , abis seketul ayam dengan dia.. Pastu terlena dalam kereta.

Dan mek Zahra lak.. dia ni kannn.. haihh.. Sejak dua menjak ni , keje dia asyik nak bergaduh dengan abang dia ! Aduh.. naik pening ngan anak dara sorang ni !

Wife malam ni mintak izin tidur awal. Tak tertahan mata dan mintak aku uruskan mek sorang ni .. Huhuh.. Tidur dalam buaian la gamaknya  malam ni ..

DSC00009

Esok , ada projek baik punya ! Huhuh.. Harapnya Qhaliff sembuh esok. Daddy leh g kerja dengan tenang .

Nasib baik aku tak marah !

 

“ Pak Ngah.. Botol air Ben 10 tu saya punya.. “.

Terkedu jap aku. Aik ? Aku tanya dan tanya lagi anak buah aku ni.. Jawapannya lancar tanpa sebarang masalah. Seingat aku , botol air ni Qhaliff punya ! Aku sendiri yang amik bagi kat Qhaliff masa dia dahaga nak minum air dan wife bawak dari rumah. Hurmm..

Aku snap gambar dan tanya kat wife .. Send melalui whatsapp.

image

Hurm… Wife kata Qhaliff punya ! Camana tu ? Takkan la anak buah aku berani bohong aku kot ? Mau gak kena smackdown ngan aku nanti !

Tiba-tiba.. aku terasa ada sesuatu dalam selimut berhampiran aku. Aku capai dan terngaga ! Huk alohhhhhh.. Punya la berjuta botol air dalam dunia ni , apa kes diorang boleh guna yang sama gak ???

image

Aku panggil anak buah aku tu dan tunjuk kat dia ! Dia sendiri garu kepala.. Aku serahkan kat dia satu dan suruh simpan elok elok.. Hurm…

Nasib baik laa tak kena marah ngan aku. Kalau tak, tak pasal pasal kena mintak maaf kat dia.. Minat benar dengan BEN 10 .. Mentang mentang aku nama BEN.. Mesti minat kat aku tu.. Hahahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI