Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 27 Ogos 2015

Semakin matang bila ditinggalkan ?

 

Meeting , meeting dan meeting ! Kalau tak meeting , ada event kena hadiri. Semakin hari , semakin banyak event. Makin laku lak aku eh ? Ingatkan dah tua tua gini , tak laku dah.. hehehe ..

Tapi tiap kali ada program , anak jadi persoalan. Sapa nak jaga ? Hurm… Mintak parents tolong jagakan sebentar ? Bayar la upah skit kan ? Kena la win win.. Hurm..

Dan kedua dua anak aku ni , makin nampak peningkatan bila bersama mereka. Maklumlah , kat sana ada sepupu mereka. Ada komunikasi dan pergaulan sosial.. Nampak gak la pergerakkan pembesaran.. Hahaha.. Kalau duduk umah ngan aku jer , keras jer laa..

image image

Wife segan dok hantar kat parents aku. Yelah , diorang pon ada hal diorang kan ? Ni tak pasal pasal nak jaga anak kita lak.. Dia cadangkan masukkan Qhaliff ke taska. Aku , lom sedia lagi nak hantar dia ke sana. Qhaliff ni cepat serap segala info. Risau dia lom mampu nak tapis mana ok mana tak je , di usia gini. Kalau dah besar skit , ok la. Aku ingat nak letak dalam usia 4 tahun gitu.. Ni baru 3 tahun.. 4 atau 5 kot ? Hurm….

Ke tunggu dapat adik sorang lagi.. hehehe .. Along kena gi ‘sekolah’ dah.. Suka la dia.. ramai kawan.. Hurm…

Tetiba rasa sedih lak.. Berpisah dengan anak.. hahahaha …

Halal Bento di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Disediakan oleh Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Harga dari RM42++ hingga  RM65++ ..tak termasuk GST dan charge lain , rasanya.. hehehe ..

Sedap ? Aku dah rasa semalam.. Try makan Salmon Teriyaki.. dan menyelerakan sangat !

image

Yang ni harganya RM62+ . Terasa kesegaran ikan salmon. Selain tu ada pelbagai lagi jenis Bento. Samada  nak Exective Bento atau Disposable Bento.

imageimageimageimageimageimageimage

Teringin nak makan ? Sila ke Agehan Japanese Restaurant’s di Level 1A  dan dibuka antara 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Kemudian dibuka semula pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam , untuk makan malam.

Tak sempat nak pergi hotel tapi teringin nak makan ? Jangan risau.. Ada special delivery gituuu !

image

Untuk pertanyaan dan order , sila telefon  03-5511 8811 ext 2723 , 2724 dan 2725 atau ke Facebook mereka , Grand BlueWave.

Penghantaran sekitar Shah Alam .. Jika luar Shah Alam seperti Petaling Jaya , Subang Jaya dan Klang , ada bayaran tambahan.

Promosi ni berakhir pada  30hb November 2015. Wah , besday aku tuuu ! Jangan lupa bagi hadiah ! Hehehhe…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI