Jumaat, 2 Oktober 2015

Wonda Coffee punya pasal !

 

Semalam ( 30.9.2015 )

“ Bang.. Jom cari Wonda Coffee kejap lagi.. “

Pulak.. sebelum tu kat group whatsapp blogger , dok cerita asal usul kopi ni dan status kehalalannya.. Ni dah tetiba bini aku sibuk nak jugak !

“ Apa yang best sangat Wonda Coffee ni ? “ . Tanya aku.

“ Ala.. kan saya dok beli selalu tu.. abang gak kasi perabis bila dah dapat minum ! Hari ni , satu tin RM1 jer ! Sempena Coffee Day.. “ . Jawab wife.

Hurmm.. Ok la.. Aku tau perempuan camana.. Bukan nak sangat minum pon tapi feel dapat beli barang diskaun ni lain skit ! Seperti baru berjaya menakluki gunung Everest lagaknya !

Dan mulakan operasi.. Pusing laa kawasan Bandar Baru Salak Tinggi dan sewaktu dengannya.. Cari dan cari.. terus mencari ! Menurut wife hanya di 7 Eleven je ada jual.. Dan setiap premis 7 Eleven yang masuk , semua dah abis ! Amboiiii.. ramainya peminat Wonda Coffee ni !!

Akhirnya pulang hampa.. Takde rezeki.. Sian tengok dia.. Bersungguh keluar masuk 7 Eleven !

 

Hari ni ( 1.10.2015 )

Tiba-tiba aku tanya wife ..

“ Voucher RM100 tu bila nak tebus ? Kang expired gitu jer ! Rugi ar… “ . Tanya aku.

“ Malam ni la pergi.. Beli barang dapur skit .. “ Jawab wife.

Dan sampai masanya.. Bergeraklah ke Tesco Nilai. Wife aku bergerak laju jer.. Macam tau tau dah apa dia nak beli ! Hurmmm… Hurmmm.. Akhirnya dia tersenyum riang..

image

Harganya bukan lagi RM1 tapi RM2.09 tak silap aku.. Tapi beli satu free satu ! Haaaa ! Lebih kurang la kan ? Boleh laaa .. nak cover frust semalam.. haaha ..

Nahhh.. borong terus ! Baru terpamer kepuasan di wajah wife aku ! ADehhh.. perempuan perempuan ..

image

Tapi memang sedap wonda coffee ni.. hehehee ..

Akhirnya , Zahra pun nak juga !

 

Dia menunjuk nunjuk ke arah sektor mainan .. Aku memang niat nak belikan dia satu hari ni. Lama dah sangat dok main abang dia punya. Sian pulak.. Gitulah nasib anak ke dua .. kan ? Aku anak ke dua gak.. huk huk…

Aku biarkan dia pilih.. Aku tunjuk satu satu.. Dia punya gelengkan kepala serupa model iklan shampoo ! Beria mengibaskan rambutnya ke kiri dan kanan !

Dan akhirnya dia depakan ke dua belah tangannya ! Dia nak sangat la tuuu ..

imageimage

Punya tak nak lepaskan.. sampai nak cashier , nak kira pon dia tak nak lepas. Siap meraung gituuuu.. Adehhh.. beria sungguh ni nak main anak patung..

Si abang nampak.. pon nak jugak !

“ Qhaliff… ni girl punya la.. Qhaliff boy ke giril ?? Girl ke ?? “

Dia angguk ! Arghhhhh… Dan dan jadi girl ! Adehhh.. Suka benar dua dua ni berebut mainan ! Bila dah dapat.. bukan nak main sangat pon.. saja nak provoke daddy kasi marah ! Huhhhhh..

Dan seperti yang dijangka.. di rumah , anak patung tu berada di lantai.. takda sapa pon nak main ! Daddy angkat dan .. mula sisirkan rambutnya..

Hurmm.. nasib baik laa beli guna voucher !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI