Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 10 September 2015

Bila daddy nak ‘workout’ !

 

Aku naik ke tingkat atas.. Dan mereka mengekorinya dari belakang.. Inilah yang terjadi !

image

Dah tu , camana aku nak bersenam ? Aku kena perhati mereka berdua lak.. untuk elak dari kecederaan ! Adehhh…

Sebab tu aku semakin booolat !

Penting ke ' boleh masuk air ? ‘

 

Semalam wife bagi amaran kat aku yang Zahra mula masukkan barang barang ke dalam baldi yang dipenuhi air ! Dan barang pertama kena ialah remote Astro ! Mula mula dia gempakkan aku dengan mengatakan Zahra masukkan handphone aku. Aku tenang je. Pastu dia kata bukan handphone aku sebaliknya dia punya Iphone 6 Plus. Aku pun tenang gak. Kenapa ? Sebab aku kenal dia.. dia tak reti menipu ! Hehehehe..

Kenapa aku tak risau Zahra masukkan handphone aku ke dalam air ??? Jawapannya ? Sejak Zahra masukkan Nokia Lumia 1320 aku ke dalam bekas minuman yang berisi air , aku serik dah nak beli telefon pintar yang tak tahan lasak ! Maka aku mula beralih arah ke Sony Xperia Z series dan aku beli Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z3. Terbaru aku ada  Sony Xperia Z3+ !

image

Kenapa ? Dengan selamba aku leh rendam ke tiga tiga phone tu ke dalam air.. dan selalu je aku bawak masuk phone ke dalam bilik air tanpa rasa risau..

imageimage

Kamera pon boleh beroperasi dalam air , yer kawan kawan..

image

Dan.. beroperasi dengan baik je selepas dikeluarkan !

image

Tak perlu risau jatuh dalam sungai.. kolam air. Tapi laut tak leh la.. hehehe…

Cool , kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI