Isnin, 7 September 2015

Pesanan untuk Hotel De Palma !

 

image

Terkedu aku ! Apa ni ??? Aku tengok gelas rakan rakan yang lain ! Huk alohhh.. sama jer ??? Apa dah jadi ni ?? Kenapa begitu teruk sekali ?  Macam tak ikhlas je nak kasi kat kami ni .. Hurmm..

Tergaru kepala.. Tak pasal pasal kena teguk je air botol mineral yang diberi.. Tertanya gak aku.. Kalau gelas begini punya ‘bersih’ diberi pada kami , camana pulak makanan yang dihidangkan pada waktu lunch nanti ?

Dan waktu lunch tiba.. aku bersama rakan lain turun untuk makan. Aku pusing punya pusing dalam restoran di dalam De Palma tu.. cari makanan yang menyelerakan untuk di makan ! Bukan memilih tapi nak cari sesuatu untuk buka selera..

TAKDE ! Bihun yang disediakan pon KERING ! Arghhhhhh..

Last last , aku amik roti sandwich jer. Roti pon agak keras jer.. Hurm… Aku tak tau la rasa makanan lain camana sebab aku dah putus nafsu untuk makan..

Pesanan aku.. De Palma ni hotel yang dah dikenali ramai.. jagalah reputasinya ! Dah la berada di lokasi yang amat strategik tapi dengan begini punya ‘layanan’ , aku rasa.. hurm…

Moga tak terjadi lagi kes begini di masa hadapan..

Bila bawak anak pergi membeli barang dapur !

 

Zahra dalam troli. Setiap kali aku berhenti di satu tempat dan berhampiran dengan apa apa barangan yang menarik perhatian Zahra , pasti dia capai dan letak dalam troli ! Nasib baik aku perasan .. Hurmm..

Masa membayar di kaunter , aku terperasan kertas kajang ni .. Dalam hati aku..

“ Amboi bini aku ni…rajin pulak nak menulis novel kat rumah ? “

Aku diamkan aja…

Juruwang amik dan letak dalam plastik. Aku amik dan letak dalam troli. Zahra cuba amik tapi tak larat ! Hehehehe.. Sila gi gym dulu yer ! Berat tuuu… Novel ala ala Lord Of The Ring kot bini aku nak bikin ??

image

Sampai di rumah… Aku angkut semua barang dan letak di dapur.. Wife kemas. Dan tiba-tiba wife bersuara..

“ Abang beli kertas kajang ni wat per ? Banyak tuuuu… “ .

Hurmm… Kalau bukan wife aku beli , aku pun tak beli… Sapa pulak amik letak dalam troli ???

Sambil pandang kat Qhaliff yang datang tersengih di depan muka aku ! Takkan dia kot ??

image

Style Workshop Bersama WAWA IDRIS

 

Alhamdulillah.. satu lagi bengkel pengisian yang penuh bermakna dan bermanfaat untuk rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Bengkel bertempat di Hotel De Palma ini  , ditaja oleh beberapa penaja ini telah berjaya mencapai sasarannya.

image

Para peserta yang terdiri dari blogger , ternyata berpuashati dan amat sporting dalam bengkel ni ditambah lagi dengan penyampaian bersahaja tetapi kreatif dari perunding imej yang semakin mencipta nama di dalam negara kita , WAWA IDRIS.

DSC00945image 

Bengkel tamat jam 4 petang.Ilmu yang diperolehi amat berguna untuk blogger gunakan terutama bila nak g event dan juga g kerja ! Takde la selekeh lagi kan ? Banyak tips berguna dikongsikan oleh Wawa pada rakan blogger di bengkel ini..

Alhamdulillah.. Moga Wawa Idris tercapai cita citanya menjadi perunding imej yang terkemuka dan Kelab Blogger Ben Ashaari , sebahagian dari sejarahnya ! Hehehe..

Serba sedikit mengenai Wawa Idris :

Wawa Idris merupakan seorang perunding imej korporat & selebriti yang bertauliah dan berpengalaman mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan ( personal branding ).

Beliau yang mempunyai Master Degree dalam bidang Komunikasi Korporat dan Diploma di Style Coach Institute di London. Pengalaman dalam bidang korporat dan public relations lebih sedekad !

Bagi yang berminat untuk mengenali beliau dengan leih dekat , boleh follow Wawa Idris di Facebook dan Instagramnya.

Facebook : https://www.facebook.com/idris.wawa.7 

Instagram : www.instagram.com/wawaidris_imejpatik

 

Jutaan terima kasih pada para penaja seperti Uncle Kay Photography, Kaio Creative Studio , Butik Chemboja , Salees Food , MBH SPA , EyeMaster , Ratu Jannah dan Raja Jannah ! Terbaik !!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI