Jumaat, 28 Ogos 2015

Album Shazzwan ‘Titipan Banduan Muda’ dilancarkan !

 

image

Di Hard Rock Cafe , Kuala Lumpur semalam telah berlangsung majlis pelancaran album penyanyi yang lahir dari program ‘ Talent Of The World , SHAZZWAN yang bertajuk Titipan Banduan Muda.

Shazzwan atau nama sebenarnya Muhammad Syazwan Shawaluddin, artis Hip Hop dan juga seorang penerbit telah mendapat sokongan penuh dari Yayasan Raja Muda Selangor ( YMRS ) adalah antara remaja bermasalah satu tika dulu. Dia pernah dipenjara dan ditahan di pusat tahanan juvana. Hasil latihan yang diterima di bawah program ‘Talent For The World Programme’ anjuran YMRS , telah membuka lembaran baru buatnya.

Pelancaran album Hip Hop ini dilakukan sendiri oleh Raja Muda Selango iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj.

Image 2

Album ini mengandungi beberapa buah lagu yang mempunyai mesej berguna untuk anak anak muda seperti Aku Tak Kisah , Aku Udah Turun , Cakap Dalam Gelap , Dosa Menghantui dan banyak lagi..

image image

Menonton secara live persembahannya semalam , Shazzwan mengingatkan aku pada Will Smith satu tika dulu. Dengan bakatnya , InshaAllah dia mampu pergi jauh dalam bidang ini..

Image 3

‘Titipan Banduan Muda’ akan berada di pasaran dan juga iTunes pada 4hb September 2015. Korang juga boleh mengikuti perkembangan Shazzwan di www.facebook.com/shazzwan.mss.

Tahniah Shazzwan !

Ubat darah tinggi dan rendahkan kolestrol ?

 

Aku berjumpa doktor baru baru ni setelah demam teruk. Doktor yang check aku tu , terkejut dengan tekanan darah aku yang tinggi.. 160/120 ! Bagi aku tu rendah. Pernah sampai 180/120 rasanya dulu.. Doktor sarankan aku makan ubat tapi aku tak nak amik.. huhu…

Dan esoknya aku terima satu mesej peribadi di Facebook..

Assalamualaikum tuan. Saya baca di wall tuan mengenai darah tinggi tu . Saya pun mcm tuan juga... dulu2 darah kejap naik kejap normal . Doktor dah suruh saya mkn ubat darah tinggi. Saya x ikut nasihat doktor.

Tapi , saya mula.minum jus lega. Dari mula minum... sehingga skrg... walau saya jarang2 minum..alhamdulillah... darah saya dah normal semula . Syukurrr..

Saya dari menjadi customer..skrg saya menjual pula... demi kerana nak berkongsi kebaikan khasiat JUSLEGA yg 100% tulen tiada bhn kimia. Hanya halia,bawang putih, cuka epal, lemon dan madu

Andai tuan berminat nak.mencuba... blh watsap saya di 0122386529.

Maaf, andai saya menggangu tuan. Sekian. Wassalam “

image

 

Aku pikir banyak kali. Nak try ke tak ? Sebab sebelum ni aku amik teh misai kucing. Dan memang ada perubahan. Tapi kali ni aku rasa tahap kolestrol aku pun tinggi. Aku nak try laaa…

Dan akhirnya aku beli dua botol. Terus dia hantar ke rumah mak aku. Satu botol untuk mak aku dan satu botol lagi , aku punya !

image

Sejak tu , memang aku amalkan pengambilannya serta jaga pemakanan. Cuma aku perlu kembalikan semula semangat untuk bersenam. Makin malas lak sekarang ni.. hehehe..

Selepas aku minum Jus Lega selama beberapa hari , aku rasa badan aku kembali ringan. Angin pun mudah keluar berbanding sebelum ni.. Dan aku ingatkan , aku je yang dok amalkan minum Jus Lega ni.. rupanya ramai dah ! Sungguh ketinggalan aku ni..

Korang yang masih muda .. jagalah kesihatan.. Bila dah ada penyakit , hurm… payah ! Nak kena makan ubat ikut jadual. Sebaiknya jangan amalkan makan selagi boleh makan ! Makanlah sekadar untuk hidup…

Tidur dalam ketakutan !

 

Mereka kata.. ‘ Asalkan negara kita , aman dah la ! ‘ . Persoalannya.. Aman dari segi mana ? Tiada peperangan dengan negara luar ? Atau perang saudara ?

Hurm.. Setiap malam , aku pasti ramai antara ketakutan nak tidur malam ! Bayangkan kebanyakkan  taman perumahan di negara kita sekarang ni  terpaksa upah pak guard untuk menjaga keselamatan mereka. Realiti atau fantasikah ?

Semalam.. aku terima gambar di mana sebuah rumah di kawasan kejiranan , hampir dipecah masuk !

image image

Dan malam sebelum tu.. ada satu kes lagi ! Dan seluruh keluarga telah diikat dek penyamun ! Kejadian berlaku jam 4 pagi ! 4 pagi dikala semua orang sedang nyenyak tidur !

image

Sekarang ni penyamun tak kira dah ada ramai atau tidak dalam rumah tu.. Kalau diorang dah survey..line clear , diorang sapu terus ! Camana tu ?

Petua mereka yang pernah jadi mangsa.. Sekurangnya biarlah ada barang berharga di rumah.. Bila mereka dapat , mereka akan belah ! Kalau takde , bayangkan apa mereka akan buat jika rumah tersebut berpenghuni ? Hurmm.. Mintak dijauhkan..

Dengan keadaan ekonomi di negara kita sekarang ni.. Taraf hidup makin tinggi.. harga barang mahal.. Cukai sana sini .. Manusia sanggup buat apa saja untuk teruskan kehidupan..

Jaga diri kawan kawan .. Moga Allah lindungi kita semua.

Rahsia keremajaanku..

 

image

Gambar di atas , aku berselfie dengan mereka yang sebaya atau lebih kurang usia aku.. Kelihatan aku tampak sedikit muda berbanding mereka.. Hakikat !

Dan gambar di bawah ..

image

Aku kelihatan lebih muda dari usia sebenar ! Rahsianya ? Jangan berselfie dengan mereka yang seusia anda ! Bila nak bergambar, cari yang muda muda jer.. Atau letak mereka yang muda di sisi anda. Automatik anda akan kelihatan muda ! Tak perlu sebarang kolagen atau jamu langsung ! Segalanya terletak di minda dan hati anda ! Huhuh..

Muda kan ? Tips berguna ni…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI