Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 Ogos 2015

FOREAM X1 untuk rakam aktiviti anda !

 

image

Terbaru.. Tak perlu pegang ! Letak je di kepala dan biarkan.. Hehehe.. Selesai masalah kelenguhan tangan.. hehehehe… Menarik kan ?

Foream X1 , yang dibuat di negara China adalah antara kamera yang mampu milik di pasaran. Perbezaannya dengan jenama yang lain ialah.. Seperti di dalam gambar ! Hehehehe.. Cool kan ?

image

image

Ada dua cara nak amik gambar. Satu , tekan terus di button dan satu lagi dengan sambungkan ke telefon pintar. Guna aplikasi Android atau iOS , download Foream Connect. Selesai masalah !

imageimage

Berharga RM499 , Foream X1 ni memang menarik rekabentuknya. Aku sendiri teruja memandangnya buat kali pertama ! Tak sabar nak cuba guna.. huhu ..

imageimage image

Beresolusi 1080 pixels. Kamera , 8 MP. Format kamera , MP4 dan mampu mengambil gambar 30FPS. Manakala microfonnya terbina dalam. Memori , guna MicroSD. Dan beratnya 97 gram.

image image

Selesa ! Tak sakit pon dahi bila memakainya..

image

Aku dah test amik video malam.Low light dia leh tahan bagus ! Masih mampu menangkap gambar objek di malam hari !

Ada kawan tanya camana nak beli ? Ada dua cara .. beli terus ke laman web mereka iaitu www.foream.com.my atau boleh hubungi terus ;

Dream Distribution And Marketing ,

83B , Jalan Kenari 20,  Bandar Baru Puchong ,

47100 , Puchong , Selangor .

Atau boleh je telefon terus ke 03-80707767.

 

Kamera ni sangat sesuai digunakan untuk travel ! Detik detik menarik akan dirakamkan. . Jangan biarkan kenangan berlalu pergi !

Qhaliff ke mesyuarat penting !

 

Hehehe.. Semalam ada 3 meeting penting untuk aku ! Satu , food review , satu  gadget dan satu lagi.. review pendidikan. Dan Qhaliff meraung nak ikut aku pergi ‘kerja’ walhal aku perlukan penumpuan ketika meeting..

Apakah dia akan beradab ketika aku sedang berbicara dengan client ? Hurmmm….

Meeting satu..

Jam 9 pagi. Review makanan di sebuah cafe terkemuka di  Sepang. Ahaaa… Qhaliff dah dikenali di sini.. Dia membesar di sini ! Hahahaha.. Sejak dalam dukungan lagi dia dah lepak kat sini. Maka tak hairanlah ada pekerja di sini kenal dia ..

Dan dia , di dalam mood pagi.. Buat hal sendiri . Aku lega.

image

Meeting berjaya. Client berminat nak gunakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. InshaAllah aku akan jayakan. Tak mudah tapi tak payah pon.. Kena kerja keras skit..

Selesai meeting di sini , terus ke Puchong.

 

Meeting 2.. Gadget !

Hurm.. Dari Sepang terus ke Puchong. Meeting bermula jam 11 pagi dan aku tiba awal. Alhamdulillah. Nasib baik ada waze. Sesat camana pon , aku jumpa gak pejabatnya.. Tu yang penting.. kan ?

Berjalan dengan lancar. Dan Qhaliff dah mula mengantuk.. Bila dia mengantuk , dia akan mula buat onar !

image

Selesai meeting jam 12 lebih. Terus balik rumah di Sepang. Kul 2 ada meeting di Kolej Penerbangan lak. Dalam kereta , Qhaliff tidur. Sampai rumah , aku test power gadget yang aku baru dapat.. Best !

Kul 1 lebih. Aku mandi dulu. Solat . Kemudian kejut Qhaliff. Mandikan dia .. Dalam hati aku , aku harap Qhaliff tak berak kat sana nanti. Penting sebab mereka dah setuju nak guna blogger dengan bajet yang diluluskan. Alhamdulillah.

Sampai sana.. meeting berjalan dengan lancar tetapi Qhaliff teruja di sana !

image imageimage

Dan sukses ! Terus terang , dia pembawa tuah untuk aku. Hehehe.. Dari dulu.. Memang dia ni ‘murah rezeki’.. Huhuh… Sebab tu aku tak kisah sangat bawak dia..

Tapi untuk hari ni , aku tak bawak dia sebab kena banyak bergerak. Maaf yer sayang.. duk umah. Jaga adik !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI