Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 29 September 2015

“ Tapai ubi ke , Ben ? “

 

image

Aku post gambar ni kat Instagram.. Ada orang tanya.. Ni tapai ubi ke ? Aku tertanya gak.. ada berapa jenis tapai dalam dunia ni ? Selain kawan aku yang ada nama Tapai , apa lagi tapai yang ada ???

Aku pun jawab laa..

“ Ni tapai yang tempah kat orang.. “

Dan kawan tu terus senyap.. Krik krik bunyinya.. Hehehe.. Marah atau sentap ?? Maafff yer.. saya tak tauuu.. Saya tau makan jer..

Di Facebook pon begitu jua.. Ada yang tanya.. dan aku menjawabnya dengan penuh kebanggaan..

“ Tapai ubi “.

Fuh.. tetiba rasa macam Mat Gebu ! Tau segala-galanya ! Dan tepat jam 8.30 pagi.. Aku dapat mesej di Whatsapp di kala aku sedang lena di sebelah Qhaliff..

“ Memang abang tak kenal ek tapai pulat ngan tapai ubi ? “

Aku malas nak layan bini aku.. Kalau aku layan , seminggu aku dibahankan dia ! Tidur lagi best .. janji perut kenyang makan tapai ! Ubi ke pulut ke.. bukan nak kena amik exam pon ! Huhhh…

Dalam dilema !

 

Buntu sekejap ! Hurmm..

Trip ke Jepun bersama Air Asia X , pada 5hb ni.. hingga 8hb ! Patutnya minggu lepas tapi ditunda tarikhnya. Wife lak dah amik cuti untuk cover sepeninggalan aku tu tapi segala perancangan berubah..

Dan wife pulak kena outstation dari 7hb hingga 9hb. Persoalannya , sapa nak jaga dua permata hati aku ni ?

image

Pening kepala jap !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI