Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 31 Ogos 2015

Teh Tarik Place , IOI Mall Putrajaya

 

Hurmm… Ramai kata sedap makan kat sini.. Dan aku pun cuba nasib la makan kat sini. Mana tau sedap kan ? Makan berbayar ni.. bukan makan free !

Keow Teow Kung Fu..

image

Keow Teow ..er apa tah..

image

Dan mee goreng ..

image

Sedap ? Bagi aku.. boleh la makan.. 3/5 bintang dari aku.. Rasanya sederhana.. Tak over , tak kurang.. Boleh laa… 

Cuma harganya.. Hurm….

Kasut Timberland itu akhirnya aku miliki !

 

Lama dah aku nak beli. Sejak dari sekolah menengah ! Tapi tak berkemampuan lagi.. Uhukk.. Aku nak beli bukan sebab ‘jenama’ atau ‘glamour’ tapi dengar cerita kasut ni bagus ! Untuk pengetahuan , aku setia dengan kasut Camel.. Camel patut amik aku jadi duta gituuu.. Hahaha…

Dan aku nak try Timberland kali ni lak.. Tapi bila tengok harga.. Perghhhh ! Terkedu jap ! Makin mahal gituu.. Kenapa makin mahal ? Nilai matawang kita kan dah jatuh ! Hurmm .. Yeke ? Tah laaa.. Tapi memang mahal giler laa !

imageimage

image

Aku nekad. Aku beli gak. Nak pakai untuk keselesaan dan keselamatan. Kasut boot macam ni banyak kali dah ‘selamatkan’ aku.. Tapi aku takkan beli tiruan punya. Prinsip aku , kalau tak mampu , beli jer jenama lain. Aku takkan nak ‘berlagak’ dengan jenama tiruan.. Tu prinsip aku laaa.. Pakai BATA pon ok je bagi aku.Takde masalah langsung..

image

Sesekali nak merasa.. Apa guna kerja bagai nak rak tapi kedekut untuk dirii sendiri kan ? Heee.. Baik punya pujuk..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ?

 

Uhuk.. 31hb Ogos 2015. 31hb Ogos.. Semua rakyat Malaysia tahu… tolak tepi PATI.

image

Tapi sayangnya , aku dah tak rasa aku ni ‘merdeka’ ! Setiap hujung bulan , tunggu apa jadi dengan ‘petrol’. Naik atau turun ? Dah macam satu ‘permainan’ dah ! Haihh..

Tiap kali beli barang.. tengok perkataan GST ! Haih.. geleng kepala ! Aku tak kisah bayar GST tapi aku nak tau apa jadi dengan GST yang aku bayar ! Kalau setiap rakyat Malaysia bayar GST setiap hari , petrol tak perlu naik dah. Tol dah boleh ditutup.. Tandas boleh masuk percuma dah..

Tapi ??

Serius.. aku rasa aku macam pendatang ke negara sendiri ! Tu pasal aku tertanya.. Aku ni dah merdeka kah ? Asik bayar cukai jer memanjang ! Dan macam duduk kat Kampung Pinang Sebatang. Tuk Penghulu asyik datang kutip hutang.. Eh , kuncu kuncunya.

Pening !

Sampai bila nak macam ni ? Dapat duit , bayar cukai. Lepas makan skit.. beli barang keperluan dan kehendak diri.. pon kena cukai lagi ! Grrr…. Kalau dijanjikan perubahan selepas cukai dibayar , tak pe la gak ! Tapi ??? Hurmm…

Merdekakah aku ?

Aku tidur malam pon dengan kayu di sebelah ! Takut rumah dipecah masuk ! Tang mana amannya negara ni ? Oh , takde peperangan ! Tu je tanda kita masih aman.. Part lain ?

Yer .. ‘selamat menyambut hari kemerdekaan..’.  Er , tak patriotikkah aku ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI