Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 16 Oktober 2015

Bila kereta aku tersangkut..

 

Qhaliff dan Zahra memasing buat perangai dalam kereta. Nak berebut duduk depan bersama wife walhal dah nak sampai dah RNR Gua Musang. Aku sendiri dah terlalu mengantuk gara gara semalam tidur lewat.

Ketika mengundurkan kereta , aku tak dengar apa apa sebab diorang dok merengek. Ditambah dengan bunyian dek dikeluarkan oleh radio. Lengkap dan sempurna !

Dan terjadilah kejadian ni.. Kereta tersangkut kat batu pembahagi di belakang tempat parking kereta ! Adusss.. Aku redha jer la.. Yelah , beberapa kali aku hampir tertidur ketika memandu. Berenti dan berehat , pon sama gak ! Akhirnya berenti terus di RNR.. Dan ketika inilah kejadian tu berlaku.

image

Skit jer.. Tak pe la.. Kalau antar repair pon berapa jer.. Memang la duit tapi dari satu kereta terlibat ??? Baik skit je kan ? Ni pon satu rezeki dari Allah.. Terima jer.. Lain kali berhati hati.. 200% punya berhati hati !

Perjalanan diteruskan dan aku kembali mengantuk !  Sesungguhnya aku tak leh memandung di siang hari dah skang ni.. Hurmmm..

UNIVERSAL STUDIO JAPAN–The Wizarding World of Harry Porter

 

Ok..sambung dari entri UNIVERSAL STUDIO JAPAN – Minion Plaza. Bagi yang belum baca , sila baca dulu yer.. hehehe.. Kang tak paham apa apa lak..  Dan bagi yang nak baca , sila berlapang dada.. Ni bukan entri poyo atau berlagak mahupun entri berunsur negatif. Ini entri menceritakan kembali pengalaman berada di negara orang , baru baru ini.. Moga bermanfaat buat semua.

Teruja ! Tu yang boleh aku katakan.. Sangat teruja ! Berada di lokasi The Wizarding World of Harry Porter ni membuatkan aku seolah olah berada di zamannya. Segalanya set direka dengan begitu sempurna.

DSC01801DSC01811DSC01813DSC01817DSC01819

Destinasi kitorang ialah Hogwarts – Schools of Witch And Wizard..

image

DSC01853

Kenapa nak gi sini ? Kitorang nak menikmati satu pengalaman baru yang tak mungkin dapat dirasai di Malaysia atau mana mana taman tema di dunia ini ! Hanya di sini sajaaa ! Hehehehe… Memang best giler !

Ok.. setiap pengunjung akan beratur panjang untuk merasai detik detik pengalaman ni ! Hehehehe..

imageimage

Masuk.. duduk dan enjoy ! Hahahaha.. Real ok !! Macam naik penyapu sakti tuu.. dia punya pengerakkan memang 3D laaa.. kecut perut mengalahkan naik roller coaster ! Memang laju sungguh laaa… walhal ??

image

Memang best sangat ! Rasa macam nak naik lagi .. tak puas gituuu ! Huhuhu..

‘Pengembaraan’ diteruskan lagi dengan menikmati air yang cukup popular dalam filem ni .. Butter Beer !! Rasanya memang sedap.. Heehehe.. Rasanya aku leh buat sendiri kat rumah je pon tapi feeling minum mengadap istana ahli sihir ni buat menambah feel lagi la.. ditambah dengan cuaca sejuk ketika ni.. hahaha ..

DSC01857DSC01860

Selesai bahagian ni.. Masa untuk makan malam… hehehe.. Nanti sambung lagi eh..

Bila cuaca sejuk..

 

Di Jepun baru baru ni , cuaca di bawah 25 darjah celcius. Terasa dingin hingga ke tulang belulang.. Eceh.. Tapi memang sejuk pon la.. Nasib baik banyak bergerak..

Alhamdulillah.. aku dah bersedia dari awal lagi  !  Wife dah simpan dalam beg atas permintaan aku. Aku tahu aku akan memerlukan di sana nanti memandangkan aku ni jenis kulit sensitif dan cepat kering.

image

Satu untuk body lotion.. satu untuk tapak kaki aku memandangkan aku akan banyak bergerak dan untuk elakkan tumit pecah pecah kulitnya. Satu lagi untuk muka.. hilangkan parut jerawat.. hehehe.. Kebelakangan ni aku agak tertekan sebab banyak kerja nak diuruskan. Ingatkan jadi ‘suri rumah’ sepenuh masa ni , banyak masa terluang.. rupanya lagi sibuk !

image

Bahagian siku dan lengan selalu kering. Sejak guna Cosmoderm Magic Lotion ni , Alhamdulillah.. ada perubahan..  Teringat kawan blogger yang turut sama pergi ke Jepun baru ni , mengalami masalah kulit kering. Aku terlupa nak kasi pinjam lotion aku ni.. Masing masing sibuk sangat..

Sebab tu sebelum keluar dari bilik hotel , aku akan pastikan aku pakai terlebih dahulu..

DSC02234

Ada perubahan gak la.. Seharian berjalan ke sana sini , tumit tak mengalami masalah pecah pecah.. Memang berbaloi pakai !

Beli kat mana ? Cuba tengok di www.cosmoderm.com.my. Situ ada jual online dah bagitau kat mana ada jual produk Cosmoderm ni. Kena segera sebab stok selalu abis cepat..

Esok nak balik Kelantan.. Hehehe.. Aku dah standby beberapa produk untuk dibawa balik bersama sebab mak mertua kata , produk ni amat sesuai sekali ngan dia.. Tak sia sia aku perkenalkan kat dia.. hehehe …

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI