Khamis, 22 Oktober 2015

Apa pentingnya boleh masuk air ??

 

Aku akan pulangkan semula Sony Xperia Z3+ yang aku pinjam selama beberapa minggu.. Aku rela pinjam dari beli sebab aku tahu akan keluar yang terkin dalam masa terdekat iaitu Sony Xperia Z5 !!

Buat masa ni aku dah ada Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z3. Maka aku nak cuba Z3+ lak.. Ternyata Sony Xperia Z3+ punya kualiti gambar yang lebih ok dari Sony Xperia Z3 terutama bila dalam air ! Hehehhee..

Ada yang tanya , kenapa pentingnya dalam air ???

image

Hahahaa… Takkan hari hari nak amik gambar dalam kolam air kot ??? Kan ? Atau takkan hari hari nak amik gambar dalam tandas ??? Ke tiap kali mandi bawak masuk telefon dalam tandas ? Haa.. mesti ada skandal niii !! Kan ?

image

Hurmm.. pengalaman mengajar aku ! Ada 2 kali tu , aku tergelincir jatuh di dlm tandas ! Nasib baik boleh bangun.. Bayangkan jika tak boleh bangun ??? Nak dijadikan cerita.. ada sorang kawan aku ni , terjadi kes cam aku. Dan dia bernasib baik dia bawak masuk sama telefon ke dalam tandas waktu tu.. Dia tak boleh bangun sama sekali ! Dia call kawan dia , dan kawan dia datang membantu ! Bayangkan kalau takde telefon di tangan dia masa tu ! Hurmm..

Dan teringat kes di mana Qhaliff memasukkan telefon Nokia Lumia mak dia yang baru guna seminggu ke dalam bekas yang berisi air ! Terus kong ! Hahahahaha.. Sejak tu , Sony Xperia jadi pilihan aku !

Tak sabar nak tunggu Sony Xperia Z5 keluar minggu depan di Malaysia.. Moga lebih bagus dari sebelum ni.. Kalu tak bagus , aku akan amik Sony Xperia Z3+ ! Gambar memang superb laaa , bagi aku !

Menang TV lagi !

 

image

Berdasarkan tarikh entri , aku pernah menang tv buat pertama kali , pada bulan Ogos 2013.. Dan kelmarin , aku dapat tahu aku menang tv LG sekali lagi untuk contest yang berlainan ! Kebetulan ! Dua dua LG dan terus terang , aku memang puashati laaa !

Dan kali ni , tv yang aku dapat adalah yang aku nak sebelum ni.. Dulu , 42” kalau tak silap aku.. Kali ni , 60” !!  Perghhh… Memang aku berangan waktu tu nak pakai size besar ni ! Heheheh..

Malam tadi , aku mintak tolong jiran aku pasang tv baru ni..  Jiran aku yang tolong pasang pon geleng kepala ! Hahahaha.. Puas giler tengok bola , ok !!

image

image

image

Puashati tengok kartun tapi Zahra nak jugak tengok dekat dekat !! Hahaha.. Moga pasni menang 80” punya lak ! Memang best laaa tv LG ni ! Pasni nak kena cari kabel hdmi 4k punya.. huhu.. Baru layan color tv ni…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI