Sabtu, 17 Oktober 2015

Pavlova si Rara !

 

Aben kat mana ? Nak kasi Pavlova niii..

Huhhh.. aku hampir merajuk terjun kolam kat Lexis Hibiscus baru baru ni sebab tak dapat rasa pavlova yang dah berbulan lamanya aku mintak ! Asyik sold out jer ! Huhhh… mana aci kan ?

Dan akhirnya , aku dapat gak ! Tu pun sebab aku ke Angkasapuri  ada hal.. Kalau tak ??? Haa…

Bukan apa.. aku dengar kengkawan yang dah rasa pavlova ni sedap sangat ! Tu yang teringin tuuu.. Baby dalam perut aku ni pon teringin gak nak rasa !

image

“ Tinggal skit untuk wife Aben tauuu..

Hurm….. hurm… satu demi satu masuk mulut.. Tau tau , abis ! Huhuhuh… Maaf la yer sayang.. Orang perempuan tak leh makan manis manis. Biar jer lelaki yang makankan.. kan ? Sweet tak ! Huhuhuh.. Yelah , nanti order lain !

Nak order gak ??? Huhhh…. Boleh tgk info di bawah ni..

image

Sedap ! Nak order lagii…

Keikhlasan bila berkawan..

 

Ke Ipoh kelmarin bersama blogger Sohoque untuk satu job yang agak unik bagi aku dan pertama kali aku terlibat sama penganjur yang memang unik , KakiSeni.com.

Naik Ets dari KL Sentral ke Ipoh. Kali pertama. Sama sama nak merasai Ets yang semakin jadi bualan.. Perjalanan ke Ipoh mengambil masa 2 jam setengah. Maka masa dihabiskan dengan berbual mengenai sejarah serta pengalaman dalam dunia blog.

Dan.. tau tau sampai ! Taklimat diberikan dan .. hehehe.. Nanti aku cerita apa yang aku kena buat.. Isu yang aku nak sampaikan kat sini ialah.. rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , turun berjumpa kitorang.. Maklumlah , bila dapat tau kawan ada kat sini , kena la datang jumpa kan ? Takkan nak menyombong diri lak kan ?

image

Blogger Fir , yang aku kenal satu tika dulu.. turun berjumpa abang abang dia di Plan B.. Heheheh.. Kali pertama bersua muka tapi macam dah bertahun kenal. Ni semua gara gara group whatsapp yang tak pernah sunyi. Heheheh..

Apa yang aku nak sampaikan ialah.. Seronoknya berkawan bila ada keikhlasan dalam perhubungan.. kan kan ? G mana mana , ada je kawan sudi nak jumpa.. Best gituuuu !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI