Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 21 September 2015

Dah ada ‘geng’ shopping !

 

Hahahaha.. Yesss ! Rezeki bergelar blogger ! 2 kad H&M bernilai RM500 setiap satu ! Bermakna ada RM1000 untuk dibelanjakan. Fuhhh.. mencapah wife aku ! Hehehehe.. termasuk aku.. dan juga Qhaliff.. Zahra pon ! Hehehehe..

Maka dengan pantasnyaa…  hari Sabtu ari tu , semua berpakat ke IOI Mall Putrajaya.. Shopping time ! Weeeee…

image 

Bila nampak H&M ni , teringat aku shopping di Paris tahun lepas.. Fuh , memang best betul rupanya bershopping ni.. Huhuh.. Dan kali ni aku bawak geng sendiri..

image

Sampai kat H&M , masing masing berpecah.. aku bawak Qhaliff ke seksyen lelaki manakala wife dan Zahra ke bahagian mereka..

Hurm.. Setiap kali aku test baju , Qhaliff pon nak gak.. Dia suruh aku letak kat belakang badan dia ..

“ Besar ? “ .

Hahahaha .. Pastu aku suruh dia pilih baju yang dia suka.. Berjalanlah dia ke sana sini dan mencari.. akhirnya dia jumpa ! Minions ! Huhuhuh… Dia panggil..

“ Nakkkk Bananaaa.. “ .

Tengok harga ? Ok.. amik terus .. Pastu dia pegang sendiri… Berjalan ikut aku lak.. cari baju aku lak ! Dia setia ikut.. Seronok rupanya !

Dan.. abis RM600 dalam tempoh sejam. Aku cuma dapat baju 3 pasang.. tak sampai RM100 pon ! Hahahaha.. selebihnya , korang tau la sapa punya kan ?

Aku dibuli mereka..

 

Dah bijak berpakat walaupun sesekali berlaku perang saudara terutama bila berebut mainan dan makanan ! Huhh.. Biasanya diorang akan berpakat bila aku marah salah seorang.. atau bila aku pura pura ‘marah’ mak diorang.. diorang marah aku  ! Ehhh.. sapa yang jaga diorang ni ????

imageimage

Hurm.. walaupun diorang buli aku , aku rasa aku akan merindui bulian mereka untuk 6 hari mendatang ni ! Huhuhuh… Adoiyai.. kalaulah boleh bawak mereka..

Er… tak pe.. tunggu besar skit baru bawak diorang gi oversea.. hehehe.. Biar bapak diorang kutip pengalaman dulu.. heheee… kan kan ?

Wajarkah aku beli laptop baru ?

 

Yang sedia ada camana ? Huhuhuh.. Yang inilah aku guna , dan yang inilah aku bawak travel ! Hurmm.. Kondisinya ? Hurmm.. masih ok tapi dah menampakkan aku wajar tukar yang baru !

DSC01318

Usia laptop ? Aku rasa dalam 2 tahun dah kot guna yang ni.. Agak lasak jugak yang ni tapi selepas kehadiran Zahra , nampaknya.. Hurmm.. Zahra cukup teruja nampak laptop ni.. Dengan pantas dia amik kedudukan aku dan mula menaip !

Dan dia ingat skrin laptop ni touch screen ! Kesannya ??

DSC01312DSC01316

Haish.. dah la kerja banyak nak disettlekan.. Hurmm.. Tadi , ada la gi tengok kat Sen Heng , Bandar Baru Nilai. Plan nak amik satu tapi bila tengok sana sini .. hurm.. takde lak yang berkenan ! Hurmm…

Camana la nak bawak laptop g Jepun nanti ! Nak g cari kat Low Yatt , tak sempat dahhh … Esok nak balik Kelantan. Selasa balik KL balik.. Cuma ada sehari je sebelum berlepas ke Jepun.

Jawabnya , kena usung jugak laaa .. Huhuh.. Ke beli kat Jepun jer nanti ? Woww.. hahahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI