Jumaat, 25 September 2015

DIGI WWWOW Awards kembali lagi !

 

image

DIGI WWWOW.. aku pernah sertai beberapa kali ! Dan 2 kali ke pusingan akhir. Satu pengalaman baru dan berguna buat aku kerana di sana aku berjumpa dengan mereka yang punya aura dalam dunia internet. Tiada penyesalan walaupun tak pernah menang anugerah. Yang penting ialah tonjolkan apa yang aku ada !

DIGI WWWOW adalah salah satu medium untuk menghargai mereka yang benar benar punya pengaruh di dalam dunia maya seterusnya memberikan kesan di dunia realiti. Seingat aku ramai dah yang berjaya memenangi anugerah ini dan memberikan kesan positif pada mereka termasuk juga mereka yang tidak menang , seperti aku ! Hehehe.. Kesan positif !

Menariknya kali ni , kategori yang dipertandingkan dalam DIGI WWWOW memang  membuka mata aku. Sememangnya ramai di luar sana tu layak untuk sertai DIGI WWWOW kali ni.

Sebanyak 8 kategori dipertandingkan pada tahun ini. Dan 8 kategori itu ialah :

  1. Videos & Photography
  2. Social Influencers
  3. Independent Publishers
  4. Web commerce
  5. Mobile app commerce
  6. Social media commerce
  7. Social impact
  8. Social gathering

Salah satu kategori yang menarik perhatian aku ialah SOCIAL IMPACT ! Kenapa aku kata menarik ? Sebab aku dan team aku , blogger Kelab Blogger Ben Ashaari selalu melakukannya terutama dalam kerja kerja amal melalui media sosial ! Pastinya impaknya amat mengagumkan sama sekali !

Mengunakan media sosial dalam kerja amal atau kebajikan sememangnya sangat memberi kesan positif. Ramai je sanggup berkongsi dan memberikan bantuan tanpa banyak alasan. Ini kerana mereka yang menviralkannya adalah orang yang dipercayai. Inilah kuasa media sosial yang memberikan impak yang mengagumkan.

Jika aku tercalon dalam kategori ini iaitu SOCIAL IMPACT  , apakah akan aku lakukan ? Hehehe… Yang pastinya aku akan cari murid kurang berkemampuan di sekolah dan mendapatkan bantuan untuk mereka. Bantuan yang aku maksudkan ialah dari segi belanja , pakaian dan juga bantuan buku persekolahan. Berdasarkan pengalaman aku sebagai guru sandaran satu tika dulu , ramai murid begini di sekolah tetapi kurang mendapat perhatian.

image

image

Amacam ? Korang ada calon yang sesuai untuk kategori yang dipertandingkan ? Atau korang rasa korang juga layak untuk sertai ? Kategori mana yang sesuai ?? Kalau ada , cepat cepat calonkan untuk mereka . Penyertaan bermula pada 14 Sept hingga 12 Oct 2015 dan kemudian , pengundian bermula pada 19 Oktober hingga 30 Oktober 2015. Pemenang akan diumumkan pada 20 November 2015 di malam yang bakal gilang gemilang !

Apakah hadiah yang bakal menanti para pemenang ??? Hadiahnya ialah… RM10 ribu !! Tetapi yang paling menarik ialah para pemenang berpeluang menimba pengalaman dan mendalami selok belok perniagaan dalam HangOut Sessions bersama pakar pakar perniagaan seperti :

image

 

Amacam ? Menarik ? Tunggu apa lagi ! Daftar la cepat di DIGI WWWOW !!! Dan jangan lupa #DGWWWOW !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI