Selasa, 1 September 2015

“Blog boleh buat duit ? Camana tu ? “

 

Ketika awal aku berblogging dulu , ramai ketawakan aku terutama mereka yang mengenali aku..

Blog ? Apa tu ? Yang aku tahu , batu block..

Boleh dapat duit ke ?

Sampai bila kau nak jadi blogger ? Boleh hidup ke jadi blogger ni ?

Berapa income kau sebulan ? Boleh ke sara keluarga ?

 

Aku balas dengan senyuman. Dalam hati aku , aku jawab..

Aku dah sampai Perancis dan Korea , hasil dari blog ! Aku tak keluar sesen pon untuk sampai ke sana. Aku ditaja oleh syarikat gergasi lagi ! Aku tak perlu tunggu hujung bulan untuk makan besar di shopping mall ! Nak lagi best ? Aku g event besar besar , aku sebut nama aku jer.. Terus mereka kenal ! Walaupun aku berpakaian simple ! Dan Alhamdulillah.. Setakat ni anak anak aku cukup makan , pakai dan dapat jer permainan bila dia menangis nak !

 

Bukanlah aku riak atau berlagak. Aku tahu apa yang aku buat. Aku yakin. Aku dah pun buktikan pada mereka ! Bukanlah bermaknsud buktikan yang aku mampu berjaya tetapi buktikan yang apa jua kesungguhan yang kita buat mampu memberikan pulangan , jika kita ada strategi dan ilmu mengenainya !

Apa yang aku dapat dari blog ? Apa yang dah aku capai ? Apa keuntungannya ? Apa kelebihannya ? Ahh , banyak betul persoalan mereka..

Tapi bila aku sebut DUIT , akan ramai private message aku di Facebook dan bertanyakan bagamana caranya ? Aku tak tau camana nak jelaskan sebab terlalu panjang dan terlalu banyak caranya.

Bukan aku saja dah buktikan blog ni boleh menguntungkan kita. Ramai blogger dah menikmatinya ! Hasil dari minat dan kesungguhan. Dan aku sendiri , seperti ramai yang dah tau.. Dah pun merasa bekerjasama dengan syarikat besar seperti AirAsia , Samsung , Nokia , Sony , Pioneer , Toshiba , Honda , Toyota , Mitsubishi dan banyak lagi. Esok , aku akan cipta sejarah terbaru.. Aku akan terbang bersama Malaysia Airliness Berhad ! Yer , company baru yang amik alih MAS. Penerbangan pertama esok.. Aku bersama mereka , melakar sejarah tersendiri.. bersama sama rakan blogger yang terpilih !

Ada yang tanya aku camana nak jadi blogger cam aku ni ? Tak semua orang bernasib baik untuk berjaya jadi blogger cam aku ni TETAPI mereka mampu berjaya dalam bidang lain , jika mereka tahu caranya !

Camana nak jadi blogger ? Tak susah nak jadi blogger.. Tapi nak punya semangat blogger tu yang payah skit. Seperti sekarang ni , jam 3.50 pagi.. orang sedang sedap tidur , aku sedang update entri ! Hurmm..

Ok.. ni ada peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman.. Jika berminat la..

image

“ Ingin menjadi blogger professional? Menjana pendapatan melalui laman blog. Ikuti Bengkel anjuran kami " Make Me A : Blogger" dengan penampilan blogger terkenal tanah air yang terbukti telah menzahirkan impian menjadian blog satu sumber pendapatan. Layari www.myryl.net untuk mendaftarkan diri anda sekarang. Tempat adalah terhad! atau hubungi 03-40650091 untuk pertanyaan lanjut. “.

Berminat ? Tunggu apa lagi..

Seronok duduk rumah , jaga anak dan dipanggil ke sana sini dan dibayar lagi !

Kasut ‘gigit kaki’ !

 

“Sebelum dia ‘gigit’ kaki kau , kau kena gigit dia dulu ! “.

Pernah dengar dongeng gitu ? Dongeng bila beli kasut baru ! Kena gigit kasut tu sebelum kaki kita digigitnya.. maksudnya , melecet ! Aku cuak gak nak pakai boots ni.. Lama tak pakai ! Dah biasa dengan low cut punya kasut..

Aku cuba gak.. Tapi kena pakai stokin !

image

Bismillah…

Hurmm.. sarung dan cuba berjalan.. Cam sedap jer.. Cam sedapppp jer ! Hurmmm.. Cuba buat tendangan bebas pertama ! Wowwww ! Wowwww !

Aku pakai gi Mitsui Outlet Park di Sepang.. Hurmm..

image

Wowww !! Sedap giler ! Takde pon melecet. Dan tak terasa bahang bila pakai . Berbeza jenama lain yang pernah aku pakai ! Tak sabar nak try naik kapal terbang esok ! Yelah , dalam flight kan.. Nak tau keselesaannya bila duduk diam setempat.. Apakah aku kena tanggalkan kasut atau biarkan jer ? Hehehehe…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI