Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 27 September 2015

Jerubu oh Jerubu !

 

Balik Kelantan baru baru ni , terasa lain ! Tapi aku tak sedar kelainan tu sehinggalah aku kembali ke Kuala Lumpur melalui  Terengganu .. dan tertanya..

“ Tu kabus ke jerubu ?? “

Aku bukak tingkap dan tarik nafas.. Hurmm.. Kembali tutup tingkap ! Jerubu ! Hurmm.. Di Kelantan , cuaca panas berbahang tapi masih boleh nampak awan..

Sampai di rumah aku nun di Sepang.. ‘kabus’ semakin tebal. Nak bercakap pon terasa habuk di tekak ! Terpaksa banyakkan minum air !

Tetiba aku rindukan awan..Patutlah aku gemar melihat awan di langit.. Sesungguhnya nikmat Allah tu , kelihatan kecil tapi bila ditarik , baru sedar kita… kita selalu terlupa nak bersyukur melainkan bila dapat apa yang kita nak !

image

Pentingnya KERJASAMA !

 

Sejak dari sekolah lagi aku mementingkan KERJASAMA ! Menjadi ketua pasukan bolasepak sekolah , aku terapkan kerjasama sepasukan. Takde ‘star’ dalam team ! Kalau ada , memang aku mintak coach letak dalam bangku simpanan ! Bergerak sepasukan.. menang sepasukan , kalah pon sepasukan !

Dan sekarang.. aku dan blogger-blogger di Kelab Blogger Ben Ashaari.. Jika ingin melihat kelab ni pergi lebih jauh serta menghasilkan blogger blogger yang berdisiplin dan inshaAllah , berkualiti .. perlu ada KERJASAMA !

Alhamdulillah.. tahun ni dah banyak projek diuruskan sendiri oleh rakan blogger ! Dan banyak lagi akan datang..

imageimage imageimage

Terus terang.. aku bangga dengan pencapaian Kelab Blogger Ben Ashaari ! Walaupun banyak kekurangan tapi dengan kerjasama sepasukan serta dari penaja kelab , Cosmoderm .. inshaAllah , kami berusaha untuk pergi lebih jauh lagi. Bukan untuk mengejar kekayaan tetapi membuktikan kami , blogger bukanlah sekadar menulis cerita gossip atau membuat fitnah di laman sosial ! Kami juga terlibat dengan kerja kerja amal serta membantu masyarakat. Itulah kami , blogger yang sering dipandang rendah oleh ‘mereka’ yang tak tau apa apa mengenai blogger !

Alhamdulillah.. semakin hari semakin banyak terima tawaran dan ini adalah pengalaman berharga buat semua blogger di dalam kelab ini ! KERJASAMA membuktikan kejayaan dikecapi lebih manis dan dikenang hingga akhir hayat !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI