Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 15 Oktober 2015

Shopping pakaian di Mothercare KLCC

 

Sekejap je masa berlalu.. Tahu tahu , anak anak dah membesar bagai johan ! Bila anak anakya dah besar pasti akan timbul satu masalah.. PAKAIAN ! Hurm… Kena beli yang baru ! Dan pilihan wife aku pastinya di MOTHERCARE. Aku pon suka membeli di situ sebenarnya. Selesa dan banyak pilihan.

Memandangkan semalam adalah cuti umum dan aku pun takde job atau event nak kena hadiri , rasanya sesuai dah ajak wife g KLCC. Tengah bulan begini , tak ramai orang nak membeli belah , kan ? Hehehhe.. Rezeki aku boleh membeli belah kali ni..

Bertolak seawal jam 10 pagi , harapan akan mudah dapat parking. Maklumlah , cuti umum kan.. Mesti penuh punya ! Hurmm… Dan rezeki anak anak .. dapat la parking sejurus masuk ke dalam KLCC .. Maka tak payah nak berlegar sana sini mencari parking.. Selamat !

Naik tingkat 2.. terus ke Mothercare.. Orang tak ramai lagi. Jadi , senang nak mencari barang apa yg dikehendaki. Memandangkan sekarang ni musim Autmn dan akan masuk Winter , maka banyak rekaan pakaian cenderung ke arah musim tersebut.

image

Banyak pilihan ! Hurm… Ada yang kata mahal kat Mothercare.. Hurm.. bagi aku la , sesekali nak membeli kat sini.. ok apa ? Kualiti memang ada ! Baju pon tahan lama.. Silap silap leh bagi kat anak.. hehehehe..

imageimageimageimageimage

Setakat ni , pakaian yang dibeli kat Mothercare ni dah berulangkali pakai.. takde pernah ada isu warna luntur atau koyak. Alhamdulillah.. Memang sejak Qhaliff kecil lagi dan pakaian dia pon ada yang dah turun ke Zahra.. Hehee.. Jimat !

Dan hasil borongan setelah dibantu oleh staff Mothercare KLCC..

image imageimageimageimageimageimageimage

Cantik kan ? Hehehe.. Sementara bapak dia mampu.. Dah tak mampu nanti , tengok dari jauh je la kan ? Heee.. Untuk sebarang info terkini atau ingin bertanyakan soalan.. hehehe .. Jangan tanya kat aku eh..

Web :www.mothercaremalaysia.com.my 

Facebook : Mothercare Malaysia 

Instagram : mothercaremalaysia

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI