Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 16 September 2015

Terkenang saat awal bernikah..

 

Abang ingat lagi tak ayam ni ?

Hurmm..

Ni la ayam yang saya order masa kita awal kawin dulu..

Uikk.. Aku terpandang buah lemon yang ada di dalam perut ayam tu.. Kemudian aku gelak.. Lemon ! Huhuhuh.. Kalau tak kerana aku kawin , aku tak mungkin makan makanan yang pelik pelik. Dengan wife la aku makan makanan yang bervariasi ! Macam macam.. Tak kira beli atau dia yang buatkan !

Ayam Rosemary DJLRC ! Itulah nama ayam ini diberi oleh Puan Diana Mohd. Ni kali kedua aku makan ayam ni. Seingat aku selepas kali pertama tu , Puan Diana sibuk sangat dah kerja harian dia.

Dan kelmarin , dia pm aku di Facebook. Dia mintak aku promote Ayam Rosemary DJLRC yang dia buat sendiri. Aku ok jer.. Rezeki jangan ditolak kan ?

Tadi , aku gi amik ayam ni kat depan Masjid Putra, Putrajaya. COD ! Sampai je di rumah , terus aku serahkan pada wife. Bila wife buka bungkusan tu , semerbak baunya ! Aku yang dah kekenyangan tetiba rasa lapar sangat ! Terus rasa secubit ! Huhuhuh.. Baru teringat akan ayam ni !

image

Menariknya.. Qhaliff dan Zahra pakat berulang kali mintak ayam ni ! Ternyata sedap bg tekak mereka berdua.

image

Untuk tempahan dan keterangan lanjut serta testimoni pelanggan sila lawat website : www.dj-lrc.blogspot.com .

Cuba laa rasa !

Bila daddy keluar meeting !

 

“ Duk ngan ibu tau.. Daddy nak g work..”

“ Okayyy..” Jawab Qhaliff.

Hurmm… Kalau boleh , aku nak je bawak diorang ni g mana mana tapi kalau bawak , aku pulak tak boleh buat kerja… Belum masanya lagi ! Bukan tak pernah pon.. pernah.. Tapi budak kan.. paham paham je la.. Sekejap je diorang jadi boring. Hurmm..

Sampai lokasi.. Sejam kemudian wife antar mesej melalui Whatsapp.

image

Menurut wife.. Dia ajak Qhaliff tidur tapi jawab Qhaliff.. tunggu daddy balik ! Ini bukan kali pertama dia tunggu aku balik.. banyak kali dah ! Hurm.. sian dia .

Dan bila aku sampai rumah jam 12.30 tengah malam… rupanya semua tak tidur lagi ! Tunggu daddy balik. Nak tak nak , daddy kena bawak keluar makan semua sekali !

imageimage

Sampai kedai ! Order makan.. Tapi tak nak makan ! Daddy kena makan ! Macam mana laa aku tak boroi ! Huhuhuh..

Selesai makan. Jom balik . Plan nak update blog tapi.. gagal !

image

Aku kena join sama baring sebelah diorang  ( Qhaliff + Zahra ) , baru diorang tidur !  Aku pun berpura pura tidur laaa… dan diorang pun tidur. Aku pun bangun . Tengok jam. Dah kul 600 pagi! Pura pura tidur la sangat ! Huhhhh…

Jap lagi ada food review.. Nampak gayanya kena bawak Qhaliff seorang. Huhu..

Camana aku nak tinggalkan diorang 5 hari nanti ? Confirm teriak aku !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI