Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 5 Oktober 2015

UMMIZA CAFE ! Bukan sekadar CAFE !

 

image

Kali pertama aku singgah makan sini , pada tahun 2012. Masih ada entri tu lagi dan dari situlah segalanya bermula ! Entri aku bertajuk UMMIZA CAFE – Masakan Melayu Oriental berada di page utama dan memberi kesan positif pada restorannya.

Dan kali ni aku kembali membawa rakan rakan blogger bersama aku untuk berkongsi rasa mengapa UMMIZA CAFE menjadi pilihan aku sekeluarga terutamanya ketika bersarapan pagi dan makan tengahari !

image 

Terus terang kalau aku makan tengahari di sini , aku akan tergaru garu kepala untuk memilih lauk pauk. Segalanya menyelerakan. Dan rakan-rakan blogger bersetuju dengan apa yang aku katakan pada mereka setelah menjejaki kaki di sini ..

Dan.. mereka teruja melihat hidangan yang disediakan !

imageimage imageimage imageimage imageimageimage imageimageimage

Kalau tak nak makan nasi , ada kuih muih..

image image

Menyelerakan , bukan ? Aku tahu dah… hehehe .. Antara menu yang ada di sini ialah ayam masak merah , ayam kicap berlada , ayam masak lemak cili api , ikan kembung berlada , ikan keli berlada , asam pedas ikan , udang sambal petai , sup cendawan , gulai ayam kampung kentang , gulai rebung , gulai pucuk ubi , kari daging campur kentang , gulai siput sedut , dan macam macam lagi masakan kampung.

Tapi kalau nak datang makan tengahari di sini , masakannya bukan semua ada la.. ikut hari ! Melainkan nak buat tempahan masakan yang tidak melebihi 300 orang , semua menu disebutkan boleh dibuat. Contohnya untuk majlis harijadi , ulangtahun , makan keluarga atau majlis majlis di pejabat..

Aku memang suka datang sini sebab… BERSIH ! SEDAP ! Dan mereka peramah ! Qhaliff kalau datang sini , confirm rileks.. hahaha ..

Makan time ! Hehehee..

imageimageimage

Dan selepas perut kenyang.. aktiviti diteruskan dengan berkaraoke dan .. seperti biasa laa.. selfie ! Jerebu tidak menghalang kami dari bertemu dan bergembira di UMMIZA CAFE ! TERBAIKKKK !

imageimage

Untuk tempahan , boleh hubungi  :

Puan Nor -  019 6682069 | Ain – 011 10602569

Alamat : NO 229, Batu 29 Kampung Jenderam , Hulu Sepang.

Instagram : UMMIZACAFE

Wajib bawa bila travel !

 

Setiap kali travel , perut buncit ! Makan banyak tapi part lawas tu masalah ! Kekadang sebab masuk angin gara gara tempat baru pon leh kata yer gak.. Tu macam perut aku dan bapak aku ! Asal gi tempat baru , mesti kembung punya.. Haaaa..

Maka… setelah dua kali punya pengalaman , kali ni aku bersedia !

image

Minyak Pati Batook Ori ni dah kena ada dalam beg ! Kalau mabuk pon leh sapu kat kepala.. kasi lega ! Dan kembung pon , inshaAllah.. Aku memang selalu simpan stok dan kasi kat kawan kawan bila diorang diserang kembung perut atau sakit dada.. Hurmm..

Dan untuk lawaskan perut.. Kali ni aku bawak sama Elite S7 HYBRID FAT BURNER !

image

Setakat ni , aku belum boroi walaupun dah lebih 1 tahun tak ke gym ! Tunggu Zahra besar skit baru leh ke gym semula..hehehe.. Ini bermakna produk yang aku minum setiap pagi dan malam ni berkesan untuk aku dari mengelakkan masalah seluar sendat.. hehehee…

Dan ada lagi satu lagi produk aku bawa bersama ke Jepun kali ni.. Nanti aku up di Facebook aku eh..hehehe..

InshaAllah.. Jumpa di Osaka esok malam ! Doakan agar segalanya dipermudahkan.. walaupun mood dah ke laut !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI