Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 14 Oktober 2015

UNIVERSAL STUDIO JAPAN – Minion Plaza

 

Sambungan dari Ke UNIVERSAL STUDIO JAPAN.

Sebelum ke Minion Plaza , kitorang g layan PARADE DE CARNIVALE. Satu perarakan yang cukup menarik ! Cukup gah dan paling gah , selepas je abis perarakan tu , mereka terus bersihkan jalanan di situ hingga takde kesan seolah di situ baru je dibuat satu perarakan gilang gemilang !

DSC01707DSC01713DSC01722DSC01734DSC01742DSC01750DSC01758

Dalam dok melayan perarakan ni , aku terpandang ramai orang dok usung satu tabung Minion yang cukup menarik ! Hahahaha.. Hilang konsentrasi aku pada perarakan ni !

imageimage

Mana diorang beli eh ? Hurmm.. Best beli bagi kat anak ni..  “. Bisik hati kecil aku. Aku pujuk hati untuk lupakan seketika dan terus layan perarakan ni. Dan akhirnya aku tak tahan jugak untuk bertanya  selepas melihat makin ramai dok usung menda tu !

Mana diorang beli Minion tu ? “.

Jangan risau. Sebentar nanti kita pergi ke sana juga.. “. Jawab pegawai USJ tu.. USJ merujuk kepada Universal Studio Japan.

Hurmm.. Ok.. Sabar Ben.. sabar !

Sejurus habis perarakan tu , kami dibawa ke Horror Shop. Kan sini dijual cenderamata yang.. hehehe… Sapa nak sambut Helloween , boleh la beli barang kat sini.. macam macam ada !

DSC01775DSC01778DSC01779 DSC01780

Selesai akhirnya dengan bab ‘ Hantu ‘ ! Dan… dannnnn !! Belum lagi ke Minion Plaza sebaliknyaaa….  Jom main roller coaster ! Yessss ! Yessss !! Yessss !! Lama dah aku tungguuuu !

DSC01782DSC01781

Fuhh…. Ketika aku melangkah masuk dan duduk dalam roller coaster ni , aku teruja sungguh ! Nak mencabar diri .. lama dah tak rasa takut gini ! Dan tiba tiba rasa menyesal muncul !

Apasal laaaa aku gi cari masalah gini ?? Kan baik aku gi duduk lepak kat bawah sana dengan diorang. Yang saja cari pasal naik menda ni apahal ?? “.

Dah la aku duduk depan sekali ! Dah la depan , tepi sekali lak tuuuu… Arghhhhhh..

Dan loceng berbunyi.. Bergerak naik tinggiiiiiii… dan makin tinggiiii ! Arghhhh.. Oh noooo !! Aku kalau takut , mesti cakap omputeh. Sama gak bila marah ! Pelikkk.. automatik teror cakap omputeh.

Akhirnya dia menjunam ke bawah ! Fuhhhhhhhhhhhhhhh.. Diaorang punya jerit !! Tu diaaaa… Tapi aku cool jer ! Macam Mr.Bean naik roller coaster. Orang lain menjerit.. aku rileks..

image

Tau kenapa ? Sebab aku pandang dan ikut pergerakkan roller coaster tu .. jadi aku dah tau apa akan terjadi. Takde la nak takut pon kan ? Lain la aku duduk belakang ! Confirm aku menjerit punya.. hahahaha. Bukanlah roller coaster ni tak mengerunkan tetapi kalau dah tau dia punya tips dan tricks ni , maka boleh baca dah la .. Ececece…

Akhirnya… Kami di bawa ke Minion Plaza ! Dan jom beli Pop Corn ! Beli Pop Corn dan akan dapat patung minion tuuu !

DSC01787

image

2 ni dekat 6000 Yen ! 1000 Yen bersamaan RM37. Kira la sendiri ! Nak dapat beli ni , dia punya beratur.. perghhhhh !! Insaf insaf .. Selepas beli ni , aku upload gambar ni ke Facebook. Ramai mintak aku belikan.. Maaf la yer. Masa tak mengizinkan dan aku takde ruang nak bawak balik menda ni. Letak dalam luggage , tak muat dah ! Aku bawak beg kecik jer ke sana.. Hurmm.. Maaf yer..

Lepas tu , layan pertunjukkan Minion. Kalau Qhaliff ada ni , dia suka laa..

“ Ba naaa naaa.. “

DSC01796DSC01791

Pertunjukkan ni dalam 15 minit. Pastu bergerak ke… HARRY PORTER lak !! Yesss ! Yessss !! Teruja aku nak tau apa yang menariknya HARRY PORTER yang dikatakan antara tarikan utama ke sini.. Dan ianya pertama di dunia !

image

Merasa gak la minum air yang popular dalam Harry Porter ni.. hehehe ..

image

Ok.. Part Harry Porter dalam entri lain lak eh.. hehehehe .. Tunggguu !

Setengah jam bersama Dr. Rubiah

 

Jam 10.20 pagi , aku dah sampai Wisma Angkasapuri. Aku diminta berada di sana jam 10.45 pagi.  Aku sampai awal.. tapi tak pe.. baik awal dari lambat ! Memang bila melibatkan temu bual di tv , aku akan pergi awal. Aku akan ada masa untuk rileks dan bertenang. Dan pengalaman aku beberapa kali muncul di tv , membantu aku. Aku ok hari ni ! Hehehhee…

Daftar di pejabat keselamatan , pastu pandu masuk ke dalam dan cari parking. Alhamdulillah , Allah permudahkan urusan aku pagi ni. Ada parking dan berada di tempat yang selamat..

Kemudian ke Wisma TV.. dan mesej penerbit  Feminin. Tak lama kemudian , aku dijemput staffnya dan ke bilik mekap. Semua dan peramah aku berada dalam keadaan cukup selesa sekali. Teringat aku datang untuk rancangan Selamat Pagi Malaysia satu tika dulu.. Sememangnya kakitangan RTM di sini peramah belaka..

Ok.. Selesai mekap.. aku dibawa ke bilik menunggu. Sedang leka berbalas whatsapp tiba tiba terdengar suara orang berborak. Aku berpaling dan nampak seorang lagi panel baru sampai. Aku segan nak menegur dan sekadar memerhati dari jauh.

image

Hurm.. orangnya sangat merendah diri..lembut dan berperwatakan menarik ! Jauh sungguh dia dengan aku. Aku jadi sangat segan dengannya. Dan aku terus memerhati.. Gayanya , cara bercakap dan ternyata dia seorang yang cukup berilmu dan berpengalaman..

Orang yang aku maksudkan ialah Dr. Rubiah Kulup Hamzah.. Pakar Motivasi dan juga seorang ahli agama..

Berpeluh nak duduk sebelah dia ..

image

Sementara menanti jam 1130 pagi , aku sempat berbual dengannya. Ternyata apa yang disampaikan pada aku walaupun sekadar santai , tepat tepat kena kat muka aku ! Terasa keinsafan dan satu kesedaran pada diri aku yang mana kekadang aku terlupa juga..

NIAT !

Yer.. Itulah yang dia tekankan pada aku. NIAT perlu betul. Niat ketika nak menulis.. ketika nak membaca ! Perlu betul dan hendaklah kerana Allah.. Dan jangan lupa berdoa sebelum dan selepas melakukannya ! Fuhh…

image

Dan jam menunjukkan 1130. Siaran langsung Feminin dari RTM1 dan aku menjadi tetamu undangannya kali ni. Sokongan dari rakan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang tak putus putus merakam dan mengambil gambar melalui televsion , sangat mengharukan aku.

Setengah jam di rancangan ni sebenarnya tak cukup sama sekali ! Dan ilmu yang aku dapat hari ni sangat bermakna buat aku ! Ingat , segalanya adalah kerana Allah. Jangan buat kerana manusia !! Buatlah kerana Allah dan inshaAllah akan ada keikhlasan di situ..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI