Sabtu, 3 Oktober 2015

Wonda Coffee punya pasal !

 

Arghhhhh ! Gatal sangat gi minum sampai dua tin ! Tak pasal pasal tak leh tidur aku hari ni. Dah la pagi karang ada event nak kena pergi ! Adussss… Naya sungguh ! Confirm mata bengkak nanti !

image

Waktu entri ni dibuat , aku masih tak mengantuk ! Tetiba teringat sesuatu.. Hurmm.. Ada seorang kenalan aku baru baru ni bagi aku beberapa produk dari Sutra untuk aku mencubanya.. salah satunya ialah ..

image

Katanya yang ni boleh buat aku mengantuk ! Haaa.. Bagi yang payah nak tidur , katanya cuba guna ni ! Ok , aku nak cuba.. hehehhe..  Kalau berjaya membuatkan aku tidur dalam masa 5 minit , nanti aku cerita kat korang eh.. hehehe ..

Nampaknya Wonda Coffee ni sesuai untuk aku minum bila nak memandu pulang ke Kelantan nanti tanpa rasa mengantuk.. Ye ke ??? Hahaha.. Nanti nak try laaa ..

Ok.. nak cuba yang Sutra Aromatherapy dulu.. Sebarang kesan positif , aku cerita kat korang yer.. Sabaq nooo ..

Wajarkah bawa makanan segera ?

 

Kali pertama aku g luar negara ,  yakni ke Paris.. aku tak bersedia apa apa pun ! Bawak banyak pakaian dengan beg yang kecil ! Satu kesilapan besar.. hahaha ..

Kali kedua.. ke Korea baru baru ni.. aku dibekalkan oleh wife 4 maggie cup dan ternyata ianya membantu di penghujung hari percutian ! Hari terakhir tu malas sungguh nak turun breakfast sebab terlalu penat dan.. makan maggie je dalam bilik sambil mengemas segala barangan sebelum check out..

Minggu depan.. InshaAllah ke Jepun lak.. Tapi kali ni nak bawak apa ? Pengalaman membuat review Nasi Lemak Segera membuatkan aku teringin nak bawak nasi lemak ni ke sana.. Nak tengok apakah ianya mampu memberi kesan pada perut aku ni.. Hehehe.. Maknanya , dengan nasi lemak segera ni , aku kenyang dah untuk beberapa jam sementara nak jumpa makanan yang sesuai untuk dimakan…Maksudnya , HALAL ler ! 

image

Ada jugak rakan suruh bawak roti Gardenia..dan kat sana cari je jem ! Hurm.. aku kalau boleh tak nak kuar duit dah untuk beli makanan kat sana.. Yelah , kan dah ditaja segalanya.. Lalalalala.. Hahahaha..  Duit nak shopping jer !

Maggie cup , tahan la untuk 4-5 jam.. Tapi yang pasti , akan tercari air selepas tu.. hehehe… Tekak kering ! Kan kan ? Hurmm…

Apa pun , memang perlukan bekalan makanan untuk kes kes kecemasan ! Memang perlu.. Cuma yang mana satu ? Macam macam pilihan ada ni…

Blog santai memberi manfaat juga !

 

Tak perlu menang sebarang anugerah untuk memberi manfaat pada masyarakat andai kita menulis blog dengan ikhlas dan berhemah ! Pastinya ada yang mengikuti penulisan kita dari sudut positif..

Dan ketika aku dapat mesej ni , terus terang aku cuak gak.. Tapi aku berfikiran terbuka dan ini bukan kali pertama aku membantu pelajar IPT dalam tugasan mereka..

 

image

image

Alhamdulillah… Ternyata ‘aku’ beri manfaat pada orang lain juga.. hehehee..

Satu nasihat.. jangan asyik ingat blog ni hanya untuk duit jer ! Kalau begitulah niat dalam hati , pasti akan tertekan satu hari nanti !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI