Rabu, 19 Ogos 2015

Pelancaran The Pirate Adventure dan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Alive.

 

Baru-baru ini di Bandar Hilir  , Melaka telah berlangsung majlis sambutan Aidilfitri dan juga pelancaran satu lagi pusat tarikan pelancongan yang bakal mendapat sambutan , The Pirate Adventure.

Majlis diserikan dengan kehadiran serta ucapan aluan dari Yang Berbahagia , Mohd Nizar B Mohd Najib, Advisor to Nuevo Attraction & Destination dan Y.Bhg Datuk Haji Khamis B Haji Abas, Pengurus Besar PERZIM.

imageimageimage

Selepas ucapan dan perasmian , tetamu jemputan khas dan media dijemput ke dalam ‘kapal’ bagi mengalami sendiri keunikan dan cabaran The Pirate Adventure.

Keunikan dan ‘kegerunan’ ketika dalam kapal The Pirate Adventure ni memang best ! Segalanya menarik untuk diceritakan. Tapi , sila berhati hati dan bersedia untuk hadapi setiap kejutan.. Hehehe..

imageimageimage imageimage imageimagePirateAdventure (8)PirateAdventure (7)PirateAdventure (5)

Tiket masuk , untuk kanak kanak .. RM20 dan dewas RM25. Sila rujuk www.melakaalive.com.my untuk sebarang pertanyaan.

Selepas pusing ‘kapal’ , para tetamu dijemput makan.. Hehehe.. Masa untuk ketupat rendang ! Dan menariknya , open house ini turut dihadiri oleh pelancong asing ! Tahniah !!

imageimageimageimage

Juadah yang menyelerakan ! Hidangan yang membuka mata para tetamu. Aku sendiri tambah 2 kali ! Walhal tak cadang pon nak makan ! Hehehe.. Sedap !

Majlis berakhir jam 1 petang. Tahniah buat Melaka Alive dan orang Melaka kerana punya satu lagi tarikan pelancong.

 

Official Website: http://www.melakaalive.com.my/index.php

Official Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Official-Melaka-Alive/745782112168059

Hina sangat ke suami jaga anak ?

 

Tak keje ? Duduk rumah dan jaga anak ? Sapa nak pikul tanggungjawab tu ? Rata rata akan serah pada pengasuh ! Kalau berkemampuan , masing masing nak duduk rumah dan jaga anak.. Tiap bulan , gaji masuk automatik .. kan ?

Hurm.. Sewaktu berbincang dengan wife ketika mengandungkan Qhaliff , aku amik keputusan untuk pikul tanggungjawab tu . Aku tak percaya pada pengasuh. Maaf.. terpaksa ! Banyak sangat kes melibatkan pengasuh dan mereka tak boleh dipersalahkan jika berlaku apa apa kemalangan atau kecuaian. Salah sendiri kerana memili pengasuh tak berlesen atau berdaftar. Nak hantar pada yang berlesen , bukannya murah ! Dah hampir separuh  gaji sebulan !

Sekarang aku dah ada dua orang anak. Terus terang tugas menjaga diorang ni bukanlah mudah ! Dan semalam , seorang rakan blogger membawa khabar buruk.. rakan pejabatnya , kehilangan anak kecil yang mati lemas di dalam baldi bilik air ketika pengasuhnya sedang tidur ! Bayi berusia 11 bulan tu merangkak ke bilik air dan .. hurmm.. tu je yang aku tahu dan sememangnya aku tak nafikan Zahra sendiri berkali kali nak masuk bilik air. Nak main air dalam tu..dan sejak tu , pintu bilik air senantiasa ditutup.. Hurmm..

image

Hati kering minah ni ! Kena jaga skit dia.. hurm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI