Sabtu, 19 September 2015

Jaga muka di kala jerebu !

 

Cuaca berjerebu sekarang ni dan pastinya memberi kesan pada raut wajah jelita ku ini ! Auww.. bagaimana aku nak memastikan muka aku ni kekal ayu ? Haaaa .. ni satu persoalan yang jarang ditanya oleh lelaki memandangkan ramai lelaki malas nak jaga muka sebab tau lelaki takkan pakai mekap.. jadi buat apa nak susah susah bersihkan muka kan ?

Salah tuuu , kawan ! Lelaki la patut jaga muka berbanding wanita ! Wanita ni leh cover dengan mekap ! Lelaki nak cover camana kalau muka berjerawat dan berparut ? Haaaa.

Aku yang kerap jaga pun leh disinggahi jerawat sesekali ! Bila singgah tu , memang pening jap laaa ! Faktor kurang rehat kerap membuatkan jerawat naik di raut wajah aku ni ! Adeh.. stress jap bila tengok jerawat tu !

Camana nak jaga ? Ok.. Memandangkan aku dah cukup serasi dengan produk Cosmoderm , maka aku gunakan pencuci muka Tea Tree Oil Facial Cleanser. Dah lebih 2 tahun aku guna pencuci ni ! Amat sesuai benar dengan aku.. hehehe ..

imageimage

Mula-mula cuci muka dulu dengan Tea Tree Oil Facial Cleanser ni. Pastu keringkan muka sebelum guna Tea Tree Oil Control Serum bagi memastikan kawalan minyak pada kulit muka. Dan juga memastikan muka lembab terutama bila ketika tidur.

image

Guna skit je.. Jangan taruk banyak banyak.. Dah salah guna tu ! Tea Tree Oil Control Serum ni khas untuk mereka yang kulit berminyak seperti aku.  Terasa perubahan selepas memakainya. Lembut wooo !

Ok… Memandangkan baru baru ni aku diserang seketul jerawat  bersaiz XL akibat tak cukup tidur , muka aku punya parut jerawat batu ! Adehh.. segan la pulak nak event dengan muka gini..

Nasib baik pihak Cosmoderm ada mengesyorkan aku sesuatu ! Vitamin E Cream 3000 I.U untuk hilangkan parut jerawat ! Huhuhuh.. Terasa lega woooo…

Camana nak pakai ? Gunakan selepas cuci muka. Mudah sangat pon , kan ?

image

Ok, ada dua cara nak beli. Satu melalui online di www.cosmoderm.com.my dan satu lagi boleh membelinya di premis yang telah ditetapkan seperti Guardian , VitaCare dan beberapa lagi . Sila rujuk di laman web Cosmoderm.

Harga ? Jangan risau.. Segalanya dah tertulis di web Cosmoderm. Mudah je pon.. Mampu milik punya barangan tapi tetap nampak ekslusif.

image

Kalau nak beli waktu diskaun , haaa.. aku galakkan korang follow instagram Cosmoderm. Haaa ! Pasti tak menyesal punya …

Semakin sebak !

 

Sehari lagi ! Ikutkan , esok aku hantar mereka ke Kelantan dan hari berikutnya aku pulang sendirian ke Kuala Lumpur. Huhuhuh.. Tak sampai hati nak tinggalkan mereka. Kalau ikutkan , nak je usung semua tapi ni pergi atas dasar ‘kerjaya’ ..

image

Qhaliff dah Zahra.. keletah mereka memang semakin membuatkan aku tersenyum walaupun kadang kadang.. hurm.. selalu la buat aku jadi tarzan rimba ! Jiran mesti dah boring dengar suara aku ! Hahahaha .. Bukan suka jerit yer tapi diorang suka provoke aku ! Diorang tau aku sayangkan diorang.. tu pasal berani buat suka suka je kat aku .. Huhhh..

Zahra , semakin nakal.. Nakal sungguh laaa ! Tapi kenakalan dia memang buatkan orang tergelak. Mangsanya ? Abang dia.. kerap laa menyakat abang dia. Tapi sayang sungguh dia kat abang dia ! Suruh cium  dia.. dia cium. Suh cium aku , dia bagi pipi dia kat aku ! Huhhhhh.. pasni suh abang Qhaliff je tukar lampin ! Daddy tak nak.

Hurm.. Apa yang merisaukan aku , Qhaliff senantiasa cari aku sekarang ni . Nasib baik la nanti sepupu dia pun balik ke Kelantan sekali.. Jadi tak de la dia terasa kehilangan daddy dia.. Leh la daddy tenang di Osaka..

Semoga perpisahan ni memberikan pulangan yang berbaloi pada aku nanti !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI