Jumaat, 9 Oktober 2015

Antara bekerja dan melancong !

 

Trip ke Japan , Korea dan Paris yang pernah aku turut serta adalah trip ‘berkerja sambil mempromosi’ tempat tempat menarik. Best ? Best woooo ! Dapat ke sana sini dengan seronoknya..

Tapi.. tapi.. ingat ! Bila sebut je trip bekerja ni , hendaklah ikut jadual yang diberikan ! Jika pukul 8 berkumpul pastikan tepat pada masanya.. atau ??? Kita pasti akan dapat jelingan maut punya ! Tak kira la dari sapa pon.. team leader atau rakan lain ! Bukan apa.. jadual tu penting untuk elakkan orang yang dijanji itu tertunggu kita.. Amatlah penting untuk mengikuti masa yang dirancang.

Macam trip yang aku g kelmari.. fuhhhh ! Dasat ! Jari kaki aku abis lebam ! Ada yang tercabut kuku dah woooo ! Gara gara jalan laju dan mengejar masa !

image

Setiap destinasi ada masanya. Kena ikut jadual ! Terutama bila ‘bekerja’ dengan orang Jepun dan Korea ! Huhuhuh.. Dasat dasat..

image

Tapi segala kepenatan itu akan hilang bila kita sampai ke tempat yang dituju !

Trip yang begini tak boleh buat kepala sendiri ! Kena ikut jadual dan arahan.. Berbeza dengan melancong… sekati ko la nak buat apa pon haaaa !

Budaya berbasikal di Jepun

 

Fuh… Pengalaman 3 hari di Osaka , Jepun sebenarnya tidak cukup untuk aku bagi membuat kesimpulan mengenai bandar dan negara Jepun. Terlalu singkat namun ianya satu permulaan bagi aku untuk membuka langkah menjelajah negara tersebut ! Dan korang pun patut melakukannya juga ! Bak kata orang ,makin banyak berjalan makin banyak luas permandangan.

Ketika kali pertama jejakkan kaki di bandar Osaka , 3 hari lepas memang buatkan aku kagum ! Dengan udara yang segar , tiada asap kenderaan.. kebersihan persekiaran membuatkan sesiapa saja teringin nak menjelajah bandar tersebut hanya dengan berbasikal biasa jer ! Tak yah basikal mahal pon !

imageimage

Teringin nak melakukan seperti mana mereka tapi nak dibandinkan dengan negara kita , aku rasa kita belum mampu melakukannya ! Terus terang tahap disiplin rakyat negara kita ( termasuk aku ) , masih terlalu jauh untuk diperbaiki. Bukan tak boleh tetapi masih belum berdisiplin. Contoh, masa gunakan pengangutkan awam dan juga sampah sarap ! Kalau nak berbasikal , kita kena jaga kebersihan negara kita dan.. kerajaan perlu lebih bersikap jujur dalam menjaga negara kita.. Rakyat saja tak cukup untuk melakukan semua ini !

Aku harap satu hari nanti kita mampu berbasikal dengan tenang dan berdisiplin seperti rakyat Jepun yang mana mengutamakan pejalan kaki. Buat masa sekarang , aku keliru sapa yang patut diutamakan bila nampak orang berbasikal di negara kita terutama di Putrajaya… tiap malam minggu boleh nampak orang berbasikal tetapi part disiplin.. hurmm… Tak perlu nak sentap dan menuding jari semula.. perhatikan saja..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI