Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 29 Ogos 2015

Pasti terliur !

 

Aku post gambar biasa jer ni .. Sekadar sambal petai ikan bilis ! Dan.. dan..

image

Tak sangka la pulak ramai terliur ! Tak pasal pasal ada yang kena cari petai dan ikan bilis esok. Yer , aku tak nafikan.. memang sedap makan sambal petai ikan bilis ni terutama panas panas ! Tu belum lagi dibuat maggie ! Perghhhhh.. nangisss ! Nasib baik aku diarahkan berpantang makan maggie dah.. huhu ..

Masakan simple ni mampu membuatkan mereka yang biasa dengan masakan tradisional , melelehkan air liur.. huhuhu.. Maaf la yer !

Kalau ada kari ikan , perghhhh… Nasib baik mak aku buat kari ikan sekali semalam. Aku tambah 3 kali makan.. huhuh…

Bila anak-anak dapat …

 

Yer.. bapak diorang punya ! Si abang , jangan cakap la.. Adik , mula ikut jejak ! Dan tadi aku dapat Samsung Tab S2 untuk buat review. Tak sempat nak cuba , Qhaliff dah sambar dulu..

Nasib baik la tab ni ada mode ‘Reading Book’ yang mana boleh kurangkan cahaya. Ok la kot untuk Qhaliff layan dalam 10-15 minit. Dia bukan nak lama lama pon.. Cepat boring  !

image

Si adik ni.. Amboiiii… Ikut jejak dahh ! Apa abang dia buat , dia pon nak buat ! Masalahnya , dia main belasah je ikut ! Huhhh…

image

Bila sergah.. tau pulak malu !

image

Tu baru handphone.. Belum lagi laptop ! Aku nak bukak laptop , kena tunggu diorang tidur. Kalau tak , aku ditolak tepi. Diorang yang nak guna… Huhhh..

Syukur.. diorang ni bukanlah kaki gadget ! Takde gadget pon leh hidup… Asalkan ada aktiviti..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI