Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 23 Ogos 2015

Terlepas tengok panda ..

 

Hurm.. Bangun subuh tadi , wife bagi tahu badan Zahra panas sangat. Dia mandikan Zahra selepas tu. Qhaliff pon panas.. Hurm.. Aku pun tak beberapa segar lagi badan. Wife , masih kepenatan. Atas meja , masih penuh dengan saki baki makanan yang masih belum dikemaskan. Hurm…

Camana eh ? Nak pergi ke tak ? Best aktiviti hari ni tapi… Takkan aku nak pergi sorang je ? Hurm… Tak menyeronokkan langsung. Aku tahu Qhaliff mesti enjoy kalau datang ke Zoo Negara nanti..

image

Akhinya… Ke klinik pagi tadi. Bawak diorang untuk dapatkan rawatan. Kalau sekadar demam biasa ok la kan ? Risau kalau ada sakit lain.. mcm Qhaliff yang kena tonsel tu..

Kengkawan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , pastinya berseronok di Zoo Negara. Walaupun aku tak dapat pergi , aku tetap berbangga dengan apa yang berlaku pada hari ini.. Mereka ke Zoo Negara tanpa bayaran.. Yer , mereka adalah blogger yang sedang menikmati hasil dari blogging ! Heeeee.. Best kan ?

image

Dan terima kasih pada orang kuat #kelabbloggerbenashaari , Farah Waheeda yg bekerja keras menjayakan program kali ni dan juga rakan rakan blogger yang lain , jutaan terima kasih atas segala sumbangan korang pada kelab komuniti blogger ini..

Aku dan anak anak aku , hanya tengok gambar je la.. hehehe …

Setiap kali turun ke padang bola..

 

Bila aku dan anak anak berada di Cheras , pasti petangnya aku akan bawak diorang beriadah di padang bola. Samada berlari lari atau bermain bola bersama sepupu mereka..

image image

Apa yang merisaukan aku ialah , Qhaliff dan Zahra punya kulit yang sensitif. Kalau kena gigit nyamuk , mesti luka dan berparut ! Dan kerapkali aku terlupa nak sapu losyen di badan mereka bila nak bermain di padang.. Hurmm…. Kesian pastu…

Dan sekarang , aku dah standby awal awal ! Bila nak turun jer padang .. aku simpan terus dalam poket ! Huhuhuh..

image

Terus terang aku katakan.. Ianya berbaloi ! Gunakan Cosmoderm Tea Tree Oil Multi Purpose losyen.. InshaAllah !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI