Sabtu, 10 Oktober 2015

Kena pantas update blog semula !

 

Terbatas dan malas ! Bila kena gi travel yang makan berhari hari , maka kena la usung laptop yang bapak besar tu ! Hurmmm.. Makan ruang dalam beg sandang dan kalau nak shopping , dah kena hand carry.

Nak tak nak , aku kena cari alternatif terbaru.. Kena beli netbook yang gunakan windows. Terpaksa sebab aku gunakan sejenis software yang khusus untuk update blog. Software ni memang pantas ! Tak perlu tunggu ada internet connection baru leh update blog.. Terus je update dan save.. Ada je connection , terus post ! Zasss.. Siap !!

12079467_1105599996130302_643850564591864887_n

12088504_1105600032796965_5416114779095929304_n 12112103_1105600046130297_1863373627838796869_n

12115598_1105602849463350_4802640044380157699_n

Dan… tadaaa !!! Harga dalam RM1500 termasuk GST.. Ok la kan ? Bagi yang bajet  tak besar dan tak kisah mengenai paparan skrin dan hiburan.. sekadar untuk kerja blogging , rasanya ok dah ni .. kan kan ?

12105905_1105606616129640_1663866780357650077_n

Oh ya.. guna Windows 10..

Payahnya mengembirakan si anak..

 

Bila si ayah berjalan jauh , dalam kepala hanya anak anak dalam kepalanya. Apakah yang hendak dibelikan untuk mereka kali ni ? Hurm… Si ibu dah berpesan jangan belikan mainan ! Hurmm.. Serba salah dibuatnya..

Ketika melihat ramai orang mengusungnya , takkan aku  tak nak beli untuk anak aku sendiri ??? Lalu memandang pada rakan di sebelah..

“ Kang beli.. kat rumah tak sampai 5 minit , dah tersadai atas lantai.. “

“ Tau tak pee. “. Jawapan si rakan..

Serba salah..  Nak beli ke tak ? Akhirnya demi untuk melihat wajah anak tesenyum girang ketika melihat ayahnya pulang setelah berhari tak nampak muka , aku nekad untuk beratur panjang walhal aku cukup tak suka beratur panjang.. Hurmm.. Nasib baik kali ni beratur panjang di Jepun. Sesuatu yang aku tak pernah lagi buat ! Kiranya ni sejarah la kan ? Hahahaha ..

Dan akhirnya ! Ni pon aku gi beli curik curik tau ! Padahal aku kena standby untuk amik gambar show Minions… Show ni lak yang terakhir ari ni.. maka tak leh terlepas untuk amik gambar sebab nak kena cerita dalam blog.

image

Selepas aku upload gambar ni , ramai la kawan kawan mintak belikan. Maafkan la saya.. Bayangkan size tu.. besar nak diusung hingga ke malam hari ! Camana nak bawak pegang sementara menanti hari malam ? Huhuhu.. Dah la tu .. setiap satu berharga lebih RM100 ! Nak beli banyak banyak.. silap ari bulan ada yang pecah atau hilang , acaner ? Adehh..

Sampai di rumah.. bagi kat anak anak.. Tak sampai sejam , dah bersepah atas lantai..

image

Hurm.. Agaknya , macam ni gak kot perasaan bapak aku satu tika dulu tapi aku tetap beli jugak mainan walaupun tau apa akan terjadi.. Hurm… Aku tak nak dia berebut mainan dengan anak orang lain .. tapi tu la jugak selalu terjadi.. Huhuhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI