Selasa, 13 Oktober 2015

Alasan tol dinaikkan ?

 

Adoiyaiii ! Takkan nak suruh semua orang naik pengangkutan awam ? Kalau pengangkutan awam di negara kita ni setanding dengan negara seperti Jepun yang baru bari ni aku pergi , lain laaa.. Keretapi dia pon dah bertingkat tingkat ! Kita ?? Jangka masa setiap keretapi lak tak lama.. Kejap jer ! Kita ?? Bila rosak , nak repair .. berapa lama masa diambil ? Adoiyaiii…

Nak suruh naik teksi ? Hahahahaha .. Banyak kali teksi aku naik , aircond slow giler ! Berpeluh aku dalam tu.. Naik bas ? Rasanya dipenuhi dek orang kita ke orang ‘jemputan’ ? Haiyooo..

Aku rasa beginilah.. Apa kata semua menteri termasuk Perdana Menteri tercinta juga guna pengangkutan awam ! Tunjuk contoh pada rakyat supaya rakyat tak banyak bunyi dan seterusnya ikut usaha murni orang besar kita..

image

Atau dah tiba masa guna basikal ? Er, jerubu ??? Haihhh.. Segalanya mula naik di negara kita.. Nak tunggu turun ? Kiamat laaaa !  Pasni aku nak ke rumah mak aku pun dah kena pikir panjang.. Petrol satu hal.. Tol lagi ! Adoiyaiiiiii….

Lambat lagi nak pilihanraya…

Kali ni di FEMININ , RTM1

 

Biasanya kalau dijemput , aku akan diajak mengupas topik keibubapaan tetapi kali ni .. Gulp…. Satu topik yang memang senantiasa hangat di media sosial !

image

“ Aib di Media Sosial ( Facebook ) “

Lebih kurang tajuknya begitu la.. Aku pon diberitahu oleh penerbit dan juga soalan soalan yang bakal ditanya… sebagai persiapan bila diwawancara nanti..

Bagi aku , topik ni memang panas laa.. Kalau salah cakap , siap ler aku ! Apakah aku akan memberi jawapan selamat atau jawapan yang .. hurm…

Terus terang.. aku pun cuak jugak sebenarnya tapi semua ni adalah kenangan kehidupan.. Bukan semua orang dapat peluang gini kan ? Terima atau tolak ? Maka aku terima dan.. tunggu je siaran langsung pada jam 1130 pagi di RTM1.. hari Selasa ! Huhhuu…

Media sosial.. hurm.. ada baik dan jugak buruknya.. segalanya terpulang pada diri sendiri !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI