Rabu, 30 September 2015

Restoran pilihan aku !

 

Terletak di Presint Diplomatik , Putrajaya .. restoran masakan arab ni sering jadi pilihan aku andai aku kebuluran ! Hehehehe.. Lapar betul , baru aku gi sini sebab memang berbaloi makan sehingga kenyang !

Restoran Mr. Kebab & Briyani kalau tak silap aku namanya , sememangnya dah cukup popular dikalangan mereka yang kerap berkunjung ke Putrajaya dan juga mereka yang tinggal di sini.

Pelbagai pilihan makanan yang sedap sedap cuma yang tak beberapa best ialah harganya namun segalanya akan tenggelam bila merasai keenakkan masakan disini . Takde la mahal sangat tapi agak mahal gak la.. hehehe ..

imageimage

Selain dua makanan ni , aku suka pizza kambing dia ! Fuhhh.. serius ! Memang berasap bila makan kat sini ! Jangan melatah part harga je la.. Apa nak buat kan ? Menda sedap memang mahal skit.. Tak la mahal gila pon.. mampu bayar lagi la kalau makan beramai ramai.. hehehe.. Kasi tong tong makan.. hehe..

Penjimatan bermula !

 

Abg Ben nak tukar pelan tak ? Amik pelan burung hantu ! Malam , dari kul 1 pagi hingga 6 pagi , internet unlimited. Tak kacau kuota ! “

Aku.. hurmm.. Yeke ?? Hurmm.. Sambil memandang Qhaliff yang suka melayan Youtube dan game online ( sesekali ).. Dan aku pulak yang suka layan movie online di tengah malam hari..

imageimage

Hurmm… Hurmm.. Cam menarik jer kan ? Aku pun tanya prosedur dan terma serta syaratnya.. Dan , aku pon berpuashati dengan apa yang aku diberitahu lalu.. menukar plan !

Malam tu aku check baki kuota dan menunggu jam 1 pagi.. Baki kuota internet ada 1 GB dan…. aku layan banyak movie serta buat sharing internet dengan laptop serta handphone Qhaliff..

image

Jam 1 lebih , aku check bagi.. Tak berubah.. Dan selepas jam 6 pagi , tetap sama !

Dan bermulalah operasi burung hantu aku setiap malam ! Huhuhuh.. Update blog di kala orang tidur .. Huhuuh.. Dan ditemani oleh Qhaliff..  Er, jimat banyak dah ni.. Kalau tak , setiap 2 hari kena reload RM50 ! Hurmm..

Dah boleh bersara !

 

“ Daddy.. nak kejee.. “.

Tak jelas pada awalnya. Bibirnya dijuihkan ke arah laptop. Puas la dok pikir apa dia nak sebenarnya.. Hurmmm.. Akhirnya aku dapat  tangkap..

“ Qhaliff nak buat work ke ? Qhaliff buat work , daddy tengok bola eh ? Ok ? “

“Ooo.. Ok ! “ . Terus dia amik kedudukan aku dan aku cari remote Astro dan tukar chanel…

image

“ Haishhh.. bersungguh budak ni menaip ! “ .

Sambil dia menaip , dia bercakap dengan aku.. Seolah olah ajak berbual ! Amboiiii.. tiru gaya daddy sungguh ni..

Sesekali aku menjeling apa dia buat ! Dan keluarlah macam macam tetingkap kecil di skrin yang mana selama aku guna komputer , tak pernah nampak langsung tetingkap tu ! Sebelum laptop aku jadi pelik , aku mengalah..

“ Nahhh.. amik handphone daddy ni.. G baring sana.. Daddy nak buat work.. “ .

Terus dia capai dan baring di bawah.. Dan dia berjaya mengumpan aku untuk menyerahkan handset aku..

Hurmm.. Nasib baik la daddy nak g Jepun minggu depan.. nak tinggal lama.. hurm..

Projek besar bersama AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN !

 

Terus terang , aku bangga bila dipelawa untuk mengadakan satu perjumpaan santai sebelum secara formal untuk membincangkan satu projek bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ).

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku membantu AADK dalam menyampaikan maklumat tapi kali ni ianya lebih istimewa kerana melibatkan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari.

image

Sebenarnya ,bukan mudah nak meyakinkan sektor awam ni untuk menggunakan blogger dalam kerja kerja mereka. Mereka lebih suka gunakan medium yang sedia ada dan kurang berkeyakinan terhadap blogger apatah lagi blogger sering dikaitkan dengan isu politik dan gossip hiburan..

Dan tugas aku menyakinkan orang atasan kenapa dan mengapa perlu gunakan blogger ! Ini projek amal dan aku tak minta sesen pun ! Demi agama , bangsa dan negara yang tercinta ! Perangi dadah sebelum anak cucu kita terlibat sana !

Itu point utama aku !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI