Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 14 September 2015

Tarikan tersendiri di HUI LAU SHAN !

 

Tercari-cari kat mana nak dapatkan makanan yang sihat , lazat dan takde perisa atau pewarna tambahan dan HALAL ? Kebetuan juga anda seorang yang gemarkan buah mangga yang segar lagi manis ? Hehehee.. Aku rasa aku ada idea untuk korang !

HUI LAU SHAN ! Pernah dengar ? Aku dah dengar banyak kali tapi belum berpeluang untuk menikmati hidangan yang disediakan di sana. Hanya mampu tengok dari jauh. Bukan sebab takde duit tapi tak berkesempatan lagi.

imageimage

Dan semalam , segalanya berubah ! Buat pertama kalinya aku merasai keenakkan makanan di situ dan ternyata , ternyata ianya.. !! Fuhhh…

Ok.. sebelum aku teruskan , ada yang bertanyakan HALAL ke ? Soalan feveret ni !

image

Sijil HALAL mereka diperakui oleh JAKIM.

Apa yg menarik di HUI LAU SHAN ni ? Haaaa ! Seperti yang korang nampak , hampir 100% tarikan di sini ialah makanan serta minuman berkhasiat ! Kebanyakkannya berasakan buah mangga yang terpilih dan hanya yang buah mangga terpilih saja boleh berada di premis ini ! Segar , manis dan berkualiti !

Aku dah cuba beberapa hidangan berasaskan mangga dan.. dan.. hehehee.. Mula mula aku dihidangkan Mango Feast.

image image

Harga , murah kan ? Tapi rasanya ? Wowww !! Kalau korang ke sini , pastikan rasa Mango Feast ni !

image

Kemudian aku cuba lagi menu yang ada di situ..Mango Icy Combo !

image

Harga ? Amacam ? Mampu beli kan ??? Haaa…

image

Dan ada banyak lagi pilihan di sini !! Termasuk buah-buahan yang lain.. Menarik dan pasti menyelerakan tekak korang !

image

Ada kawan tanya aku.. Aku pun tertanya gak.. Apakah kat Hui Lau Shan cuma ada dessert gini jer ? Dan jawapannya , TIDAK !

image

Aku sendiri dah mencubanya.. SEDAP !!

image imageimage

Amacam ? Teringin ? Terus terang , selepas ni meman HUI LAU SHAN menjadi tempat lepak aku sekeluarga untuk hilangkan penat jika aku berada di IOI MALL PUTRAJAYA ! Selesa , santai dan mempunyai view yang menarik !

Jika korang ada pertanyaan , boleh ke Facebook HUILAUSHANMALAYSIA atau ke Instagram di huilaushanmalaysia atau ke laman web , www.hkhls.com .

Gi la cuba kalau tak caya ! Kalau sedap , bagitau aku dan rakan rakan lain ! Heheheh.. Kalau tak sedap , boleh bagitau manager bertugas kat situ ! Mereka amat menitik beratkan komen pelanggan mereka.

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari 2015

 

Terlebih dahulu , jutaan terima kasih aku ingin sampaikan kepada penaja utama Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari ni iaitu COSMODERM ! Sayangnya mereka tak dapat turut serta atas faktor salah faham ! Panjang nak cerita ni.. Haaa ! Apa pun , ianya satu pengajaran dan pengalaman buat kami semua.. Selepas ni , insAllah tahu apa dah nak buat ! Kalau pihak Cosmoderm ada pasti segalanya akan bertambah MERIAH !

Lokasi , di Hulu Langat.. Selangor. Aku tak nak sebut kat mana sebab aku tak syorkan la korang nak buat sebarang event kat sini ! Huhhh ! Serius , aku serik nak kembali ke sini !

Blogger Lan Careno adalah ketua operasi untuk event kali ni. Dia bersama sama beberapa blogger lagi berganding bahu bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. SueIzza , Yanty Lee , Angah Judin , Najeeb Abdullah serta rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari telah banyak menghabiskan masa. Terima kasih !

imageimage

Selain Cosmoderm , ada beberapa lagi penaja sudi menaja Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari ni. Antaranya ialah Kaio Studio yang menaja rakaman video dan juga gambar yang cukup menarik !! Terima kasih. Selain daripada Cosmoderm , agensi travel , Az Zuha Travel Tours juga sudi menaja baju khas untuk Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari.

image

Selain dari tu , jutaan terima kasih juga buat penaja hadiah untuk cabutan bertuah seperti AJCDistrict , PTS , KaryaSeni dan Team Mummie Official ! Sukaaa laa blogger-blogger dapat hadiah ni !

image

Antara aktiviti yang disediakan untuk kami ialah , karaoke dan sukan rakyat ! Hehehehe.. Menarik ! Nak tengok gambar ??? Sila ke instagram KelabBloggerBenAshaari ! Confirm best ! Hehehehe..

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari , berjaya capai sasaran. Aku sempat buat meeting untuk menambahbaik lagi mutu blog rakan rakan blogger dan mengembalikan semangat blogger yang semakin down berblog !

Kekurangan dan kelemahan resort ni telah ditutup dengan kemesraan dan kegembiraan para peserta ( blogger ) kali ni. ! Moga selepas ni , kelemahan seperti ini dapat dielakkan …

Apa pun , aku bangga.. rakan rakan blogger memberi komitmen dan kerjasama yang cukup bagus ! Jutaan Terima Kasih . InshaAllah ada lagi rezeki untuk kita semua , berjumpa dan bergembira sambil bertukar tukar ilmu dan pengalaman hidup…

TERIMA KASIH KELAB BLOGGER BEN ASHAARI. ANDA TERBAIK !

Antara gelagat yang sempat dirakamkan oleh lensa para blogger dan juga Kaio Studio.

image

Semat jugak sambut hari jadi kat sni.. Huhuh….

imageimage

Terima kasih sekali lagi pada Cosmoderm dan semua penaja tak kira kecil atau besar !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI