Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 25 Ogos 2015

Selamat Hari Gaji !

 

Yeayyyy.. Hari ni gaji sudah ! Tak sabar nak bukak Maybank2u dan melihat jumlah yang tertera di situ.. Yes ! Banyaknyaa.. lama dah tak nampak jumlah sebegitu rupa.. Lebih 50 hari kan ? Hahahaha.. Adehh..

Gitulah kehidupan penjawat awam terutama mereka yang berpangkat rendah… Gred 48 ke bawah mungkin ? Tu pun kalau dah berkawin. Kalau bujang , kira mewah lagi tu.. hehehe..

3 tahun dulu , aku merasai. Betapa hari hari begini ditunggu. Tu pun kena tunggu hujung bulan.. Baru leh merasa.. Huhuh.. Berpeluh wooo !

Tapi kalau bijak sebenarnya.. carilah pendapatan sampingan. Buat bisnis kecilkan di pejabat.. Terpaksa ! Kalau tak , jadi gini la. Mana nak cukup harap gaji tiap bulan. Teruk gini !

Dan aku berjaya lakukan ! Dengan blog ketika tu , gaji aku tak berusik langsung ! Harap duit blog jer.. Gaji + Blog , waktu tu .. perghhhh.. Rileks ajaaa ! Tak la kaya tapi tak la miskin hingga terpaksa korek tabung untuk tampong kehidupan hingga gaji keluar.. Hurmm..

Dan sekarang , aku dah rasa.. Sendiri bos , sendiri kuli.. Gaji , tiap minggu ada .. Alhamdulillah. Tak la banyak  tapi lebih la dari gaji aku bekerja dengan orang .. dan aku puashati ! Tak perlu nak bergaduh dengan orang dah di pejabat ! Heee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI