Khamis, 1 Oktober 2015

#MYCYBERSALE 2015

 

Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan bangganya melancarkan #MYCYBERSALE , jualan digital online terbesar di negara buat kali kedua. Tahun lepas , #MYCYBERSALE  telah berjaya mengutip jualan sebanyak RM67 juta melalui 227 ribu traksaksi. Ini membuktikan #MYCYBERSALE mendapat kepercayaan kaki shopping online !

image

#MYCYBERSALE bermula pada 28hb September dan akan berakhir pada 2 Oktober 2015. Tahun lepas , jualan online ini cuma diadakan selama 3 hari saja tapi kali ni dilanjutkan selama 5 hari !

Apa yang menariknya sangat dengan #MYCYBERSALE 2015 ni ? Ok.. bayangkan diskaun sehingga 90% menanti korang semua ! Bayangkan produk produk yang ditawarkan nanti adalah idaman selama ini ! Segalanya , cuma dihujung jari korang je ! Belian secara online tanpa perlu berebut beratur.. nak bayar parking dan keluar duit minyak ! Kan ?

#MYCYBERSALE adalah dibawah kelolaan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia ( KKMM ) dan dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK). Ini bermakna segala jualan online adalah disahkan dan ianya dijalankan dengan tanpa ada was was ! Maknanya , boleh shopping tanpa rasa takut ditipu laa kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan lindungi semua maklumat pembeli untuk #MYCYBERSALE2015 ini. Selain itu, SMECorp akan membantu menyelia bagi pihak penjual dari segi keselamatan.

Kali ini , untuk memudahkan mereka yang ingin membeli belah secara online di #MYCYBERSALE boleh memuat turunkan ( download ) aplikasi #MYCYBERSALE samada di Google Play Store atau Apple iStore .

Ada lagi bonus untuk eshopper, lepas dah shopping sakan tu jangan lupa untuk sertai Lucky Draw and Spend & Win Contest untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Samsung A8, wang tunai RM1,000 dan hadiah-hadiah lain yang bernilai sehingga RM 50,000! Cepat register kat www.mycybersale.my sekarang!!

clip_image004  clip_image006

Untuk maklumat lanjut , sila ke :

Website: http://www.mycybersale.my
FB: http://www.facebook.com/DigitalMalaysia
Twitter: http://www.twitter.com/Digital_MY
YouTube: https://www.youtube.com/user/DigitalMalaysia

Tunggu apa lagi ? Ada banyak produk sedang menanti korang ! Ingat , hanya 5 hari saja !!!

Takut binikah aku ?

 

Sekeping gambar aku sedang menyidai baju menjadi viral kembali. Ramai rakan rakan di Facebook tag aku dan meluahkan rasa tak puashatinya dengan caption yang ditulis di situ..

Aku ok jer.. admin berniat nak bergurau jer. Takde masalah pon. Hal kecik. Cuma bila baca komen komen kat situ , aku rasa macam.. hurm… Ada yang patut tau tanggungjawab sebenar suami di sisi isterinya !

Aku jadi suri rumah sepenuh masa ! Lelaki di rumah jaga anak dan besarkan anak ! Tetapi aku juga ada pendapatan yang mana masih menampung perbelanjaan harian dan bulanan ! Bukanlah aku duduk dirumah dan jaga anak semata mata dan harapkan duit belanja dari isteri !

Tanggungjawab sebagai ketua keluarga tetap ada !

image

Terus terang.. seronok melihat anak membesar ni ! Inilah masa yang akan dikenang selagi hayat dikandung badan ! Melihat si abang bermanja , bergurau dan bergaduh dengan adiknya yang semakin nakal membuatkan hati terhibur dan sesekali jadi tarzan.. Huhuh.

Kenangan sebegini , takkan mampu dibeli dengan wang ringgit ! Kena laluinya setiap saat , minit dan jam ! Baru tau keindahan dan susah senang membesarkan anak disamping ‘menjaga’ rumah !

Takut binikah aku ? Hehehe.. Bukan takut.. Sayangkan perhubungan ni. Tak perlu ego. Tak perlu letak level yang tinggi untuk memastikan si isteri hormat si suami.. mulakan perhubungan dengan keikhlasan dan persefahaman..

Perlukah bini takut si suami ? Tak perlu sama sekali.. Yang perlu ada ialah hormat menghormati !

Tak perlu sentap dalam dunia maya ni. Tenang dan cool jer !

Maggie Asam Pedas Kambing Telur Mayong !

 

Aarghhh.. Berbaloi kali ni aku makan malam di D’Laila Mee Udang , MMA Corner Bandar Baru Nilai. Sebelum ni aku pergi, maggie kambing kegemaran aku ni disediakan oleh pekerjanya yg masih belum beberapa mahir dan hasilnya kurang memuaskan hati aku !

Dan semalam , Kak Laila sendiri menyediakannya ! Fuhhhh… Memang berasap ! Kalau korang nak gi , pastikan Kak Laila menyediakan ! Hahahaha.. Air tangan tokey dengan anak buah , memang lain rasanya !

image

Satu nasihat aku kalau nak g serbu gerai Kak Laila ni .. Jangan serbu pada hari cuti terutamanya hujung minggu.. G la waktu hari biasa.. Maksudnya , antara Isnin hingga Jumaat ! Baru puas makan ! Tak yah berebut punya.

Owh… tapi sekarang , pekerja pekerjanya pon dah nampak semakin mahir.. Yelah , aku gi ari tu pon ..bulan lepas! Lama dah tuuu.. Mesti dah tajam skillnya.. Tapi kalau dapat Kak Laila yang sediakan , lagi best ! Hahahaha.. Tak menang tangan la dia pasni..

imageimage image

Satu pencapaian tersendiri dan membanggakan rakan rakan yang lain yang senantiasa menyokongnya !

‘Sado’ tak semestinya kuat ?

 

Tersenyum aku.. Dah banyak kali aku nampak statement ni berlegar legar di ruang masa Facebook.. Dan berkali kali gak aku nak bercerita mengenainya di blog aku ni..

Aku mula masuk gym pada usia 22 tahun. Ketika tu lemak di pinggang aku dah mula membuak keluar dari seluar. Rasa tak selesa sungguh ! Mengah dan tak berstamina !

Semua tu berpunca dari kerja kerja kerja ! Eh , kerja , makan , kerja , makan ! Haaa.. Walhal sebelum aku sibuk bekerja , aku antara yang rajin turun padang setiap pagi dan petang bermain bola ! Sejak dari kecil lagi.. haaaa..

Bila dah terasa begitu , barulah aku beranikan diri ke gym.. Tanpa ilmu dan tanpa teman ! Dalam gym , kita kena ramah.. rajin menegur sapa walaupun ada awalnya , ada antara mereka sombong ! Maklumlah , orang gi gym untuk berlatih..bukannya berborak !

Akhirnya..

image image 

Dapat jugak la bentuk badan yang aku idamkan ! Kemas la jugak bila pakai kemeja tu.. Rasa bersemangat , sihat dan selesa.. Tapi untuk mendapatkan semua ni , dia punya latihan..disiplin .. perghhh ! Terseksa siut !! Bukannya pakai baju sado woi ! Kena berusaha dapatkannya ! Kena ada ilmu , disiplin , semangat dan paling penting ialah duit ! Haaaa…

Bila orang tanya , badan besar ni mesti kuat punya kan ? Bagi aku la.. bagi aku sendiri laa.. kuat tu subjektif.. Dulu nak angkat tong gas pon rasa berat.. sejak masuk gym , angkat tong gas selamba jer ! Tapi tu tak bermakna aku kuat ! Teknik mengangkat dengan cara yang betul dipelajari dari senior senior dan juga mereka yg berpengalaman..

Dan sekarang.. hampir setahun lebih aku berhenti g gym.. Kewangan dan lokasi menjadi faktor utama selain jaga Zahra.. Dan badan kembali berlemak.. Rasa tak best kembali.. Pakai baju , tengok lemak di pinggang..rasa geram jer ! Tapi apa nak buat.. sendiri yang malas ke gym.. malas nak bersenam !

image

Kalau korang ada kawan yang dok gi gym tu.. biar la.. Bagi semangat pada mereka walaupun ada kalanya mereka cam berlagak skit sebab nampak ‘gempak’.. Tu lebih baik dari mereka dok melepak tak tentu hala kan ?

Pastu kalau nak mereka jadi kuat ,suh mereka join latihan strongestman !

image

Perempuan cantik tak semestinya subur kan ? Tapi sekurangnya , dia cantik ! Haaaaa.. Paham tak maksud aku ? Tak paham ? Baca semula hingga paham !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI