Rabu, 21 Oktober 2015

Berbaloikah jadi blogger ?

 

Ada kawan tanya…

“ Ko keje apa skang ? “

“ Aku duduk rumah jer.. Jaga anak sambil layan blog.. “

“ Huih.. boleh hidup ke dengan blog ? “

 

Rezeki dari blog.. ini cuma sebahagian.. Tv LG tu aku menang dari satu contest , tahun lepas .. Manakala set home teater tu sponsor dari Pioneer. Kemudian tv kabinet tu pon sponsor dari sebuah syarikat..

image

image

Dan hari ni , alhamdulillah.. Rezeki lagi ! Terima kasih rakan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga rakan rakan di Facebook.. Tidak lupa juga pada LG Electronics dan juga GushCloud…

image

Tengah pk nak buat apa ngan tv ni.. Nak jual , sayang.. Nak pasang ..hurm… ada jugak tak buat kerja ! Mengadap tv jer memanjang …

Belum part part lain kan ? Cam baru dapat tawaran jadi duta untuk jam tangan .. travel ke luar negara.. sponsor pakaian untuk anak anak dan macam macam lagi !

image

Rezeki.. hasil dari kerja keras selama bertahun tahun.. Di kala orang tidur , aku sibuk update blog ! Di kala orang makan , aku sibuk update blog terlebih dahulu.. Dan ianya berbaloi sama sekali !

image

Kena tahu arah tujuan … usahakan tanpa rasa jemu.. Dan banyakkan berdoa agar apa yg dicita , menjadi kenyataan..

Terbaik dari sungai Pahang !

 

“ Ben , datang kedai akak malam kang.. Dila pon ada. Akak masak ikan dari Sungai Pahang.. “

Dalam kepala aku , ikan patin ! Huhuhuh.. Aku memang dah gilerkan ikan patin sejak kali pertama merasainya di RnR Temerloh , 4  tahun lepas !

Terpandang di Facebook kak Laila.. Fuh ! Memang dia turun ke sana kelmarin.. Dan hasilnya , dia jamu pada aku dan Saidila.. Sebagai ‘test drive’..

image

Dan hasilnya ? Aku boroi malam ni ! Hahahahaha…

image

Menurut Kak Laila , pasni dia akan amik stok terus dari sini jer.. termasuk ayam kampung ! Haa… takde lagi ayam suntik ! Tiada lagi GMO ! Huhu…

Apa pun , masakan dia malam ni memang terbaik ! Siap tapau kat wife lagi.. Dia tak ikut sebab aku ada meeting sebelum tu.. heehhe.. Blogger meeting malam malam.. lalalala..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI