Selasa, 22 September 2015

YEO’S : ‘I LOVE MALAYSIA’ Video Contest 2015

 

RM25 ribu untuk dimenangi ?????

Wowwww…. Menarik sungguh ni  ! Sapa sapa kaki buat video di media sosial , ni la masanya untuk mencuba nasib ! Bukannya susah pon.. Tajuknya I LOVE MALAYSIA jer ! Mudah !! Ajak kengkawan berlakon dalam video korang tu.. Perghhh.. Ajak ramai ramai .. kasi meriah !

Pertandingan video Yeo’s ‘I Love Malaysia’ ni terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa kira jantina, bangsa dan agama !!Bertujuan menunjukkan kepada masyarakat di luar sana betapa rakyat Malaysia sememangnya bersatu padu dan saling memerlukan di antara satu sama lain ! Bersatu teguh , bercerai roboh !! Yearghhhhh !!

Cuba tonton video Yeo's I Love Malaysia Video Contest 2015  ni dahulu.. Dapatkan idea pastu.. jeng jeng jeng.. buat laa !

We are Malaysians, We Love Malaysia…What’s your story ?

image

Syarat Pertandingan :

  • Terbuka untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.
  • Tiada had penyertaan samada berkumpulan atau individu. Daftar dengan lengkap seperti nama penuh dan sebagainya.
  • Hantar video anda samada melalui email kepada Yeo’s atau melalui online seperti yang terkandung dalam terms and conditions. 

Untuk keterangan lanjut sila ke www.yeos.com.my/ilovemalaysia-videocontest atau sila hubungi Public Relations team di 03-7787 3553 or 03-7787 3811  atau email ke ILoveMalaysia@yeos.com. Boleh juga terus bertanya di FaceBook Yeo’s di Yeo's Malaysia.

Tarik Tutup : ·  31hb Oktober 2015

Hadiah : Para pemenang akan menerima :

Tempat pertama  – RM 25,000 tunai  & Produk Yeo’s
Tempat kedua  –  RM 5,00 tunai  &  Produk Yeo’s
3rd Prize – RM 3,000 tunai  & Produk Yeo’s
10  hadiah saguhati –  RM 1,000 tunai & Produk Yeo’s

 

 

Hurm… ajak team Kelab Blogger Ben Ashaari buat pon best gak ni !! Mana tau rezeki kan ? Heeee…

#yeosmalaysia  | #yeosmerdeka |  #yeosvideocontest

Naluri ku berkata benar..

 

Secara tiba-tiba mood aku nak ke Jepun , terpadam dua tiga hari lepas ! Rasa macam… hilang excited ! Kenapa dan mengapa ? Biasanya kalau datang mood gitu , pasti akan ada sesuatu yang akan berlaku..

Antara yang bermain di kepala aku ialah.. aku memandu pulang dari Kelantan pada hari Selasa , seorang diri ! Aku terfikir.. apakah aku patut naik bas atau kapal terbang saja ? Yelah , aku terpaksa hantar anak bini ke Kelantan terlebih dahulu sebelum pergi ke Jepun. Takkan nak biar diorang begitu saja di rumah kan ? Aku tak yakin nak tinggalkan wife dengan anak anak bertiga di rumah apatah lagi dengan kes pecah rumah sering berlaku di area taman perumahan aku tu..

Dan ditambah lagi dengan masalah peribadi yang perlu diselesaikan dalam tempoh terdekat serta job job tertangguh yang perlu disegerakan dalam masa sehari dua ni ! Perghhh…

Tiba-tiba , petang tadi.. selepas aku menjemput adik ipar aku di Universiti Malaysia Pahang .. aku terima panggilan dari Air Asia X.. memberitahu trip ditangguhkan kerana masalah logistik. Betapa bersyukurnya aku.. Lega sangat sangat ! Ditambah lagi musim di Jepun ketika ni cumalah panas dan sesekali hujan ! Takde lagi bunga.. huhu.. Aku nak g waktu Autumn ! Hehehehe.. Baru syiokkk… kan kan ? Oh , ditangguhkan beberapa minggu ! Ok la.. tak kisah ! Leh cari duit lebih lagi untuk dibawa ke sana nanti.. kan kan ?

Tapi.. satu lagi masalah aku muncul ! Aku balik ke Kelantan ni , sehelai sepinggang ! Tak de la pulak bawak balik baju raya , pakaian lain untuk dipakai pada hari hari mendatang ! Adehhhh..

Nak tak nak… esok shopping di KB Mall ! Weeeeeee !!

Sesungguhnya Allah adalah sebaik baik Perancang ! Tak perlu nak pertikaikan. Ada laaa tuuuu .. kan kan ?

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI